Friday 14 November 2014

Rahmat Dari Allah

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Peribadi

Assalamualaikum w.b.t




Bersiaran petang Jumaat hari ni. Dingin terasa dalam pejabat. Cuaca diluar hujan lebat, bercampur sejuknya udara dari hembusan penghawa dingin. 

Jom buat kopi panas dulu. Hehe.

Hujan oh hujan..

Lebat sungguh diluar sana, gelap pekat alam jadinya. Guruh petir saling bertingkah. Itulah irama muzik alam. Ciptaan indah dari Yang Maha Kuasa. Syukur ya Allah, masih diberi kesempatan menikmati rahmatmu.

Tak kenal maka tak cinta kan. Mari kita berkenal dan bercinta.
 
Sejak dua menjak ni, bidang penulisan blog semakin menjadi perhatian. Perkembangan ini perlu diambil positif oleh blogger atau bakal blogger. Kegiatan berblogging ni juga salah satu cabang yang memberi kita peluang menambah pendapatan sampingan.

Saya mula mengenali dunia blogging ni seawal tahun 2013. Saya mencari pelbagai maklumat dan tutorial dari sumber google. Sememangnya untuk bina blog menggunakan platform blogspot.com senang dan mudah. Hanya perlu ada akaun gmail dan perlu ikut cara bina blog dengan arahan yang diberikan. Blog dah siap untuk digunakan. Namun, jika kita tiada mentor atau berguru dalam mendalami ilmu, ianya agak sedikit melambatkan proses pembelajaran kita. Blog kita juga lambat dikenali. Belajar hanya melalui tutorial dari blogger lain. Banyak `trial' and `error' yang kita lalui. Begitulah yang saya lalui dulu.

Sekarang saya bergabung bersama ABDR. Ada mentor untuk kita bertanya sebarang kemusykilan dan pelajari ilmu baru tentang blogging. 

*************************************
Kelas Blog Offline
****************************
Kelas offline blog fanpage mula bisnes di Johor Bahru ada dua pilihan tarikh pada  Sabtu 22 November 2014 atau Sabtu 29 November 2014. Kelas yang berkongsi daripada mula proses membina blogspot sehinggalah anda mempunyai sebuah blog yang sedia untuk dilawati oleh rakan pembaca.
Kelas ini juga akan berkongsikan teknik mudah bagaimana untuk mempromosikan blog pada peringkat awal dan seterusnya menambah bilangan trafik yang hadir dalam blog tersebut. Sekiranya anda berminat untuk belajar mengenai blogspot atau baru ingin berkecimpung dalam bidang penulisan blog, mari bersama-sama Akademi Bekerja Dari Rumah dalam menongkah arus industri blog yang semakin berkembang ini.
Bonus 4 ebook, dropship 2 pilihan produk.
3 jam untuk satu sesi.
Masa : 10 - 1pm atau 2.30-5.30ptg
Tempat : area berdekatan mengikut persetujuan pelajar
Yuran rm300
Limit untuk 3-5 orang pelajar sahaja satu sesi.

Daftar sekarang disini:  
norulbadridaud@gmail.com
norulbadridaud.blogspot.com
https://www.facebook.com/nurrullz.daud

 

No comments:

Post a Comment