Friday 5 February 2016

Nasi Ayam Chicken Rice Shop Sedap ke Tidak?

Teks: Norul Badri Daud
Foto: Carian Google

Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.

Hai semua. Salam kasih sayang.
Petang ni rasa nak update blog. Bila dah  nak menaip, idea pula tak mau muncul. Hadoii. 
Emm, okey lah taip cerita mengenai keluar makan tengahari bersama rakan sekerja lah ye.
Tengahari tadi kak nb bersama rakan sekerja berbangsa cina secara tanpa merancang awal keluar makan bersama-sama. Maklumlah, nak bercuti panjang sempena Chinese New Year nanti. Mulanya kak nb berasa agak malas nak keluar makan tengahari. 
Namun mereka tetap juga mengajak untuk mengikut mereka keluar makan. Okey lah, apa salahnya kak nb ikut. Tempat makan pun berdekatan je dengan pejabat.
Kami berbincang sebelum keluar pejabat, dan bersetuju untuk makan di Chicken Rice Shop Giant Kelana Jaya saja. Hehe, okey kot restoran tu. Kak nb memang belum pernah sekalipun lagi masuk makan di restoran Chicken Rice Shop ni. Jadi tak tahulah sangat resepi yang ada di sana. Dalam fikiran kak nb, mungkin menu pelbagai jenis nasi ayam je kot. Hehe, nampak tak kat situ macam kolot je kan kak nb.


 
Gambar dari pakcik google
Jarak perjalanan dari pejabat kak nb ke restoran ni hanyalah 5 minit sahaja jika memandu. Ha, dekat saja kan. Tapi kalau berjalan kaki terasa seperti berjogging lima pusingan padang juga lah. Berpeluh-peluh jugalah nak sampai situ. Okey, bila dah sampai sana masih banyak lagi tempat kosong untuk di duduki. Kami memilih untuk duduk di meja dalam restoran yang membelakangi kaunter bayaran. 
Datang pelayan restoran membawa menu untuk pilihan makanan. Hehe, baru kak nb tahu rupanya bukan lah menu di situ nasi ayam semata-mata. Pelbagai jenis juga menu nya. Ada mee, rojak, gado-gado dan macam-macam lagi. Teragak-agak juga lah kak nb nak memilih menu.  Sedap ke tidak makanan nya nanti.
Kak nb pun selak-selak lah menu untuk buat order pilihan. Akhirnya, kak nb pilih menu nasi ayam je. Okey kot, hehe. Rakan pejabat ada yang order mee kari, rojak dan juga gado-gado.  
Menu  
Alhamdulillah. Makanan yang dipesan tak perlu tunggu lama dah sampai. Servis cepat juga. Emm, bagi kak nb rasa nasi ayam nya puas hati lah. Dah selesai makan, kami berehat sekejap sambil berbual-bual. Kak nb perhatikan ramai juga pelanggan yang masuk bersilih ganti. Boleh tahan juga lah.

Nasi Ayam

Rojak
 
Gado-gado

Kesimpulan nya, boleh lah datang lagi untuk menjamu selera di sini. Harap perkongsian kak nb ni memberi manfaat bagi siapa-siapa yang baru pertama kali mencuba makanan kat sini.
Terima kasih sudi membaca coretan kak nb. Sampai bertemu lagi.
Salam kasih sayang.
*************************************************************
p/s: jika ada nak bertanya mengenai kelas blog bersama abdr boleh whatsapp kak nb ye. Tak perlu malu malu atau segan segan ye.
Whatsapp: 019-3615776
Email: norulbadridaud@gmail.com 
 

No comments:

Post a Comment