Thursday 21 August 2014

Bisnes Online Jangan Kerana Untung RM1000..

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Google

Assalamualaikum w.b.t


Bismillah.
Salam Khamis semua.
Semoga kita semua dilindungi & diberkati Allah selalu.

Perlu ke berhenti kerja tetap dan buat bisnes online sepenuh masa? Saya pasti ada antara kalian yang pernah berlegar-legar persoalan ni di fikiran kan. Tak mengapa, sebab saya dulu pun pernah berfikiran macam ni.

Dunia bisnes online ni sebenarnya ada pasang surutnya. Semuanya ditentukan oleh Allah swt. Kerana tak kira lah cabang perniagaan apa yang kita usahakan semuanya rezeki ketentuan dari Allah swt. 

Jalan selamat untuk kita, buatlah perniagaan internet secara part time dulu. Biar lambat asal selamat kerana itu lebih baik. Jadi teruskanlah dengan pekerjaan tetap kalian sebagai pendapatan aktif dan jadikan perniagaan internet sebagi pendapatan pasif.

Jangan sesekali mengambil tindakan untuk berhenti kerja hanya kerana memperolehi keuntungan RM 1000 sebulan melalui internet. Biarlah kukuh dan konsisten terlebih dulu baru berhenti dan fokus sepenuhnya.
 
Terokai dan pelajari lebih banyak ilmu berkenaan dengan bidang perniagaan internet. Banyak kan membaca buku, beli ebook dan tonton video kemudian hadam satu persatu semoga suatu hari nanti internet menjadi Paip Wang untuk kita.



Semoga artikel ini bermanfaat untuk kita kongsikan.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


Apa yang menarik tentang Rakan Niaga Akademi :
* belajar gunakan blog untuk jana pendapatan
* dapat free kelas akaun
* bonus 5 ebook
* produk hanya atas talian
* tak perlu simpan stok
* tak perlu urus stok
* tiada modal berkali-kali. Hanya sekali yuran akademi rakan niaga
* produk umum dan permintaan sepanjang tahun
* hanya perlukan kesungguhan, fokus, konsisten.

Bagi yang mahu menjana pendapatan dari rumah boleh serta Akademi Bekerja di Rumah sebagai Rakan Niaga. Inshaallah kalian akan dibimbing bagi membina platform untuk mula.

Apa yang anda dapat dengan menjadi Rakan Niaga?
Anda akan belajar membina platform, iaitu satu Blog Bisnes yang membolehkan anda menjalankan operasi perniagaan hanya dari rumah sahaja. Kalian juga akan belajar membina satu fanpage.

Anda hanya perlu mempromosikan pakej-pakej jualan dan produk-produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah. Kami sediakan tapak untuk anda berniaga tanpa perlu keluar dari rumah. Apa yang anda perlukan hanyalah kesungguhan dan talian internet.

Blog Rakan Niaga akan tersedia dengan pautan:
1. Logo Akademi Bekerja Di Rumah
2. Logo rasmi SOHOdirectory
3. Kelas-kelas Online
4. Pakej Ebook
5. Ruang Periklanan
6. Borang Tempahan

Hubungi saya untuk pendaftaran sebagai pengurus online akademi
 

Monday 11 August 2014

Berkelah di Air Terjun Serendah

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Peribadi

Assalamualaikum w.b.t



Salam Isnin. 15 Syawal 1435H.
Catatan pada 3.15 petang.

Cuaca yang redup dan nyaman hari ni. Masih lagi terasa kemeriahan bulan syawal. 
Hari minggu yang lalu dapat jemputan rumah terbuka teman sewaktu belajar di IKM Jasin dulu, tapi apakan daya saya tak dapat untuk memenuhi undangan itu. 

Rindu. 
Ya, sangat rindu untuk bersua kembali dengan teman-teman sewaktu belajar dulu. Bercerita dan bergurau senda. Rancangnya saya nak ke Melaka untuk bertemu mereka, tapi terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir. Kita yang merancang Allah jua yang menentukan.

Semoga kita dapat berkumpul semula di lain masa ye teman-temanku.

Bila dah terpaksa batalkan rancangan awal ke Melaka, maka digantikan pula dengan aktiviti berkelah di air terjun. Pagi-pagi lagi hari minggu dah siap masak untuk bekalan sewaktu berkelah. Anak-anak memang cukup suka dapat mandi-manda di sini.

 
aksi-aksi yang sempat dirakam

Kami berada disana sehingga jam 11 pagi je. Matahari dah mula meninggi kami dah gerak balik.

---------------------------------------------------------------------------------------- 

Syawal masih lagi terasa meriahnya. Ada yang nak buat rumah terbuka dan hidangkan menu istimewa nasi Arab boleh oder pek mudah dengan saya.

Pek mudah nasi Arab boleh hubungi sms/whatsapp saya.
011-11668841


 

Thursday 7 August 2014

Lagi Cerita Tentang Raya

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Peribadi

Assalamualaikum w.b.t


Selamat hari raya semua,pose sopan gitu.

Pagi tadi cuaca sejuk dan nyaman, kerana hujan di awal pagi. Mood pun ala-ala bercuti kat Genting Highlands je. Sejuk dan segar.

Dah tengahari ni pun masih redup lagi, best nya kalau dapat tidur dan berselimut atas katil kan.kan. Hihi. Berangan je lah ye, sekarang ni masa rehat kat pejabat ye bukan kat rumah ye. Boleh lah bersantai-santai jap. Jangan nak mimpi selimut pula.

Okey. Berbalik kepada tajuk utama yang tertera diatas, hihi dah macam nak buat karangan surat rasmi pulak ye ayat ni. Sambungan lagi cerita tentang raya saya bersama keluarga sebelah mertua di kampung. Raya ke dua baru kami bergerak balik kampung dari Rawang ke Baling, Kedah. 

Perjalanan kami lancar tanpa ada halangan jem, walaupun kenderaan masih banyak atas jalan raya. Tak lah ambil masa lama sangat nak sampai Kedah. 
Horey! balik kampung, oo..oo..balik kampung hati girang. Tak sabar nak jumpa bonda tersayang bersama keluarga sebelah saya di kampung.

Bonda mertua dan adik-adik ipar pegi homestay kat Alor Setar. Saya kat kampung di Baling, meronda dengan kakak dan bonda ke rumah saudara mara. Al maklumlah masa raya ni lah nak dapat berkumpul dan saling menziarahi.

Syawal ke 5, saya turut ke homestay di Alor Setar dan bermalam disana. Awal pagi raya ke 6 kami bersiap-siap nak bergerak balik Rawang. Sebelum tu, sempat lagi berhenti dan berposing di rumah warisan yang terdapat di bandar Alor Setar ni. Hihi. 

Jom, layan gambar raya kami di rumah warisan. 


macam-macam pose ada...


 posing jangan tak posing u...

Okey.. dah tamat cerita raya di kampung. 
Maaf la ye, macam berterabur je susunan ayat entri kali ni. 
Salam sayang.

Sampai jumpa lagi di entri akan datang.
 

Tuesday 5 August 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Peribadi

Assalamualaikum w.b.t

Ini antara rakan sekolah yang dapat hadir

 
Alhamdulillah.
Bersua lagi hari ni 9 Syawal 1435. Cuaca pun cerah dan ceria hari ni. Harap harap kalian yang sudi singgah disini pun tetap ceria ye.

Masih lagi terasa kemeriahan hari raya walau dah 9 Syawal kan. Ada yang mula merancang nak buat rumah terbuka ke, untuk sanak saudara dan sahabat handai? Ataupun dah ada jemputan dari teman-teman dan saudara.

Seronok kan masa raya ni lah kita ada ruang untuk bertemu dan beramah mesra dengan sanak saudara dan sahabat handai yang dah lama tak bersua.

Pada 3 Syawal yang lalu, saya juga cukup teruja dapat bertemu kembali dengan rakan sekolah yang terpisah hampir 22 tahun. Terima kasih kepada tuan rumah Fazli yang sudi menaja makanan dan menjadi tempat pertemuan kami. 

Ada yang datang dengan family dan ada datang solo. Memang cukup meriah dan rasa macam tak cukup masa untuk bercerita dan mengingat kembali kisah zaman sekolah dulu. Riuh rendah dengan gurau senda kami semua. Macam-macam cerita kelakar zaman sekolah diungkit kembali.

ni gambar mak-mak dara yang cun

pose kenangan


oppss..belum ready la


peace yoo..

Mc majlis dan perancang utama Cikgu Fazlina Zaini @ Pat

Terima kasih sahabat yang sudi menaja rumah dan makanan yang sedap-sedap belaka. Terima kasih juga pada yang menjadi perancang untuk menjayakan majlis ini. Siap ada cenderahati dan duit raya lagi untuk anak-anak. Kalau ada kesempatan kita akan bersua lagi.

Sampai disini dulu ye. Jumpa lagi dilain entri.
Salam sayang.

Monday 4 August 2014

Salam Syawal 2014

Teks: Norul Badri Md Daud
Gambar: Foto Google

Assalamualaikum w.b.t


Masih belum terlambat rasanya untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya buat kalian yang sudi berkunjung ke sini.

Maafkan andai ada terkasar bahasa atau terguris perasaan sepanjang kita bersua di ruang maya ini.

Macam mana hari raya tahun ni?
Mesti meriah kan?

Dapat bersua dengan sanak saudara serta rakan taulan yang pastinya pada hari biasa sukar untuk kita bertemu. Bagi saya tahun ni cukup bermakna, selain dapat berkumpul dengan keluarga saya juga dapat bersua kembali dengan rakan-rakan sekolah yang terpisah hampir 22 tahun dulu.

Em. Kepala tiba-tiba pening pula, mungkin banyak sangat makan ketupat lemang kot. Hihi
Sampai disini dulu ye.
 
Tunggu sambungan di entri akan datang ye.

Salam Aidilfitri.