Gambar: Foto Google
Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.
Alhamdulillah.
Bermula sudah minggu pertama bulan November 2014. Rasa bagai masih pertengahan tahun, tetapi sebenarnya hanya tinggal dua bulan saja lagi kita menghampiri tahun baru 2015.
Apa khabar kalian? Diharapkan sihat sejahtera dan ceria selalu ye.
Ada yang mula memikirkan azam baru untuk tahun depan? Ada yang berazam nak bina bisnes online sendiri tahun depan, nak berhenti merokok, nak beli kereta baru, nak tamat zaman bujang dan pastinya ada pelbagai jenis azam yang kita akan fikirkan awal tahun.
Entri kali ni bukan lah nak bebel pasal azam tahun baru ye. Itu hanyalah sebagai intro permulaan saja.
Em. Azam nak bina bisnes online tu tak perlu tunggu sampai tahun depan ye. Bila-bila masa pun boleh mula. Yang penting ada kesungguhan. Dan niat kerana Allah nak cari duit sampingan untuk bantu keluarga atau tambah duit poket sendiri bagi yang bujang.
Nak mulakan bisnes mulalah fikirkan tentang modal kan. Bila rasa tak cukup modal terus je bagi alasan tak boleh buat bisnes. Inilah masalah saya masa awal-awal dulu. Sebelum menyertai rakan jemaah ABDR. Ditambah pula dengan sifat pemalu untuk menjual atau mencari orang bagi sesetengah bisnes seperti MLM.
Saya pasti ramai kat luar sana pun macam ni jugakan? Hehe. Betul tak?
Rata-rata ramai pasti bersoal-jawab macam ni:
1) Modal tak cukup lagi atau tak ada ni
2) Mana nak dapat supplier barang-barang
3) Kena sediakan lesen niaga lagi
4) Stok banyak, macam mana kalau jual tapi tak laku?
Itu antara contoh alasan kerap kali kita terjumpa. Alasan akan sentiasa wujud. Namun kalau kita terus berikan alasan sebelum bermula, sampai bila-bila pun alasan tak akan habis. Kita sendiri yang perlu ambil TINDAKAN untuk membuktikannya.
Saya sendiri mengambil tindakan, bergabung bersama jemaah ABDR. Bagi sesetengah orang mungkin ianya perkara kecil. Tapi bagi saya ianya satu tindakan yang saya berani ambil, bagi mengubah hala tuju saya selepas ini. Dengan bergabung bersama ABDR, keyakinan diri saya untuk berbisnes online bertambah. Dapat bergaul dengan pelbagai lapisan latar belakang rakan protege yang pastinya pelbagai ilmu baru juga dapat saya kutip.
Walaupun suri rumah sibuk dengan kerja di rumah dan kadang-kadang memang tiada masa langsung untuk diri sendiri, tetapi kalian perlu cari masa dan mulakan. Selitkan masa dan cari masa untuk diri sendiri juga.
****************************************
Baca lagi perkongsian melalui ebook dibawah.
Mana nak dapat ebook ni?
Hubungi saya:
norulbadridaud@gmail.com
011-11668841
https://www.facebook.com/nurrullz.daud

No comments:
Post a Comment