Friday, 19 April 2019

Kerja Bertangguh Memang Tak Menjadi




Ya Tuhan. Asyik tertangguh-tangguh saja nak menulis di sini. Betul lah kata orang. Kerja bertangguh ni akan meleret-leret jadinya. Dari sehari, ke sehari. Lepas tu terlupa.
Moga lepas ni, bina sikap yang lebih baik. 


Apa khabar kalian? Sudah Jumaat minggu ketiga bulan April. Moga apa-apa saja yang kalian rancang sentiasa dipermudahkan.
Bukan mudah juga sebenarnya nak konsisten menulis ni. Lagi-lagi yang tak berbakat macam saya. Memang agak sukar dan mencabar. Nak menulis yang kreatif lagi lah. Namun saya masih bersemangat untuk menulis di sini. Kerana dengan menulis mampu melepaskan rasa stress secara tak langsung. 

Sampai sini dulu. Nanti jumpa lagi. Terima kasih yang sudi singgah diblog saya ini. InsyaAllah. Saya masih lagi belajar untuk menjadi seorang penulis yang baik. Jika ada kekurangan di sana sini mohon maafkan.
 
Salam cuti hujung minggu.

Wednesday, 3 April 2019

Salam Isra Mikraj 1440H.

Salam Isra Mikraj 1440H.
27 Rejab 1440H.

Semoga kita sentiasa dirahmati diberkati dunia akhirat.
Rindu nak coret disini. Namun asyik tertangguh-tangguh. Sudah masuk bulan baru, April 2019. Moga yang baik-baik saja buat kita semua. Pejam celik kita makin menghampiri bulan Ramadhan Al-mubarak. Bulan mulia penuh keberkatan.

Rata-rata kawan perempuan kat facebook bercerita hal ganti puasa, persiapan awal tempah baju raya, oder kuih raya. Begitu terasa pantasnya masa bergerak. Saya cuma dah sesiap oder kuih raya. Cukup 4 balang RM100 sahaja. Persiapan baju raya belum lagi. Bajet nak berjimat tahun ni. Mana yang boleh pakai, kita pakai ja lagi. Hehe

Bagaimana pula dengan persiapan kalian tahun ni?




Thursday, 14 March 2019

Masak Lemak Udang Mama Mabeles

Berjaya juga malam tadi masak resepi udang masak lemak cili padi untuk lauk dinner. Walau simple je cara. Alhamdulillah sedap sangat. Memang licin satu periuk. Berselera anak-anak makan.



Jom layan resepi dan cara masak kat bawah. Mudah dan sedap.

Masak Lemak Udang Mama
Oleh: Norul Badri Daud

Inilah hasilnya


Bahan bahan:
10-15 ekor udang
1 batang serai - ketuk
1 cawan santan pekat atau (1 kotak)
1 keping asam keping
Garam
Serbuk perasa

Bahan Tumbuk:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
7 tangkai cili padi
2 inci kunyit hidup

Cara cara:
 
 
 
 
1) Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, kunyit sehingga lumat. 



2) Masak bahan tumbuk dengan santan dan serai dengan api perlahan sehingga mendidih sambil terus menerus dikacau supaya santan tak berketul dan tak pecah minyak. 
 
 
 
3) Bila dah mendidih masukkan udang. Kemudian masukkan asam keping. Jika ada sayur boleh masuk sekali. Saya letak kacang panjang. Letak garam dan serbuk perasa jika suka.

4) Bila udang masak, bolehlah tutup api dan sedia dihidangkan.
 
Selamat  mencuba.