Thursday 23 July 2015

S.E.L.A.M.A.T H.A.R.I R.A.Y.A 2015!

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Sumber Google

Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.



S.E.L.A.M.A.T  H.A.R.I  R.A.Y.A!
Alhamdulillah. Salam 7 Syawal 1436H.
Rasanya belum terlalu lambat nak ucapkan selamat hari raya. Lambat sikit wish, tapi tak apakan masih lagi bulan raya kan. Selamat meraikan Syawal yang mulia. 

Maaf sangat lama tak update blog ni. Hari ni hanya nak ucap raya je ye.
Di kesempatan ini, saya ingin menyusun jari, memohon ampun maaf andai ada salah silap saya. Saya insan biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan. Oleh itu, harap kalian dapat maafkan saya ye.
 
Kosong-kosong naa.

Selamat bertugas kepada sesiapa yang sedang bekerja. Selamat berniaga kepada sesiapa yang berniaga. Semoga hari anda lebih baik daripada semalam.



Friday 3 July 2015

Giveaway Contest : Mega Ramadhan ATJ Giveaway

Teks: Norul Badri Daud
Gambar : Amal Till Jannah

Assalamualaikum.
Bismillah.

Salam 16 Ramadhan 1436H. Salam Jumaat yang penuh barakah. 
Entri hari ni nak kongsi mengenai Giveway Contest Projek Amal Till Jannah.
Special untuk pembaca blog saya, jom join Giveway Contest Projek Amal Till Jannah ramai-ramai. Semoga usaha kita yang kecil ini, di redhai Allah.


[PROJEK AMAL TILL JANNAH]

Ramadhan giveaway contest (1 july - 31 july 2015)

Jom ramai-ramai blogger join, sambil support program AMAL TILL Jannah​












 Sedikit pengenalan mengenai penubuhan projek Amal Till Jannah

1) Ditubuhkan pada 1hb Jan 2015
2) Pengasas ATJ: Pn Rosyamila binti Yunus 
3) Misi ATJ: membantu anak2 yatim,tahfiz, umah org tua,fakir miskin, pesakit kronik,gelandangan, asnaf serta golongan yang memerlukan
4) Objektive - mendidik diri mendekati Allah swt dan Rasulullah saw melalui saluran sedekah
5) Matlamat Akan datang - meluaskn pelbagai program dakwah dn kerohanian di pelbagai daerah dan negeri melibatkn dari kanak-kanak hingga warga emas melalui program yang bakal dirancangkan
6) Harapan - harapan utama ATJ ialah untuk melihat kejayaan umat Islam dlm pelbagai bidang khasnya dr segi ekonomi,sosial dn politik dgn mengutamakan prinsip dn syariah Islam. Semoga ATJ menjadi medium bagi umat Islam menyalurkan sedekah, ilmu serta tenaga dalam mencari redha Allah swt