Wednesday 10 August 2016

Happy Hour Yang Perlu Di Grab

Teks: Norul Badri Daud


Assalamualaikum wbt
Selamat petang semua.

Alhamdulillah. Hujan lebat membasahi bumi Kelana Jaya. Syukur Ya Allah dengan nikmat yang Kau kurniakan. 

Ehemm, sejak dua hari ni KakYun tak sempat nak join sembang-sembang dalam group coaching bersama cikgu Hajar Abdullah di telegram.
Boleh buka sekejap sekejap saja baca perkongsian agar tiada ilmu yang dikongsikan terlepas dari pandangan.


Rupa-rupanya ada pengumuman dari cikgu Hajar Abdullah. Ada yang nak tahu ke?

Okey sebenarnya, cikgu Hajar yang kiut lagi chumel tu yang selalu guna ‪#‎PenulisCinderella‬ tu buat pengumuman kat group. Akan ada sesi happy hour untuk Ebook 10 Teknik Soft Selling Power Di Facebook. Bila tu? Tungguuu taw.

Wowww. Tentu best kan dapat peluang shopping time happy hour. Macam selalu kat Jakel buat sesi happy hour tu. Berebut-rebut orang berkerumun nak membeli. Haa, jangan lupa set kan masa yang ditetapkan. Dua jam saja masa yang di bagi taw. Takut-takut ada yang sobs sobs tepi bucu katil sebab terlepas peluang ni.

Jangan cakap KakYun sombong tak bagitau awal. 

Psss: Malam ni jam 9.00 hingga 11.00 malam taw happy hour. Diskaun 50% untuk siapa yang nak dapatkan Ebook 10 Teknik Soft Selling Power Di Facebook. Tunggu kod diskaun dari saya ye.

Boleh picit link kat bawah jika nak intai content ebook 

>>> http://bit.ly/TeknikOhsemSoftselling
>>> http://bit.ly/TeknikOhsemSoftselling
>>> http://bit.ly/TeknikOhsemSoftselling

Saturday 6 August 2016

Selamat Hari Minggu

Teks: Norul Badri Daud
Imej: Sumber Peribadi

Assalamualaikum wbt
Selamat pagi. Selamat berhari minggu semua. Moga hari minggu kalian ceria ceria ya. Dah bersarapan pagi ke?

Apa aktiviti kalian hari ni ye? Boleh kongsi kat sini jika sudi. 

KakYun dah plan dari semalam lagi nak masak laksa. Hehe, harap-harap tercapai lah plan ni. Rasa macam teringin jek nak makan laksa. So, nak kena pegi pasar la kejap lagi cari bahan-bahan nak buat kuah laksa nanti. 


 

Friday 5 August 2016

Kongsi Idea Nak Tulis Blog Plisss

Teks: Norul Badri Daud
Imej: Sumber Peribadi

Assalamualaikum wbt
Selamat petang. 

Salam Jumaat yang barakah. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah.
Alhamdulillah. Redup dan nyaman je cuaca hari ni.  Tengahari tadi kat pejabat je KakYun. Perut rasa lapar, namun kaki malas turun pegi kedai untuk membeli makanan. Makan biskut cicah air milo ja la nanti. Hmm, tak bagus kan sifat malas camni. Keh keh keh

Sebetulnya banyak yang KakYun nak kongsi dalam blog kesayangan ni. Namun, idea nak menulis tu kadang-kadang tak mau timbul lagi. Hehe hamboii, KakYun ni banyak ehh alasan. Padahal dah belajar pun dalam kelas blog bersama ABDR, cara mengumpul idea. Sediakan buku nota kecil, tulis lah catatan sepanjang hari yang kita lalui. Kan pelbagai peristiwa kita lalui setiap saat dan masa setiap hari. Ada sedih, lucu, gembira, bahagia, marah dan macam-macam lah. Tulis jek point point dulu, pastu ambil masa bertenang karang la jadi ayat. Haa, senang je kan. 

Okey. Kakyun kongsikan cara ye, kalau betul dah kekeringan kekontangan idea nak tulis boleh jek cari `popular quote' atau `kata-kata mutiara' yang kita rasa best. Kita kongsikan dengan rakan-rakan tambah lah sikit perisa bagi sedap seperti gula batu, air sirap bandung ka bagi lagi manis. Tak  pun, boleh juga jalan-jalan kat blog rakan-rakan lain baca baca dulu cerita mereka. Mana taw kan, tetiba ting ting ting idea mencurah-curah datang. Haa, okey tak idea KakYun? Hehe

Satu lagi KakYun dapat dari perkongsian Cikgu Hajar Abdullah. Zikir. Ya dengan amalkan zikir Ya Musowwir, Ya Alim, Ya Halim, Ya Rashid sebelum mula menulis.

Sampai sini dulu perkongsian hari ni. Moga ada yang bermanfaat. 

Salam sayang.

#JanganKecamSaya
Hehe


 
 
Nak belajar ilmu soft selling. Klik jer link kat bawah

>>> http://bit.ly/TeknikOhsemSoftselling  
>>> http://bit.ly/TeknikOhsemSoftselling
>>> http://bit.ly/TeknikOhsemSoftselling 


Thursday 4 August 2016

Superbest Sedut Ilmu Soft Selling

Teks: Norul Badri Daud
Imej: Sumber Peribadi

Assalamualaikum wbt
Selamat petang. 

 Okey, seperti yang dijanjikan semalam KakYun nak hapdate tentang kelas online soft selling kan hari ni.  Semalam kelas bermula jam 9.45 malam dengan topik yang di pilih "siapa kastemer segmen anda".

KakYun memang la eksaited nak timba ilmu. Sebabnya, rasa masih belum jelas lagi tentang ini.


 topik cikgu dah bagi awal

sape free masa boleh join 2 kaki

dalam dok berborak dah terselit ilmu. Hehe
ada juga tips yang dikongsi cikgu.

Contoh soft selling yang KakYun siapkan semasa kelas berlangsung.

Okey dah selesai kelas
Alhamdulillah. Barulah KakYun jelas tentang kastemer segmen ni. Perlu lebih spesifik dengan target kastemer kita. Bukan main sembrono jek iklan. Terima kasih cikgu Hajar Abdullah.
Lepas ni kena lebih rajin asah skill buat ayat soft selling untuk pikat kastemer. Tak adalah orang meluatkan baca iklan kita. Walau menjual namun tak perasan kita menjual. Hehe, chaiyokk KakYun. Ukenduit.
Sampai sini saja untuk hari ni. Jumpa lagi nanti. 
Salam sayang. 
Psst: Berita baik untuk kalian yang nak join 2 kaki sedut ilmu dalam group telegram ni, nanti boleh dapatkan ebook cikgu Hajar ye. Dengarnya bakal ada kejutan untuk kalian. Tungguuu, hari Rabu depan bakal di umumkan.
Klik jer link kat bawah ye

>>> http://bit.ly/TeknikOhsemSoftselling 

>>> http://bit.ly/TeknikOhsemSoftselling
>>> http://bit.ly/TeknikOhsemSoftselling 

Wednesday 3 August 2016

Jomm Belajar Online Storitelling Bersama Cikgu Hajar Abdullah.

Teks: Norul Badri Daud
Imej: Cikgu Hajar Abdullah

Assalamualaikum wbt.
Selamat petang.

 Baru berkesempatan menjengah blog kesayangan petang ni. Tetap juga mencari waktu, walau dilanda kesibukan dengan kerja hakiki di pejabat. 

Apa khabar kalian hari ni? KakYun doakan moga tetap dibawah lindungan Allah S.W.T.

Okey, malam ni KakYun ada kelas online Storitelling jam 9.45 malam, bersama cikgu Hajar Abdullah atau PenulisCinderella di group aplikasi telegram taw. Kelas ni kami dapat percuma bila dah beli ebook cikgu Hajar 10 Teknik Soft Selling Power Di Facebook. Moga dapat luangkan masa dan hadam ilmu yang bakal dikongsi nanti. Tak sabar rasanya nak tunggu malam. Hehe.


Nanti Kakyun hapdate lagi ya. Sampai jumpa lagi.

Salam Sayang.

Pssst: Ada yang nak tahu apa itu softselling klik link dibawah.

>>> http://bit.ly/TeknikOhsemSoftselling 
>>> http://bit.ly/TeknikOhsemSoftselling
>>> http://bit.ly/TeknikOhsemSoftselling 
 

Tuesday 2 August 2016

CABARAN OGOS, MENULIS SEHARI 1 ENTRI

Teks: Norul Badri Daud
Imej: Sumber Google

Assalamualaikum wbt.
Selamat petang Selasa yang ohsem.

Alhamdulillah. Sudah masuk bulan Ogos. Terasa pantas sekali masa bergerak. Bulan Ogos ni KakYun cukup suka, hehe. Yelah bulan ni adalah bulan kelahiran KakYun beserta dua orang anak kesayangan KakYun.



Amboiii, rajin nya KakYun hapdate blog hari ni. Hehe, jangan tak tau ye sebenarnya bermula hari ni tim protege dan alumni bawah pemantauan cikgu Anys Idayu aka cikgu Aiz ada cabaran Ogos MENULIS SEHARI 1 ENTRI. Doakan KakYun agar dapat panaskan enjin dan memecut kuasa turbooo ya.

Bagusnya ada cabaran seperti ni, mampu mengasah kembali skill penulisan yang mula lemau ni. Begitu banyak sebenarnya tips dan manfaat yang KakYun perolehi bila sertai Akademi Bekerja Dari Rumah ni. Daripada seorang zero dan pemalu nak berbisnes, dah nampak la perbezaan selepas bersama tim ABDR ni. Syukur sangat. Psss, mungkin banyak sangat makan ketupat lemang masa raya KakYun ni kan. Okey, tak mau lemau lemau lagi lepas ni, kita terus pecut turboo gitew.

Kita sahut CABARAN OGOS, MENULIS SEHARI 1 ENTRI.

 Sampai sini ye untuk hari ni. Moga dapat jumpa lagi di hari esok dan seterusnya. InsyaAllah.
KakYun doakan semua rakan yang singgah baca entri ini akan kaya berjaya dunia dan akhirat.

Salam sayang. 

KakYun
019-3615776