Gambar: Foto Peribadi
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah. Bertemu lagi di alam maya, di hari Jumaat penghulu hari. Semoga kalian yang sudi bertamu disini dirahmati Allah selalu ye.
Bersiaran petang hari ni. Hujan lebat diluar sana dan suasana gelap seperti malam hari. Bunyi guruh petir juga kuat. Kadang-kadang terkejut dengan silau panahan petir dan dentuman guruh. Istighfar dan zikir banyak-banyak. Hujan juga rahmat dari Allah.
Yang masih dipejabat pasti memikirkan suasana jalan raya yang pasti sesak selepas hujan bila berakhir waktu pejabat nanti kan.
Betul tak? Hehe, sebenarnya saya la tu.
3 anak comel posing dulu..main air selepas hujan.
Selamat berhujung minggu. Semoga kalian ceria dan bahagia selalu.
No comments:
Post a Comment