Wednesday 31 December 2014

Tragedi December 2014

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Sumber Google
Assalamualaikum w.b.t



Alhamdulillah, selamat petang. Hari ini merupakan hari terakhir 2014.
2014 bakal melabuhkan tirai beberapa jam sahaja lagi. Meninggalkan kita pelbagai kisah  kenangan pahit manis, pengalaman, pengajaran, kegagalan, kejayaan.  

Akhir tahun yang meninggalkan pelbagai rasa pahit manis bagi kita semua. Bagi bulan terakhir dalam kalender tahun ni, kita dikejutkan dengan berita ujian banjir luar biasa di negeri sebelah Pantai Timur dan beberapa negeri lain, dan yang paling terjejas teruk ialah negeri Kelantan. Saya mendoakan agar semua mangsa ujian ini diberi kekuatan oleh Allah untuk terus tabah menghadapinya. Bila selepas diuji dan kita sabar serta sangka baik denganNya, Dia pasti akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Ini kerana semua perkara yang berlaku, adalah hikmah yang besar untuk kita serta menambah baikkan amalan.



Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Kita yang memandang pun terasa hiba dengan dugaan yang mereka hadapi, apatah lagi mereka yang melaluinya. Tentu mereka akan merasa trauma dalam masa agak lama. Bantuan dari kita, tentunya amat-amat mereka perlukan. Alhamdulillah, saya sendiri juga dapat memberi sedikit sumbangan untuk meringankan bebanan mereka. Selebihnya hanya mampu berdoa dari jauh agar mereka terus bertabah dalam menghadapi dugaan ini.




Semoga kita semua dilindungi Allah dan tetap tenang dalam menghadapi pelbagai dugaan. 

2015 moga kedatangan mu membawa sinar baru dalam hidup kami.


Tuesday 23 December 2014

Kelas Offline Bermula Januari 2015

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Sumber ABDR

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah.Petang yang dingin.
Suasana dingin amat terasa waktu ni, kerana hujan yang mencurah-curah diluar sana.
Salam 1 RabiulAwal 1436H, bulan kelahiran seseorang yang disebut sebagai Rahmatalill A'lamin iaitu baginda Rasulullah saw.
الصلاة والسلام عليك يا رسول الله
Selawat dan Salam ke atasmu Ya RASULULLAH.
Semoga kami semua mendapat syafaat darimu Ya Rasulullah.

 *************************
 
Khas untuk semua yang mempunyai produk dan jualan online, tapi masih belum mempunyai blog kedai atau blog untuk mempromosi produk. 
Ingin belajar bina blog? 
Secara online atau Offline?
 
Kami di Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) ada menyediakan kelas asas blog dengan yuran yang berpatutan, beserta bonus ebook sesuai pakej yuran pilihan kalian.
 
Maklumat dan pakej yuran kelas online baca disini

  untuk kelas offline bakal datang bulan Januari 2015. Khas untuk kalian sekitar Johor Bharu.

 
 
Dah sedia nak mendaftar, boleh hubungi saya ye.

Ulasan E-Book Rahsia Khidmat Pelanggan Online

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Sumber ABDR

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Hari Selasa yang indah.
Hari terasa cepat dan berlalu dengan pantas. Semoga hari ni dilalui penuh dengan kelancaran dan keceriaan disamping insan-insan tersayang.

ABDR juga semakin hari semakin dikenali dan mendapat sambutan. Jumlah ahli yang bergabung bersama kini mencecah hampir 1000 blog. Tercari-cari ilmu berkaitan khidmat pelanggan?

Entri kali ni ingin saya kongsikan sedikit ulasan mengenai E-book Rahsia Khidmat Pelanggan Online.
 
Tajuk               :  Panduan Rahsia Khidmat Pelanggan Online
Pengarang    :  Masayu Ahmad (Puan Pengasas ABDR)
Mukasurat     :  61
Kategori        :   Bahasa Melayu, Bisnes
Harga             :  Promosi RM 30 (selepas ini RM50)




E-book Rahsia Khidmat Pelanggan Online. Merupakan buah tangan dari penulis Pn. Masayu Ahmad selaku pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR). Sebuah ebook yang terbahagi kepada 8 Bab dengan satu Bonus perkongsian pengalaman dari usahawan online yang berjaya.

Bersetuju dengan idea penulis betapa pentingnya untuk kita mempunyai khidmat pelanggan yang baik sebagai seorang usahawan dalam sesuatu urusniaga. Kita harus bijak menawan hati pihak pelanggan agar percaya dan gembira untuk terus berurusniaga dengan kita.  

Tanpa adanya pelanggan siapalah kita. Dan kemungkinan bisnes yang dijalankan juga tidak berhasil. Betul tak?

 Jika khidmat pelanggan yang baik, secara tak langsung menjadi faktor tarikan bagi pelanggan membuat belian dengan kita. Dan, kemungkinan juga akan dipromosi pula kepada rakan-rakan mereka. Secara tak langsung membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada pasaran yang lebih meluas. Pendapatan juga boleh jadi berganda.

Ebook ini menggunakan gaya bahasa yang mudah, tetapi begitu padat dengan ilmu. Amat sesuai bagi seseorang usahawan yang masih baru dalam bisnes online. Bagi usahawan sedia ada ianya memberi input atau `upgrade'  khidmat pelanggan bagi memastikan bisnes terus mendapat tempat dihati pelanggan.

Alhamdulillah, saya dapat menambah skill secara tak langsung dalam menghadapi karenah pelanggan. Doakan saya berjaya aplikasikan segalanya dengan baik.

Ebook ini harus dimiliki oleh mereka yang ingin terus maju dan menambahbaikan dalam bisnes yang dijalankan.

Berminat nak dapatkan ebook ini?

Hubungi saya:

Email: norulbadridaud@gmail.com
FB: https://www.facebook.com/nurrullz.daud
Sms/Whatsapp: 011-11668841









 

Monday 22 December 2014

2014 Bakal Hampir Ke Penghujung

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Sumber Peribadi&Google
Assalamualaikum w.b.t


my last hero..

Syukur Alhamdulillah. Puji-pujian bagi Allah, yang melimpahkan rahmat. Petang yang dingin dan mendamaikan. Hujan diluar sana waktu sekarang menambahkan lagi rasa dingin dalam pejabat.

Semoga hari ini penuh dengan kelancaran dan keceriaan di dalam melakukan tugasan seharian. Tahun 2014, semakin hampir ke penamat. Tentu dah banyak peristiwa pahit manis yang dilalui sepanjang tahun ni kan.

Harapnya banyak kenangan yang manis je ye sepanjang tahun ni. Kalau ada pun kenangan pahit, jadikan ia sebagai tauladan. Tak perlu sedih-sedih ye. Hidup mesti diteruskan. Sentiasa berdoa dan berharap pada Allah, semoga yang baik-baik saja bakal kita lalui dihari-hari hadapan.

***********

 


Kembali Update Setelah Sepi

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Sumber Google
Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah. Hari Isnin yang indah. Cuaca redup dan nyaman. 
Tinggal kurang 9 hari saja lagi kita akan melangkah ke tahun 2015.
Saya doakan kalian yang sudi singgah disini dilimpahkan rahmat dan kasih sayang dari Allah. Semoga apa yang dicitakan dalam tahun 2014 dapat disempurnakan dengan izin dari Allah.

 Bagi pengunjung blog ni, saya mohon maaf kerana agak lama tidak mengupdate dengan entri-entri terbaru. Masa yang terluang agak terhad, banyak urusan yang perlu diselesaikan pada masa cuti sekolah kali ni. Bajet macam la popular je ye blog ni. Hihi.

Tapi, InshaAllah semoga saya akan lebih istiqamah selepas ini untuk update blog ni bagi tatapan kalian yang sudi singgah disini. Agar kita dapat terus bersilaturahim, walau hanya dialam maya sahaja. Jangan jemu jemu singgah disini ye.

Semoga kita dapat berkongsi panduan serta pengalaman dalam meneruskan kehidupan bagi hari yang mendatang. Jika antara kalian ada pendapat atau perkongsian boleh je komen-komen disini ye.

*****************************

Monday 1 December 2014

Bermula Hari Baru Bulan Disember

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Peribadi

Assalamualaikum w.b.t



Alhamdulillah. Pagi Isnin yang cerah dan ceria. 
Permulaan hari pertama iaitu 1hb Disember dalam bulan terakhir 2014. 2015 bakal menjelang tak lama saja lagi.
Apa khabar kalian hari ni? Semoga kita semua sentiasa dirahmati dan berada dalam ketenangan selalu dibawah lembayung rahmat Allah.

Bila tiba cuti sekolah,perjalanan ke pejabat agak selesa. Jalan raya kurang sesak.

********************************

PELUANG DAN RUANG untuk para suri. Surirumah atau suri bekerjaya yang MAHU MULA LANGKAH NIAGA tetapi ….
** TIDAK TAHU BAGAIMANA HENDAK MULA
** TIDAK TAHU PRODUK APA YANG UNTUK DIJUAL
** TIDAK ADA MODAL YANG BANYAK
** KEKANGAN MASA UNTUK BELAJAR DI LUAR
** MAHU MULA TAPI TIDAK MAHU TINGGAL URUSAN KELUARGA
** MAHU MULA TAPI SECARA SAMPINGAN
** PRODUK ADA, TAPI TIDAK TAHU CARA UNTUK PERKENALKAN PADA PEMBELI
Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) menyediakan peluang kepada suri memulakan bisnes dengan kaedah paling mudah dan kos paling minima. Dengan hanya RM200.00 samada secara tunai atau bayaran ansuran (RM100x2 atau RM50x4), kami akan berikan tunjuk ajar bagaimana hendak memulakan, dan suri berpeluang berniaga dengan produk dropship ABDR.
Akademi Bekerja Di Rumah kini hampir mencecah 1000 orang bloggers. Bayangkan jaringan network dan sokongan percuma yang bakal menanti suri sekalian. Setiap blogger akademi dapat dikenali dengan logo wanita comel di atas pada blog masing-masing.
Antara produk-produk laku keras yang ditawarkan ialah:
>> Produk Makanan Sunnah (jus kurma, jus delima, air zam-zam dll)
>> Produk Makanan (nasi arab, keropok, serunding, koko tamar, dll)
>> Telekung solat
>> Produk islamik (e iqra, al quran digital dll)

Jika suri sekalian berminat boleh hubungi saya

www.norulbadridaud.blogspot.com
norulbadridaud@gmail.com