Tuesday 22 July 2014

Duit raya saya

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Peribadi

Assalamualaikum w.b.t



 wang kertas baru untuk duit raya


Salam Selasa.
Salam 24 Ramadhan 1435H.

Alhamdulillah. Meniti 24 Ramadhan, semoga kita semua terus istiqamah dalam menjalani ibadah wajib puasa ramadhan dalam minggu yang terakhir ni.

Apa khabar kalian hari ni yang sudi menyinggah disini? Semoga kita semua sentiasa terpelihara dan diberkati oleh rahmat Allah.

Tadi waktu tengahari keluar ke bank untuk menukar wang kertas baru bagi di isi dalam sampul duit raya. Em, berpeluh juga lah. Banyak bank yang dah kehabisan stok duit baru ni. Ada yang hanya bagi sampul duit raya je.

Namun saya terus juga pergi ke bank lain yang berhampiran. Alhamdulillah, di Hong Leong bank masih ada rezeki saya nak tukar duit baru. Saya menukar wang kertas RM1.00 dan RM5.00 saja. Ramai juga yang beratur nak tukar duit kertas baru ni.




 sampul duit raya daripada Hong Leong bank & Public Bank

Kongsi rezeki Ramadhan

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Peribadi

Assalamualaikum w.b.t


Salam Selasa 24 Ramadhan 1435H. 
Hari Jumaat lepas saya buat penghantaran tapai lagi yang di oder oleh cik Ain dan cik Wani. Alhamdulillah, rezeki sentiasa ada walaupun sedikit. Yang penting sentiasa bersyukur dan terus istiqamah. Jangan mudah berputus asa. 
Saya ada follow up semula dengan cik Ain dan cik Wani. Alhamdulillah, mereka puas hati dengan rasa tapai tersebut.

Pada yang berminat untuk menempah sempena rumah terbuka boleh mula tempah selepas seminggu raya ye.

-----------------------------------------------------------------

Jika ada pembaca blog saya yang ada dua masalah ini, mahu mula berbisnes, tapi tak mahu tinggalkan rumah kerana mahu beri perhatian kepada anak-anak dan keluarga. Atau yang ada modal, tapi masih tidak tahu mahu mula bisnes apa. Ada 3 peluang berbisnes secara online yang saya mahu kongsikan :

Pencarian dan Pendaftaran dibuka untuk :
1. Pengurus online akademi
- belajar mempromosi kelas dan bengkel anjuran akademi. Mempromosi produk digital.
- permintaan sepanjang tahun.
- hanya atas talian sahaja. Tanpa perlu fikir pengiraan kos postage dan penghantaran.

1. Kelas blog borong telekung solat
-belajar jual borong telekung
-permintaan yang tinggi semasa bulan ramadhan

2. projek duit raya http://projekduithariraya.blogspot.com/
- sasaran puasa, raya, rumah terbuka,tahun ni, tahun depan dan sehingga barang ada juga bagi yang nak hantar terus ke kampung, kita siapkan terus jadual penghantaran
- stok semua sedia ada.

Daftar dan pilih mana-mana yang kalian mahu untuk mula bekerja dari rumah secara online sahaja. Untuk pendaftaran dan pertanyaan lanjut boleh hubungi saya :



Email : norulbadridaud@gmail.com
Sms/whatsapp : 011-11668841

Monday 14 July 2014

Kenapa dengan Rakan Niaga ABDR?

Teks: Norul Badri Daud
Gambar : Foto Google

Assalamualaikum w.b.t


Bismillah. 
Alhamdulillah.  
Hari ni dah 16 Ramadhan. Marilah kita berdoa agar sentiasa mendapat rahmat kasih sayang Allah SWT sempena bulan yang mulia ini.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Semoga hari ini dilimpahi rezeki yang melimpah ruah untuk kita semua.

---------------------------------------------------------------------------------------------------


Apa yang menarik tentang Rakan Niaga Akademi :
* belajar gunakan blog untuk jana pendapatan
* dapat free kelas akaun
* bonus 5 ebook
* produk hanya atas talian
* tak perlu simpan stok
* tak perlu urus stok
* tiada modal berkali-kali. Hanya sekali yuran akademi rakan niaga
* produk umum dan permintaan sepanjang tahun
* hanya perlukan kesungguhan, fokus, konsisten.

Bagi yang mahu menjana pendapatan dari rumah boleh serta Akademi Bekerja di Rumah sebagai Rakan Niaga. Inshaallah kalian akan dibimbing bagi membina platform untuk mula.

Apa yang anda dapat dengan menjadi Rakan Niaga?
Anda akan belajar membina platform, iaitu satu Blog Bisnes yang membolehkan anda menjalankan operasi perniagaan hanya dari rumah sahaja. Kalian juga akan belajar membina satu fanpage.
Anda hanya perlu mempromosikan pakej-pakej jualan dan produk-produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah. Kami sediakan tapak untuk anda berniaga tanpa perlu keluar dari rumah. Apa yang anda perlukan hanyalah kesungguhan dan talian internet.

Blog Rakan Niaga akan tersedia dengan pautan:
1. Logo Akademi Bekerja Di Rumah
2. Logo rasmi SOHOdirectory
3. Kelas-kelas Online
4. Pakej Ebook
5. Ruang Periklanan
6. Borang Tempahan

Hubungi saya untuk pendaftaran sebagai pengurus online akademi
 

Wednesday 9 July 2014

Tulis yang baik-baik dan sebarkan juga kebaikan

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Google

Assalamualaikum w.b.t 




Semoga kita tetap ceria disamping menjalani ibadah puasa.
Ada yang tak berpuasa hari ni? Bagi kaum wanita tak apa ye dapat ABC (Allah bagi cuti) tapi nanti kena ganti balik tau. Hihi.

Tulis yang baik-baik, sebar juga ilmu dan kebaikan. Semoga sedikit penulisan kita menjadi saham di akhirat.

Kemahiran yang ada, gunakan sepenuhnya. Tak pandai dan malu nak cerita di fb, boleh mula dengan blog. Boleh mula menulis kelebihan diri dan kepakaran kita di blog. Bukan untuk bermegah, tapi dengan tujuan untuk membantu menyelesaikan masalah orang lain. Apa yang kita ada dan kita tahu, mungkin tak diketahui orang lain. Dan mungkin sangat-sangat diperlukan oleh orang lain.

Alhamdulillah, selamat datang pelajar baru July. Bergabung bersama kami 780 blog. Kami menghampiri 1000 penyertaan Ramadhan ini. Sertai kami di ABDR,
kelas blog penulisan
- Mula belajar menulis berdasarkan minat dan kemahiran, belajar menulis secara konsisten.

Kelas blog mula bisnes
- produk sendiri
- dropship makanan sunnah
- dropship borong runcit telekung solat
- drophip projek duit raya
- dropship produk islami


Sudah sedia boleh hubungi saya untuk pendaftaran

Jalan-jalan hujung minggu

Teks: Norul Badri Daud


Assalamualaikum w.b.t

Salam 11 Ramadhan. Alhamdulillah. Allah masih memberi nafas dan peluang pada kita hari ni untuk terus bertamu di bumi ini.

Apa khabar kalian hari ni yang sudi singgah disini? 

Pejam celik, pejam celik dah menghampiri pertengahan Ramadhan rupanya ye. Ada yang sudah mula rancak bershopping di pusat beli belah, bazar mall dan ada yang suka beli secara online saja. Bagi saya sendiri,buat persiapan untuk anak-anak je dulu.

Hari minggu yang lepas saya bersama keluarga ke kompleks PKNS Shah Alam. Sibuk sama nak menyesakkan lagi keadaan yang sudah mula nampak sesak disana. Berpusing-pusing mencari parking dalam keadaan yang panas. Akhirnya kami parking di kawasan lapang luar bersebelahan kompleks PKNS. Menapak jauh lah sikit, apa boleh buat.

Em, memang penuh dengan orang ramai yang sibuk membeli kelengkapan hari raya. Banyak booth yang menawarkan pelbagai pilihan pakaian sama ada pakaian baju melayu, baju kurung dewasa atau kanak-kanak. Memang meriah suasana di sana dengan suara Dj yang memberi info tentang gerai-gerai jualan. Lupa nak snap gambar la pulak.

Hihi. Dah blur la, berhenti disini dulu. Sampai jumpa lagi.
 


Tuesday 8 July 2014

Jus Poligami?

Teks: Norul Badri Daud

Assalamualaikum w.b.t

Bertemu kembali. 
Tengok tajuk entri mesti tertanya-tanya kan. Jus poligami? Macam mana? Rasa apa? 

Bagi suami pula, berani ke nak beli jus tu kalau jumpa. Hihi.
Ni salah satu nama unik  jus yang dijual di bazar ramadhan untuk menarik perhatian pengunjung bazar. Pelbagai cara dilakukan  penjual untuk melariskan jualan mereka.


 

Friday 4 July 2014

Shopping Secara Online

Teks: Norul Badri Daud
Gambar : Foto Peribadi

Assalamualaikum w.b.t

Salam 6 Ramadhan 1435H bersamaan hari Jumaat pertama bulan Ramadhan. Semoga di hari dan bulan yang mulia ni kita semua diberkati dan di rahmati Allah selalu.

Ada yang dah bercuti hujung minggu. Selamat bercuti. Boleh lah plan masak yang sedap-sedap untuk berbuka bagi family ye petang nanti. Ada yang ambil peluang nak menjengah pusat beli-belah untuk membuat persiapan raya bersama keluarga.

Pada suri dan kalian yang tak sanggup nak bersesak-sesak di luar sana tu, shopping secara online adalah pilihan terbaik. Kedai-kedai online ni tumbuh bagai cendawan segar selepas di siram dengan air hujan. Erkk, betul ke ayat macam tu.

Apapun pilihan adalah di tangan kita. Ada yang suka shopping di mall boleh pilih-pilih, acu-acu kat badan tengok sesuai ke tak.

-----------------------------------------------------------------
Projek Duit Raya
-----------------------------------------------------------------
Mencari duit lebih raya ni? Mari sertai Projek Duit Raya. Yuran sekali sahaja kalian akan dapat
1. Dibimbing buat blog
2. Dapat Ebook
3. Kumpulan sokongan- Insya Allah kalau anda aktif momentum anda sentiasa akan meningkat
4. Komisyen - bergantung pada usaha anda

Ini antara produk untuk jualan hari raya, sudah boleh mula sekarang. Jangan risau lambakan stok di gudang kami. Kalian hanya perlu fokus dan berjualan sahaja. Akan ada lagi pakej-pakej dan produk sememangnya khas untuk hari raya.

 

Thursday 3 July 2014

Wonderland Ramadan Raya

Teks: Norul Badri Daud
Gambar : Foto Peribadi

Assalamualaikum w.b.t




Alhamdulillah. Dapat bersua lagi. Sebenarnya saya agak blur sekejap. Tak ada idea nak taip entri macam mana. Nak karang ayat yang bagus-bagus macam mana. Adoi! Jangan lah ambil masa lama sangat tak muncul idea. Hihi, bajet macam bagus je kan.
 
Semalam balik dari kerja singgah di Main Place di USJ 21. Saja jalan-jalan cuci mata. Tak banyak kedai yang beroperasi lagi. Sambil jalan tu ada nampak dekorasi ala-ala Alice in Wonderland. Tapi yang ni Wonderland Ramadan Raya. Ha, cuba tengok dia punya pinggan dan dekorasi gedabak besar. 

Agaknya kalau kita hidang kuih raya besar macam ni, apa ye reaksi tetamu?


Jangan ada yang pengsan terkejut dah la ye. Layan gambar je ye. Dah blur balik ni tak tau nak taip apa dah. Hihi, maaf ye.

tengok cawan tu dah macam kolam mandi dah besarnya








Sampai jumpa lagi.

Wednesday 2 July 2014

Rezeki di 4 Ramadhan 1435H

Teks: Norul Badri Daud
Gambar : Foto Peribadi

Assalamualaikum w.b.t




Salam 4 Ramadhan. Semoga kita semua terus bersemangat dalam menjalani kehidupan harian walaupun berpuasa di bulan Ramadhan ya.

Alhamdulillah. Rezeki 4 Ramadhan, pagi tadi jam 10.30am ada cod produk Annusyrah untuk customer iaitu Pn. Lin dari Kuala Lumpur. Dia membeli produk Hawa untuk kegunaan adik iparnya yang bakal bersalin dan produk Bistari dan Maedah untuk kegunaan keluarganya. Seingat saya iklan produk ni saya tak pernah kongsi di ruang iklan lain. Hanya cerita dan perkongsian di blog sahaja.

Walau jarang promosi produk ini di blog, namun pelanggan masih dapat menjejaki kita jika kita rajin update blog. Alangkah ruginya, jika kita ada produk yang hebat, tetapi tak di war-warkan. Macam saya sendiri lah, kadang-kadang berhari-hari juga tak update blog ni rasa rugi sangat. Hihi

Walau tak dapat berbual lama dengan Pn. Lin, kerana masing-masing ada urusan lain. Namun dia sudi berkongsi pengalamannya melalui sms yang di hantar.



Perkongsian pengalaman Pn. Lin sendiri menggunakan produk Hawa Annusyrah.

Terima kasih untuk Pn.Lin kerana sudi berkongsi pengalamannya menggunakan produk Hawa keluaran Annusyrah ni. Semoga di lain masa kita dapat berurusan lagi.

Semoga bermanfaat apa yang dikongsikan.

Kepada yang berminat nak tahu tentang produk ni, jangan malu-malu pm saya.
011-11668841

---------------------------------------------------------------------------

Tuesday 1 July 2014

Kunjungan Tetamu Mulia

Teks: Norul Badri Daud
Gambar : Foto Google

Assalamualaikum w.b.t




Apa khabar kalian hari ni yang sudi singgah di sini?

Semoga berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah s.w.t. Pejam celik, semakin hari kita semakin dewasa dan membesar. Itulah rahmat dan kurniaan Allah s.w.t kepada kita. Pelbagai nikmat yang diberikan kepada kita tanpa putus-putus.

Sudah masuk hari ke tiga Ramadhan. Pastinya sebelum ni, kita telah persiapkan diri  dari segi mental, fizikal, emosi dan rohani. Mengapa?

Supaya setiap detik-detik berharga di bulan Ramadhan yang mulia ni dapat dimanfaatkan semaksima mungkin bagi mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t.

Rasanya belum terlewat untuk saya tuliskan tip mudah dan asas yang dikongsikan oleh imam muda Asyraf Ridzuan dalam membuat persiapan menyambut Ramadhan.  

Tip Membuat Persiapan Menyambut Ramadhan.

1)  Hadapi Ramadhan Dengan Ilmu.
      ~ Disebabkan Ramadhan datang setahun sekali, mungkin ada beberapa perkara yang kita terlupa. Perlu banyakkan membaca,membuat perbincangan dan soal jawab berkaitan Ramadhan.

2)  Panaskan Badan Dengan Berpuasa Sunat Hari Isnin atau Khamis.
     ~ Supaya perut dan badan disesuaikan semasa berpuasa di bulan Ramadhan. Ini dapat mengelakkan perut dan badan terkejut dan berasa sangat letih di bulan Ramadhan.

3)  Biasakan Untuk Tidur dan Bangun Awal Sebelum Subuh.
     ~ Sebagai latihan untuk mudah bangun bersahur, bertahajud dan beribadah di awal pagi. 

4)  Sibukkan Diri Dengan Amal Ibadah

     ~ Seperti membaca Al-Quran,berzikir dan sentiasa berwuduk. Supaya kita akan konsisten  dengan baik sepanjang Ramadhan.

5)  Mulakan Amalan Bersedekah Sedikit Demi Sedikit.
     ~ Hulurkan bantuan kepada fakir miskin, di masjid dan surau serta sesiapa sahaja yang memerlukan.

6)  Hebahkan Kehadiran Ramadhan
     ~ Gunakan Facebook,blog, twitter,e-mail dan sebagainya untuk menghebahkan kedatangan Ramadhan Al-Mubarak. Pastinya, suasana persiapan akan jadi lebih meriah.

Semoga kita akan merasai kelainan melalui Ramadhan kali ini berbanding tahun-tahun sebelumnya dan letakkan sasaran bahawa Ramadhan kali ini adalah yang terbaik!

Semoga bermanfaat.