Monday 24 November 2014

Aktiviti Minggu Pertama Cuti Sekolah

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Simpanan Peribadi

Assalamualaikum w.b.t


hehe..the gorgeous team lagi tu.

Selamat petang semua. Apa khabar kalian hari ni? Didoakan agar kalian yang berziarah ke sini sihat walafiat hendaknya ye. Hehe, dah rasa macam nak karang surat masa zaman jadi pelajar sekolah dulu pula.

Kalau dulu, karang surat siap ada pantun bagai. Siap ada tabur bedak talkum lagi bagi wangi surat tu bila dibuka untuk baca. Pantun pula mesti dua kerat.

"Pecah kaca pecah gelas,
Sudah baca, harap balas."

atau

"Pen merah pen biru,
U marah I love u."

Hehe, pernah tak antara kalian yang lalui pengalaman begitu? Cer citer, cer citer.

Haipp, dah terpanjang pula intro petang ni ye. Sebenarnya kan, ni tengah menahan mata dari terus layu-layuan. Mengantuk sangat ni.

Okey, berbalik kepada tajuk entri aktiviti minggu pertama cuti sekolah. Sebetulnya, untuk cuti sekolah kali ni kami sekeluarga belum buat perancangan untuk kemana-kemana. Namun, pada hari Ahad lepas kami sekeluarga mendapat jemputan ke kenduri kahwin yang berlangsung di Dewan MBSJ Taman Medan, Petaling Jaya. Memandangkan hari minggu dan cuti sekolah lagi, sempatlah kami menghadiri majlis tersebut.

Bila dah bermula cuti sekolah akhir tahun ni, ramai yang mengambil kesempatan mengadakan majlis kenduri kahwin. Banyak juga jemputan majlis yang diterima. Kami pun turut gembira dapat bertemu sanak-sauadara serta rakan taulan jarang ditemui. Lagi-lagi gembira dapat makan nasi kenduri. Hehe.

Hari ni (Isnin) sebagai dorongan atas kejayaan mereka untuk tahun 2014, anak-anak dijanjikan dibawa ke Kidzania oleh bapa saudara mereka. Cukup suka mereka, bila dapat tahu ganjaran tersebut. Em, itu aktiviti yang pasti mereka tak akan lepaskan.

Sampai disini dulu ye. Hujan lebat dengan guruh berdentum diluar sana. Jom buat kopi panas dulu hilangkan rasa dingin.






Saturday 22 November 2014

Rahsia Menghargai Pelanggan

Assalamualaikum w.b.t
Selamat berhujung minggu. Minggu pertama cuti akhir tahun persekolahan sessi 2014.

Ulasan eBook Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online

Bisnes online bukanlah perkara baru dalam diari kehidupan saya. Saya telah berbisnes secara online sejak tahun 2011. Pelbagai ragam pelanggan telah saya temui.
Oleh itu, atas dasar ingin menambah ilmu dalam Khidmat Pelanggan, apabila Puan Masayu Ahmad melancarkan eBook terbaru beliau iaitu Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online saya tidak membuang masa untuk mendapatkan naskah tersebut!
 
Di sini, saya ingin kongsikan ulasan eBook Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online dengan anda semua. Semoga ia bermanfaat buat kita bersama, InsyaAllah. Cara penyampaian di dalam eBook tersebut adalah ringkas dan padat. Ia mudah difahami dan semasa membacanya kita dapat membayangkan apa yang ingin penulis sampaikan.

Kita juga pasti tidak sabar untuk mempraktiskan ilmu yang diperolehi daripada eBook ini untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada pelanggan. Mungkin anda juga seperti saya, sambil membaca eBook ini, saya sempat termenung kerana bermuhasabah diri mengimbas kembali di mana kelemahan saya dalam skil khidmat pelanggan.
Contohnya dalam Bab 6: Menghargai Pelanggan.
Ikhlas dan Senyum – “Sapa bakal pelanggan/pelanggan dengan senyuman. Mudah sahaja, letak sahaja ikon senyum apabila berbicara dengan pelanggan walaupun hanya mesej melalui talian online. Gunakan ia sebaiknya. Senyuman itu membenarkan kita berurusan dengan baik dengan pelanggan. Ia adalah penghargaan yang cukup mudah. Mungkin sebelum ini kita merasakan bahawa perkara ini adalah perkara remeh dan tidak penting! Tapi, sebenarnya ia memberi impak yang sangat besar. Jika kedai fizikal sekalipun, jika peniaga bermuka manis dan sentiasa senyum kita pun rasa selesa dan bersemangat hendak membeli! Jika sebaliknya? Terus rasa hendak keluar dari kedai kan? eBook ini juga berkongsi RAHSIA memikat hati bakal pelanggan/pelanggan bermula daripada sebelum mereka menjadi pelanggan, setelah menjadi pelanggan dan bagaimana memikat mereka untuk menjadi pelanggan setia!

Pelanggan setia akan membuat pengulangan membeli produk malah mereka juga selalunya akan menjadi ‘agent pemasaran’ kita secara tidak langsung iaitu melalui ‘viral’ di media social atau ‘mouth to mouth’. Contohnya ialah apabila mereka membeli tudung yang kita jual, rakan mereka mungkin tertarik lalu bertanya di mana tudung itu dibeli. Jawabnya ialah “online” lalu ‘memperkenalkan’ blogshop atau facebook page kita. Bukankah itu menguntungkan kita? Lebih menguntungkan lagi jika pelanggan kita itu memuji kita kerana layanan yang baik dan senang berurusan dengan kita. Pasti ia menambah kepercayaan dan keterujaan orang lain untuk membeli dengan kita.

Banyak lagi RAHSIA yang perlu kita ketahui untuk meningkatkan mutu khidmat pelanggan yang akan diperolehi melalui eBook ini. Jika anda mempunyai staf yang menguruskan bisnes online anda, anda patut memberikan eBook ini kepada mereka juga. InsyaAllah, ia akan memberikan manfaat untuk perniagaan anda. Anda tidak akan rugi memilikinya!
Tahniah Puan Masayu Ahmad!



Siri 1 (terbit 25.9.2014)

RM30 (tinggal 30 sahaja lagi)

Pembelian dengan harga RM30 akan menerima bonus 1 ebook lain
Harga selepas ini RM50





Rahsia Khidmat Pelanggan, Usahawan Online

Bab 1: Urusniaga Online

Bab 2: Mengembirakan Pelanggan

Bab 3: Membina Keyakinan pelanggan

Bab 4: Menawan Hati Pelanggan

Bab 5: Menghargai Pelanggan

Bab 6: Kuasa Khidmat Pelanggan

Bab 7: Khidmat Pelanggan Profesional

Bab 8: Kuasa Suara Dan Gerak Hati

Bab 9: Tingatkan Bilangan Pelanggan Setia 

Bab 10: Tingkatkan Keuntungan Dengan Kuasa Pelanggan Gembira

Friday 21 November 2014

Soho Directori Iklan Bersama ABDR

Assalamualaikum w.b.t
 
Kami telah melancarkan Soho Directori (http://sohodirectory.blogspot.com) yang merupakan sebuah blog untuk memasarkan semua produk atau perkhidmatan para peniaga offline atau online. Soho Directori ini khas untuk mereka yang mahu
memasarkan secara online.

800 blog yang dibina bersama kami membawa pautan logo maksudnya iklan kalian dibawa bersama oleh mereka. Iklan kalian akan berada dalam senarai blog mereka.
Pakej Iklan 1 bernilai RM50 :

RM50- 1 gambar, link fan page, link blog
Tempoh 6 bulan
Renew iklan RM50 untuk 6 bulan

Jika tuan/puan berminat, boleh berikan details lengkap produk, 1 gambar utama produk, link fanpage dan link blog.

 
Pihak kami akan mempromosi produk tn/puan ke dalam SOHO ABDR.

Friday 14 November 2014

Rahmat Dari Allah

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Peribadi

Assalamualaikum w.b.t




Bersiaran petang Jumaat hari ni. Dingin terasa dalam pejabat. Cuaca diluar hujan lebat, bercampur sejuknya udara dari hembusan penghawa dingin. 

Jom buat kopi panas dulu. Hehe.

Hujan oh hujan..

Lebat sungguh diluar sana, gelap pekat alam jadinya. Guruh petir saling bertingkah. Itulah irama muzik alam. Ciptaan indah dari Yang Maha Kuasa. Syukur ya Allah, masih diberi kesempatan menikmati rahmatmu.

Tak kenal maka tak cinta kan. Mari kita berkenal dan bercinta.
 
Sejak dua menjak ni, bidang penulisan blog semakin menjadi perhatian. Perkembangan ini perlu diambil positif oleh blogger atau bakal blogger. Kegiatan berblogging ni juga salah satu cabang yang memberi kita peluang menambah pendapatan sampingan.

Saya mula mengenali dunia blogging ni seawal tahun 2013. Saya mencari pelbagai maklumat dan tutorial dari sumber google. Sememangnya untuk bina blog menggunakan platform blogspot.com senang dan mudah. Hanya perlu ada akaun gmail dan perlu ikut cara bina blog dengan arahan yang diberikan. Blog dah siap untuk digunakan. Namun, jika kita tiada mentor atau berguru dalam mendalami ilmu, ianya agak sedikit melambatkan proses pembelajaran kita. Blog kita juga lambat dikenali. Belajar hanya melalui tutorial dari blogger lain. Banyak `trial' and `error' yang kita lalui. Begitulah yang saya lalui dulu.

Sekarang saya bergabung bersama ABDR. Ada mentor untuk kita bertanya sebarang kemusykilan dan pelajari ilmu baru tentang blogging. 

*************************************
Kelas Blog Offline
****************************
Kelas offline blog fanpage mula bisnes di Johor Bahru ada dua pilihan tarikh pada  Sabtu 22 November 2014 atau Sabtu 29 November 2014. Kelas yang berkongsi daripada mula proses membina blogspot sehinggalah anda mempunyai sebuah blog yang sedia untuk dilawati oleh rakan pembaca.
Kelas ini juga akan berkongsikan teknik mudah bagaimana untuk mempromosikan blog pada peringkat awal dan seterusnya menambah bilangan trafik yang hadir dalam blog tersebut. Sekiranya anda berminat untuk belajar mengenai blogspot atau baru ingin berkecimpung dalam bidang penulisan blog, mari bersama-sama Akademi Bekerja Dari Rumah dalam menongkah arus industri blog yang semakin berkembang ini.
Bonus 4 ebook, dropship 2 pilihan produk.
3 jam untuk satu sesi.
Masa : 10 - 1pm atau 2.30-5.30ptg
Tempat : area berdekatan mengikut persetujuan pelajar
Yuran rm300
Limit untuk 3-5 orang pelajar sahaja satu sesi.

Daftar sekarang disini:  
norulbadridaud@gmail.com
norulbadridaud.blogspot.com
https://www.facebook.com/nurrullz.daud

 

Tuesday 11 November 2014

Pakej Mampu Milik - Kedai Online Untuk Siapa?

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Sumber ABDR

Assalamualaikum w.b.t

Sudah ramai wanita yang berjaya menjana pendapatan hanya dari rumah. Akademi bekerja Dari Rumah menawarkan kelas online khas untuk suri atau sesiapa saja yang mempunyai kekangan masa. Belajar menjana pendapatan hanya di rumah, tanpa perlu meninggalkan anak-anak.

Dengan pakej yuran mampu milik. Kini sesiapa saja boleh ikut bergabung bersama kami. Jangan lepaskan peluang ini. Beri ruang dan peluang buat diri kalian untuk pelajari ilmu baru.



 

Monday 10 November 2014

Kelas Bina Blog Bersama Akademi Bekerja Dirumah

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Google

Assalamualaikum w.b.t




Alhamdulillah. Bumi disirami hujan. Rahmat dari Allah dipetang hari. Musim macam sekarang yang tak menentu keadaan cuacanya, elok kita sediakan payung jika ada urusan diluar. Tak adalah basah kuyup kena hujan ye.

Okey, entri petang ni nak kongsi pasal ilmu bina blog ni. Cewah, cerita macam saya ni dah macam pereka web yang pandai je ye. Hehe, sila abaikan kenyataan yang perasan sendiri ni ye.

Sejak dua menjak ni, bidang penulisan blog semakin menjadi perhatian. Perkembangan ini perlu diambil positif oleh blogger atau bakal blogger. Kegiatan berblogging ni juga salah satu cabang yang memberi kita peluang menambah pendapatan sampingan.

Saya mula mengenali dunia blogging ni seawal tahun 2013. Saya mencari pelbagai maklumat dan tutorial dari sumber google. Sememangnya untuk bina blog menggunakan platform blogspot.com senang dan mudah. Hanya perlu ada akaun gmail dan perlu ikut cara bina blog dengan arahan yang diberikan. Blog dah siap untuk digunakan. Namun, jika kita tiada mentor atau berguru dalam mendalami ilmu, ianya agak sedikit melambatkan proses pembelajaran kita. Blog kita juga lambat dikenali. Belajar hanya melalui tutorial dari blogger lain. Banyak `trial' and `error' yang kita lalui. Begitulah yang saya lalui dulu.

Sekarang saya bergabung bersama ABDR. Ada mentor untuk kita bertanya sebarang kemusykilan dan pelajari ilmu baru tentang blogging. 

*************************************
Kelas Blog Offline
****************************
Kelas offline blog fanpage mula bisnes di Johor Bahru ada dua pilihan tarikh pada  Sabtu 22 November 2014 atau Sabtu 29 November 2014. Kelas yang berkongsi daripada mula proses membina blogspot sehinggalah anda mempunyai sebuah blog yang sedia untuk dilawati oleh rakan pembaca.

Kelas ini juga akan berkongsikan teknik mudah bagaimana untuk mempromosikan blog pada peringkat awal dan seterusnya menambah bilangan trafik yang hadir dalam blog tersebut.
Sekiranya anda berminat untuk belajar mengenai blogspot atau baru ingin berkecimpung dalam bidang penulisan blog, mari bersama-sama Akademi Bekerja Dari Rumah dalam menongkah arus industri blog yang semakin berkembang ini.

Bonus 4 ebook, dropship 2 pilihan produk.
3 jam untuk satu sesi.
Masa : 10 - 1pm atau 2.30-5.30ptg
Tempat : area berdekatan mengikut persetujuan pelajar
Yuran rm300
Limit untuk 3-5 orang pelajar sahaja satu sesi.

Daftar sekarang disini:  
norulbadridaud@gmail.com
norulbadridaud.blogspot.com
https://www.facebook.com/nurrullz.daud





Mulakan Hari Baru Dengan Semangat Baru

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Peribadi

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah. Bertemu lagi di hari Isnin ni 10 November 2014. Hari yang cerah dan ceria. Selamat memulakan hari baru dengan semangat yang baru. Kita doa yang baik-baik, fikir yang baik-baik, semoga Allah permudahkan urusan kita untuk hari ni.

Pendaftaran pelajar ke kelas online blog setiap hari ya. ABDR landasan untuk suri yang sedang merancang untuk mula bekerja hanya dari rumah, mahu belajar bagaimana nak mula berbisnes secara online.
Bagaimana nak mula, mula dulu dengan perkongsian di blog, dan mula belajar berbisnes secara dropship. Berjemaah bersama kami di ABDR yang menghampiri 1000 ahli.

****************************

 
Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH :
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
- produk sendiri
- dropship makanan sunnah
- dropship produk islami
- dropship produk makanan
- drosphip telekung solat
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Tempahan blog bisnes/blog penulisan-siap 3 hari
8. Beriklan bersama kami di http://sohodirectory.blogspot.com/
9. kelas penulisan ebook premium

Pendaftaran Kelas Online/Offline Blog dibuka setiap hari.
Email : norulbadridaud@gmail.com
FB: https://www.facebook.com/nurrullz.daud
 
 

Friday 7 November 2014

Pantasnya Masa Berlalu

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Peribadi

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Bertemu lagi di alam maya, di hari Jumaat penghulu hari. Semoga kalian yang sudi bertamu disini dirahmati Allah selalu ye.

Bersiaran petang hari ni. Hujan lebat diluar sana dan suasana gelap seperti malam hari. Bunyi guruh petir juga kuat. Kadang-kadang terkejut dengan silau panahan petir dan dentuman guruh. Istighfar dan zikir banyak-banyak. Hujan juga rahmat dari Allah.

Yang masih dipejabat pasti memikirkan suasana jalan raya yang pasti sesak selepas hujan bila berakhir waktu pejabat nanti kan.

Betul tak? Hehe, sebenarnya saya la tu. 

 


3 anak comel posing dulu..main air selepas hujan.

Selamat berhujung minggu. Semoga kalian ceria dan bahagia selalu.

Wednesday 5 November 2014

Resepi Jeruk Mangga Asam Boi Mudah

Teks: Norul Badri Daud
Gambar : Foto Dari WhatsApp


Assalamualaikum w.b.t


ini lah rupa jeruk mangga asam boi yang dah siap untuk dimakan


Hari ni dah Rabu 5hb November 2014. Cuaca tengahari ni redup dan nyaman. Hari ni tak keluar makan tengahari, kononnya nak berdiet. Hehe.

Em, entri hari ni nak cerita tentang jeruk mangga asam boi yang kini menjadi trending/viral di media sosial. Hari minggu yang lepas pulang ke rumah ibu mertua. Rupa-rupanya, ibu mertua (saya bahasakan mak) dah siap buat jeruk tu, untuk bekalan adik ipar yang akan berangkat pulang ke Terengganu.

Langkah kanan la saya. Baru je berangan-angan nak buat rupanya dah ada dalam peti sejuk siap tunggu untuk dimakan saja. Cara membuat jeruk mangga asam boi ni bukanlah susah sangat pun. 

Amat mudah, ringkas dan senang sekali. Saya kongsikan cara dan bahan-bahan yang digunakan oleh mak mertua saya ye.

Bahan-bahannya:
- Mangga muda
- Gula (lebihkan)
- Garam
- Asam boi
- Cili padi potong ( kalau nak pedas boleh lebihkan)

Cara-caranya:
- Kupas & potong buah mangga, cuci dan tos hingga air kering.
- Gaul buah mangga tadi bersama semua bahan.
- Simpan dalam peti sejuk dalam masa 4-5jam.
- Siap untuk dimakan.

Nyumm.nyumm. Mudah dan senang kan.
**************************

Tuesday 4 November 2014

Ciptalah Impian Kita Hari Ini

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Google

Assalamualaikum w.b.t



Bismillah.
Alhamdulillah.
Bermula sudah minggu pertama bulan November 2014.  Rasa bagai masih pertengahan tahun, tetapi sebenarnya hanya tinggal dua bulan saja lagi kita menghampiri tahun baru 2015.

Apa khabar kalian? Diharapkan sihat sejahtera dan ceria selalu ye.

 Ada yang mula memikirkan azam baru untuk tahun depan? Ada yang berazam nak bina bisnes online sendiri tahun depan, nak berhenti merokok, nak beli kereta baru, nak tamat zaman bujang dan pastinya ada pelbagai jenis azam yang kita akan fikirkan awal tahun.

Entri kali ni bukan lah nak bebel pasal azam tahun baru ye. Itu hanyalah sebagai intro permulaan saja.

Em. Azam nak bina bisnes online tu tak perlu tunggu sampai tahun depan ye. Bila-bila masa pun boleh mula. Yang penting ada kesungguhan. Dan niat kerana Allah nak cari duit sampingan untuk bantu keluarga atau tambah duit poket sendiri bagi yang bujang.

Nak mulakan bisnes mulalah fikirkan tentang modal kan. Bila rasa tak cukup modal terus je bagi alasan tak boleh buat bisnes. Inilah masalah saya masa awal-awal dulu. Sebelum menyertai rakan jemaah ABDR. Ditambah pula dengan sifat pemalu untuk menjual atau mencari orang bagi sesetengah bisnes seperti MLM. 

Saya pasti ramai kat luar sana pun macam ni jugakan? Hehe. Betul tak?

Rata-rata ramai pasti bersoal-jawab macam ni:

1) Modal tak cukup lagi atau tak ada ni
 2) Mana nak dapat supplier barang-barang
3) Kena sediakan lesen niaga lagi
4) Stok banyak, macam mana kalau jual tapi tak laku?

Itu antara contoh alasan kerap kali kita terjumpa. Alasan akan sentiasa wujud. Namun kalau kita terus berikan alasan sebelum bermula, sampai bila-bila pun alasan tak akan habis. Kita sendiri yang perlu ambil TINDAKAN untuk membuktikannya.

Saya sendiri mengambil tindakan, bergabung bersama jemaah ABDR. Bagi sesetengah orang mungkin ianya perkara kecil. Tapi bagi saya ianya satu tindakan yang saya berani ambil, bagi mengubah hala tuju saya selepas ini. Dengan bergabung bersama ABDR, keyakinan diri saya untuk berbisnes online bertambah. Dapat bergaul dengan pelbagai lapisan latar belakang rakan protege yang pastinya pelbagai ilmu baru juga dapat saya kutip.

Walaupun suri rumah sibuk dengan kerja di rumah dan kadang-kadang memang tiada masa langsung untuk diri sendiri, tetapi kalian perlu cari masa dan mulakan.  Selitkan masa dan cari masa untuk diri sendiri juga.

****************************************
Baca lagi perkongsian melalui ebook dibawah.



Mana nak dapat ebook ni?

Hubungi saya:
norulbadridaud@gmail.com
011-11668841
https://www.facebook.com/nurrullz.daud