Tuesday 27 October 2015

Renew Roadtax Kereta Cepat dan Pantas

Teks: Norul Badri Daud
Gambar : Foto Peribadi

Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.

Salam sayang buat kalian. Selamat tengahari semua.
Hari ni Selasa bersamaan 27hb Oktober 2015. Cuaca tengahari ni masih lagi kelabu dengan jerebu. Kak nb pun memang malas nak keluar makan tengahari. Duduk dalam pejabat, updated blog lagi baguskan dalam keadaan cuaca macam ni. Duit pun jimat kan.

Alhamdulillah. Dapat rezeki kuih karipap, walau tak  keluar makan tengahari. Isteri bos belanja. Hehe. Cuaca yang suram macam ni, memang mata kak nb pun akan jadi ngantuk. Hehe, ambil masa sedikit untuk nap, rehatkan minda sebentar dari fikir kerja yang tak pernah habis ni.
Oh ya, sebelum nap tu kak nb jumpa dengan agen yang tolong buatkan roadtax dan insuran kereta kak nb yang tamat esok.




Sungguh gembira berurusan dengan beliau. Servis yang cepat dan pantas. Layanan yang mesra pelanggan. Harga yang diberi pun berpatutan. Yelah kan, kadang-kadang kita ni malas nak pegi berurusan sendiri di kaunter. Bagusnya ada agen yang dapat membantu macam ni. Sebenarnya dah lama kak nb berurusan dengan beliau. Kenal pun hanya melalui contact dari medium iklan mudah.my saja. Alhamdulillah, dipertemukan dengan insan yang baik dan dapat permudahkan urusan kak nb.

Baru pagi tadi whatsapp minta tolong estimate harga. Setelah estimate dan harga dipersetujui, terus proceed dan tengahari dah datang hantar lagi depan pintu pejabat kak nb. Hehe, senangkan. Goyang kaki ja tunggu sampai roadtax tu. 



Kawan-kawan, saudara mara pun kak nb rekomen kan berurusan dengan dia. Kalau jauh dia tolong pos kan. Hari tu, kawan kepada kakak kak nb dari Seremban pun minta dia tolong perbaharui juga roadtax dan insuran kereta. 

Kalian jika ada yang tengah fikir cari agen buat insuran dan roadtax boleh lah berurusan dengan beliau. Ni ye namanya Mohd Jais B. Ahmad, dari Qaleef Agency no telefon 016-2269604. Jangan pula pm kak nb ya, pm dan berurusan terus dengan beliau ya. 

Kalau yang nak bertanya mengenai kelas blog bersama abdr boleh pm kak nb ya. Jangan malu malu, jangan segan segan naa. Mai pm ka, whatsapp ka boleh ja.

Norul Badri Daud
Pengurus Online ABDR

Sms/Whatsapp : 019-3615776
Email: norulbadridaud@gmail.com
 
Okey ya, sampai di sini dulu kak nb bebel. Nak sambung tugas. Hehe.



 

Friday 23 October 2015

Sekolah Semula Setelah Lama Bercuti Cuaca Jerebu

 Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Peribadi
 
Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.

Salam kasih sayang.
Alhamdulillah. Bersua lagi kita hari ini. Jumaat yang barakah.
Hari ini bermula sudah sekolah, setelah bercuti selama empat hari kerana cuaca jerebu. Sekolah ditutup bermula hari Isnin lagi. Walau pun pendidikan itu penting, namun kesihatan anak-anak adalah lebih penting kan. Cuaca masih lagi berjerebu sebenarnya. Namun mungkin bacaan ipu nya sudah menurun, maka pihak Kementerian Pendidikan berasa wajar sekolah di buka semula.

Alhamdulillah, walau dah bercuti lama anak-anak masih senang bangun awal bila dikejutkan. Cuma nya, bila bersiap tu ambil masa lah juga. Sejuk lah, ngantuk lah macam-macam.
Mama kena tabah layan perangai anak-anak ni. Hehe.

Cerita mengenai anak ketiga kak nb, Zahraa. Teruja dia nak pergi sekolah. Em, pelajar pertama yang sampai ke tadika hari ni, nampak tak betapa terujanya dia. Hehe.  Adik encem Arif pun sibuk nak ikut hantar juga. Mama ni dah jadi supir hantar kakak sekolah, patah balik semula hantar Arif ke rumah. Ops, sebelum balik rumah siap nak upah pula. Nak beli kuih lah, roti jagung la. Aish..macam-macam ragam anak mama ni.


 sibuk nak tolong tulis nama mama pada buku daftar

 si encem Arif yang sibuk nak ikut hantar kakak ke sekolah

 belum mandi pun nak ikut juga

Em, sampai sini dulu ya kak nb coret. Moga-moga lepas ni, azam nak istiqamah update blog kesayangan ni berjaya lah hendaknya.
Terima kasih ya kalian yang masih sudi berkunjung ke blog kak nb. Ianya menjadi dorongan buat kak nb untuk jadi lebih rajin update blog. Semoga ada sedikit perkongsian ilmu yang bermanfaat buat kita. Sudi sudikan lah komen atau kongsi di sini ya. 

Salam sayang. Sampai bersua lagi.

****************************************************
Nak jana pendapatan sebagai pengurus online abdr, boleh pm/call/sms/whatsapp kak nb ya.

Norul Badri Daud
Pengurus Online Abdr
H/p: 019-3615776 
Email: norulbadridaud@gmail.com


 

Thursday 22 October 2015

Resepi Ringkas Makan Malam

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Peribadi

Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.

Hai semua. Salam kasih sayang.
Bersua lagi kita hari ini. Semoga Allah permudahkan urusan pekerjaan dan bisnes yang kalian lakukan. Apa aktiviti yang dah kalian lakukan hari ini? Kalau sudi boleh kongsi-kongsi kat ruangan komen ya.

Hari ini dah Rabu bersamaan 21hb Oktober 2015. Keadaan cuaca masih berjerebu dan sekolah masih ditutup. Diharap kesihatan kalian berada di dalam keadaan baik. Ramai juga yang selsema dan batuk akibat daripada jerebu ni. Perlu kurangkan aktiviti di luar ya dan jika tak tak dapat dielakkan, pakai topeng muka ya semasa keluar.

Sebenarnya kak nb nak kongsi cerita semalam. Ingat tak, yang kak nb pernah tulis azam nak maintainkan berat badan sempena tahun baru hijrah yang baru saja kita tempuhi.  Em, mencabar juga azam ni untuk dilaksanakan. Hehe. Belum sampai pun sebulan, azam dah ternoda.  Macam mana ni.

Semalam balik dari  kerja sampai rumah dah hampir jam 7.00 malam. Mandi dan bersiap-siap untuk solat maghrib. Sekarang maghrib kan waktunya dah awal. Jadi, tunggu azan berkumandang dari masjid berdekatan rumah. Okey, dah siap solat. Perlu rempit masak pula untuk anak-anak dan suami. Penat dan lelah meredah jerebu perlu ketepikan dulu. Yang penting lauk pauk mesti siap ada untuk dimakan. Perut ni pun dah mula bernyanyi-nyanyi. Hehe.

Masak yang ringkas-ringkas je bila dah malam ni. Okey, lebih kurang setengah jam merempit masak, baru siap dihidangkan. Em, walau pun ringkas saja masakan nya namun nampak seperti menyelerakan. Hehe, puji diri sendiri ya kak nb. Tak tunggu lama, panggil semua kumpul kat meja makan dan nikmati ja apa yang ada. Hehe, berselera semuanya. Ntahkan lauk tu yang memang sedap atau perut dah lama menahan lapar.


Ni lah menu semalam, ada sambal belacan, ulam pucuk mengkudu serta telur rebus, ikan merah goreng dan paru goreng kunyit beserta satu jug air sirap ais . Em, ringkas ja kan. Anak-anak dan suami suka dan yang penting perut kenyang. Kak nb, punah lah konon nya berdiet. Bertambah gak nasi semalam tu. Em, tapi boleh cuba istiqamah semula kan. Hehe.

Okey semua, sampai sini saja dulu perkongsian kali ni. Terima kasih pada kalian yang sudi bertandang ke sini. Sayang semuanya.

 



Friday 16 October 2015

Salam Maal Hijrah 1437H

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Sumber Google

Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.
  


Salam Maal Hijrah 1437H. 

Alhamdulillah, pada tarikh 14hb Oktober 2015 kita telah pun memasuki tahun 1437H. Salam buat semua yang masih sudi berkunjung ke blog saya ni. Dah hampir dua minggu kak nb tak hapdate blog ni. Semoga urusan kalian semua dipermudahkan Allah. Alahai, dah lepas dua hari tahun baru, baru ingat  nak buat entri ye kak nb. Hehe.

Ehem. Kalian ada buat azam baru tak sempena tahun baru hijrah ni? Kak nb ada juga senaraikan beberapa azam baru. Harapnya tetap istiqamah lah nak tunaikan azam baru tu. Tak adalah azam kak nb yang besar besar yang tinggi menggunung. Huii, tak tercapai dek tangan nanti. Sebenarnya kan, sebenarnya kak nb berazam nak istiqamah hapdate blog ni paling kurang pun tiga kali seminggu. Em, tak tahu lah istiqamah ke tidaknya nanti. Doakan yek.

Azam kedua pulak nak maintainkan berat badan ni. Em, mencabar juga azam yang ni. Mana tak nya, tabiat buruk kak nb ni suka makan malam lewat. Kan tabiat tak bagus tu. Nak jaga kesihatan pun ya. Maklumlah dah umur makin meningkat ni. Kena lebih prihatin soal penjagaan kesihatan. Hehe.

Okey yang akhir, nak banyak banyak tambah ilmu akhirat dan dunia bisnes. Nak jadikan pedoman hidup. Zaman sekarang ni cabaran mengurus hidup ni agak mencabar. Jadi kita perlu lah berterusan tambah ilmu kan. Berusaha untuk jadi insan yang lebih baik dan berfikiran positif. Cabaran dan masalah akan sentiasa ada dalam usaha kita membuat penghijrahan. Yang penting hati mesti kuat dan cekal.

Okey. Sampai sini dulu ye, nanti bebel panjang panjang bosan pula kalian nak baca. Bajet bagus je kak nb ni tulis blog ye. 

Salam kasih sayang.

Ada yang nak tahu pasal kelas blog bersama Akademi bekerja dari rumah (Abdr)  boleh pm / whatsapp ya. 

Norul Badri Daud
019-3615776

Friday 2 October 2015

Pakej Pengurus Online ABDR

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: ABDR

Assalamualaikum.
Selamat petang dan selamat  berhujung minggu.
Semoga Allah permudahkan segala urusan sahabat semua untuk hari ini dan seterusnya.
.
.

Tiga fokus produk utama ABDR
** Kelas-kelas online
** Ebook
** Tapak dan ruangan beriklan

Semuanya atas talian, tanpa perlu simpan stok, urus stok
Hanya perlu keluar modal sekali, hadirkan diri dalam kelas online untuk belajar membina blog sendiri, sebelum mula berkongsi dengan orang lain produk ABDR

Fokus berkongsi dan memperkenalkan produk, dan fokus belajar untuk kutip komisyen bersih RM10, RM20, RM50, RM100

Untuk belajar cara ini, kalian perlu daftar sebagai Pengurus Online / Rakan Niaga ABDR.


 


 
 
 
Pakej Pengurus Online ABDR.

Belajar blog penulisan dan belajar mula bisnes serentak di
Kelas Asas Blog & Penulisan dan Kelas Asas Mula Bisnes Online.
Yuran - RM300

Bonus 10 e-book ABDR
- Belajar Asas Blog
- Super Wahm Super Mom
- Mula Bisnes Butik 
- 101 Idea Home Based Bisnes 
- Yeay Mama Sudah Resign
- Rahsia Khidmat Pelanggan
- Panduan Berpantang 
- 44 Resepi Pantang 
- 10 Langkah Mudah Bina Kedai Online
- Panduan Rakan Niaga

Pendaftaran kelas online dibuka setiap hari.
Pengambilan pelajar sesi Oktober 2015 sedang dibuka.

Apabila Puan/Cik Puan sudah bersedia untuk menyertai keluarga besar kami, 
boleh terus mendaftar dengan saya.
 
Norul Badri Daud
Pengurus Online ABDR
Sms/Whatsapp : 019-3615776
Email: norulbadridaud@gmail.com