Monday 10 November 2014

Kelas Bina Blog Bersama Akademi Bekerja Dirumah

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Google

Assalamualaikum w.b.t




Alhamdulillah. Bumi disirami hujan. Rahmat dari Allah dipetang hari. Musim macam sekarang yang tak menentu keadaan cuacanya, elok kita sediakan payung jika ada urusan diluar. Tak adalah basah kuyup kena hujan ye.

Okey, entri petang ni nak kongsi pasal ilmu bina blog ni. Cewah, cerita macam saya ni dah macam pereka web yang pandai je ye. Hehe, sila abaikan kenyataan yang perasan sendiri ni ye.

Sejak dua menjak ni, bidang penulisan blog semakin menjadi perhatian. Perkembangan ini perlu diambil positif oleh blogger atau bakal blogger. Kegiatan berblogging ni juga salah satu cabang yang memberi kita peluang menambah pendapatan sampingan.

Saya mula mengenali dunia blogging ni seawal tahun 2013. Saya mencari pelbagai maklumat dan tutorial dari sumber google. Sememangnya untuk bina blog menggunakan platform blogspot.com senang dan mudah. Hanya perlu ada akaun gmail dan perlu ikut cara bina blog dengan arahan yang diberikan. Blog dah siap untuk digunakan. Namun, jika kita tiada mentor atau berguru dalam mendalami ilmu, ianya agak sedikit melambatkan proses pembelajaran kita. Blog kita juga lambat dikenali. Belajar hanya melalui tutorial dari blogger lain. Banyak `trial' and `error' yang kita lalui. Begitulah yang saya lalui dulu.

Sekarang saya bergabung bersama ABDR. Ada mentor untuk kita bertanya sebarang kemusykilan dan pelajari ilmu baru tentang blogging. 

*************************************
Kelas Blog Offline
****************************
Kelas offline blog fanpage mula bisnes di Johor Bahru ada dua pilihan tarikh pada  Sabtu 22 November 2014 atau Sabtu 29 November 2014. Kelas yang berkongsi daripada mula proses membina blogspot sehinggalah anda mempunyai sebuah blog yang sedia untuk dilawati oleh rakan pembaca.

Kelas ini juga akan berkongsikan teknik mudah bagaimana untuk mempromosikan blog pada peringkat awal dan seterusnya menambah bilangan trafik yang hadir dalam blog tersebut.
Sekiranya anda berminat untuk belajar mengenai blogspot atau baru ingin berkecimpung dalam bidang penulisan blog, mari bersama-sama Akademi Bekerja Dari Rumah dalam menongkah arus industri blog yang semakin berkembang ini.

Bonus 4 ebook, dropship 2 pilihan produk.
3 jam untuk satu sesi.
Masa : 10 - 1pm atau 2.30-5.30ptg
Tempat : area berdekatan mengikut persetujuan pelajar
Yuran rm300
Limit untuk 3-5 orang pelajar sahaja satu sesi.

Daftar sekarang disini:  
norulbadridaud@gmail.com
norulbadridaud.blogspot.com
https://www.facebook.com/nurrullz.daud





No comments:

Post a Comment