Monday 12 January 2015

Selamat Kembali Ke Sekolah 2015...

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Peribadi

Assalamualaikum w.b.t



Alhamdulillah. Hari yang redup dan damai sekali.
Masa sangat pantas bergerak.
Sudah masuk hari ke 12 tahun baru 2015. Sessi persekolahan tahun ni juga sudah bermula hari ni. Rata-rata status rakan fb hari ni, pasti akan teruja bercerita tentang anak kecil yang mula bersekolah. Bagaimana ragam dan keletah hari pertama ni ye.

Bagi saya sendiri juga, pasti akan lalui episod ni. Tambahan pula anak ketiga saya, Puteri Zahraa Aqilah sudah memasuki tadika tahun ni. Alhamdulillah, nampaknya Zahraa seperti teruja untuk ke sekolah pagi ni. Seawal jam 6.30 pagi dah bangun dan mula bersiap. Padahal tadikanya jam 7.30 pagi baru akan mula dibuka. Hehe, nasib lah tak menangis bagai.

 senyum sicomel Zahraa


posing dulu...beratur untuk masuk kelas


suasana dalam kelas..

Sekejap nya rasa masa berlalu. Dah masuk sekolah dah anak kecil mama. Semoga jadi anak yang solehah dan berilmu ye. Semoga semangat untuk menuntut ilmu tak pernah pudar anakku. Mama sentiasa memanjatkan doa pada ilahi, agar anak-anak mama berjaya dunia dan akhirat.
 

Friday 9 January 2015

Zikir Hari Jumaat

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Sumber Google

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah. Syukur. Masih diberi kesempatan oleh Allah bernafas dibuminya.
Hari Jumaat yang penuh keberkatan. Cuaca hari ni juga dingin sementelah hujan yang turun sejak pagi lagi. Walau tak selebat mana, dingin nya tetap terasa. Lagi lah bekerja dalam pejabat yang ada air-cond ni. Huit, sejuk hingga ke tulang. Nasib la ada pakai stokin.

Perjalanan ke pejabat tadi juga lebih berhati-hati. Al-maklumlah hari hujan, keadaan jalan licin dan kenderaan juga agak banyak. Biar lambat asal selamat. Betul tak?

Hari ni hari Jumaat ye teman-teman. Ada yang lupa hari tak? Hehe.
Hari Jumaat kita digalakkan banyak berzikir. Dan zikir yang afdhal untuk hari Jumaat ialah 'Ya Allah'. Sebutlah sebanyak mana pun,sambil-sambil kita buat kerja-kerja kat office tu. Yang penting amalkan secara konsisten. Mudah-mudahan kita dapat kebaikannya. Insyaallah. Selain itu, banyakkanlah berdoa pada hari Jumaat. Insyaallah Allah akan makbulkan doa-doa kita itu.

Semoga teman-teman yang singgah disini sentiasa dilindungi dan diberkati Allah selalu. Aamiin.

*****************

Ada yang nak tahu mengenai kelas online & offline di ABDR? Boleh pm saya ye.

pada hari Jumaat kita digalakkan banyak berzikir. Dan zikir yang Afdhal untuk hari Jumaat ialah 'Ya Allah'. Sebutlah sebanyak makan pun...sambil2 kita buat kerja2 kat office tu....Yang penting amalkan secara konsisten. Mudah2an kita dapat kebaikannya.Insyaallah. Selain itu, banyakkanlah berdoa pada hari Jumaat. Insyaallah Allah akan makbulkan doa2 kita itu.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
pada hari Jumaat kita digalakkan banyak berzikir. Dan zikir yang Afdhal untuk hari Jumaat ialah 'Ya Allah'. Sebutlah sebanyak makan pun...sambil2 kita buat kerja2 kat office tu....Yang penting amalkan secara konsisten. Mudah2an kita dapat kebaikannya.Insyaallah. Selain itu, banyakkanlah berdoa pada hari Jumaat. Insyaallah Allah akan makbulkan doa2 kita itu.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win
Yang boleh aku kongsikan hari ni , seperti yang dinyatakan oleh Ustaz Hakim tadi, pada hari Jumaat kita digalakkan banyak berzikir. Dan zikir yang Afdhal untuk hari Jumaat ialah 'Ya Allah'. Sebutlah sebanyak makan pun...sambil2 kita buat kerja2 kat office tu....Yang penting amalkan secara konsisten. Mudah2an kita dapat kebaikannya.Insyaallah. Selain itu, banyakkanlah berdoa pada hari Jumaat. Insyaallah Allah akan makbulkan doa2 kita itu.

Copy and WIN : http://bit.ly/copy_win

Saturday 3 January 2015

Salam Maulidur Rasul 1436H

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Sumber Google

Assalamualaikum w.b.t


Alhamdulillah. Kita masih diberi nafas untuk meneruskan hidup hari ini.
Hari ni 12 Rabiul Awal 1436H, adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. 
Selawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W



صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Nabi salam atasmu
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai Rasul, salam atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ Wahai kekasih, salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ Selawat Allah ke atasmu

أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا Bulan purnama menyinari kita
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ Hilang segala cahaya
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا Indah menawan tak pernah dilihat
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ Wajah gembira sepanjang hayat

أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي Kaulah rahsia hidup mulia
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ Kaulah menyuluhi jiwa

يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ Wahai pendamping indah sejagat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ Wahai imam 2 kiblat

مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد Bahagialah orang memandang wajahmu
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ Wahai penghulu keturunan mulia
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد Kolam airmu sejuk jernih
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ Kunjungi kami pada hari akhirat

مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ Sepanjang malam unta berjalan
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ Tiada berhenti rindukanmu
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ Engkau dipayungi awan putih
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ Dan Malaikat sama berselawat

عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى Allah mengetahui rahsia sulit
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ Dialah menyahut semua seruan
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا Wahai Tuhan Rahmatilah kami
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ Dengan segala amalan soleh

وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد Selawat Allah ke atas Muhammad
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ Sebanyak baris kertas ditulis
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ Empunya wajah berseri menawan

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Selawat salam dipohon lagi

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya