Monday 29 February 2016

29 Februari 2016

Teks: Norul Badri Daud

Assalamualaikum.
Selamat petang Isnin.
Hari ni 29 Februari 2016, tarikh yang jarang-jarang berlaku setiap tahun. Ini berlaku hanya setiap 4 tahun sekali dan terdapat 366 hari dalam kalendar tahun lompat.
  
Kenapa ini terjadi?

Tahun lompat adalah satu tahun yang mempunyai pertambahan satu hari di dalam kalendar tahunan untuk menyeragamkan tahun kalendar dengan tahun astronomi atau tahun musim.

 Ada antara rakan pembaca yang sambut hari lahir hari ni? Selamat hari lahir saya ucapkan, semoga di rahmati dan diberkati usia oleh Allah S.W.T. Selepas tu mungkin kena tunggu lagi 4 tahun untuk sambut semula hari istimewa ni. Hehe.

Tahniah juga kepada yang baru bergelar ibu hari ini. Selamat berpantang dan gembira bersama cahayamata baru. Happy breastfeeding ya. Semoga di kurniakan kesihatan yang baik untuk ibu dan juga anak. Hehe, anak nanti sambut hari lahir 4 tahun sekali la ye.

Sehingga bertemu kembali. Salam sayang.
Norul Badri Daud
Pengurus Online Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Powergold.biz (team celikemas 24k)

Friday 26 February 2016

Masa Begitu Pantas Bergerak

Teks: Norul Badri Daud


Assalamualaikum.

Wah! Begitu cepat masa berlalu, dah  menghampiri penghujung bulan Februari.
Eh! Ada ke antara kalian yang  merasakan begitu cepatnya masa berlalu, dah nak habis bulan Februari dah! Em, ye teman semua, dah penghujung Februari dah.

Begitulah pantasnya masa bergerak. Semoga kita adalah insan yang sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yang Allah kurniakan. 

Selamat berhujung minggu. Semoga kalian bahagia bersama insan-insan yang tersayang. Terus sukses dalam bisnes yang diceburi.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa berharga anda untuk membaca coretan di blog saya ini.

Sehingga bertemu kembali.
Norul Badri Daud
Pengurus Online Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR)
Powergold.biz (team celikemas 24k)




Wednesday 24 February 2016

Best Sangat Join Bisnes Powergold

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Sumber Google

Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.

Alhamdulillah.
Salam hari Rabu. Bersyukur pada Allah, masih memberi nikmat dan rahmat pada kita untuk hari ini. Apa khabar kalian hari ini? Semoga kita semua di berikan nikmat kesihatan yang baik.
 Sebenarnya, banyak lagi entri yang terperam kak nb nak kongsikan di blog kesayangan ini. Namun untuk hari ini, rasanya kak nb kongsikan mengenai keterujaan baru kak nb ya. Hehe, suspen sikit ye.

Sebetulnya kak nb baru je join produk aka bisnes baru. Namun kak nb masih setia bersama team pengurus online abdr ya. Ini adalah salah satu matlamat yang kak nb ingin laksanakan pada tahun ini. Alhamdulillah. Ianya dipermudahkan jalan oleh Allah.

Apalah yang teruja sangat tu ye? 

Bagi kak nb ianya amat mengujakan. Hehe, bagi suspen sikit ye. Apa ni kak nb, jangan lah nak suspen sangat. Okey lah okey kak nb bagitau ni. Sebenarnya dari tahun lepas lagi kak nb dah simpan niat nak jadi penyimpan emas. Ye lah hari-hari kat wall muka buku ada je melintas kebaikan menyimpan emas berbanding wang kertas. Itu lah yang menyebabkan kak nb rasa macam terpanggil-panggil untuk turut serta sebagai penyimpan. Alahai tu je kak nb, yang teruja sangat . Hehe, jangan marah eh.

Kak nb mulanya takut juga untuk percaya beli emas secara online ni. Lebih suka kalau dapat pergi dan lihat sendiri barang kemas yang berkenan dihati dipamerkan di kedai-kedai emas kalau betul kak nb nak beli. Namun, bila melihat kan bekas rakan sekelas sewaktu sekolah menengah dulu selalu berkongsi mengenai emas, kak nb terus jadi berminat untuk mengetahuinya.



Itulah permulaan nya kak nb mengetahui tentang Powergold.biz. Bermula lah sesi soal jawab kak nb dengan rakan sekolah tu dalam whatsapp. Apa yang tak faham semua kak nb tanya dengan dia. Ambil masa juga untuk kak nb bersedia jadi ahli dengan powergold ni. Namun dengan niat untuk menyimpan maka kak nb pun mendaftar sebagai ahli powergold ni. 
.saya terus daftar ahli rm450..Alhamdulillah..seminggu lepas tu dapat emas fizikal PERCUMA yg pertama..1/4 dinar=1.06g..Ya Allah..excitednya..x pernah ada dinar sebelum ni.. - See more at: http://www.kedaiemasonline.biz/search?updated-min=2015-01-01T00:00:00-08:00&updated-max=2016-01-01T00:00:00-08:00&max-results=25#sthash.UkUozMZq.dpuf
Maka pada 28hb Januari 2016 kak nb telah daftar menjadi ahli dengan pakej RM450. Tak sampai seminggu lepas tu dapat emas fizikal  PERCUMA yang pertama. 1/4 dinar = 1.06g. Ya Allah, memang teruja lah. Tak pernah lagi ada dinar sebelum ni.
1/4 dinar=1.06g..Ya Allah..excitednya..x pernah ada dinar sebelum ni.. - See more at: http://www.kedaiemasonline.biz/search?updated-min=2015-01-01T00:00:00-08:00&updated-max=2016-01-01T00:00:00-08:00&max-results=25#sthash.UkUozMZq.dpuf


Alhamdulillah. Dulu kak nb kurang ilmu, kurang untuk ambil tahu dan tak cuba ambil tahu  mengenai emas ni. Namun sekarang bila dah genggam emas yang pertama, yeay hepi.  Aura dan semangat untuk menyimpan tu sentiasa membara. 

Biar bermula sikit, biar dengan gram yang kecil tapi kita istiqamah. Inshaallah.
1gram sebulan, tak mustahil 100gram setahun.
Ada cara, ada jalan nya.  

Alhamdulillah. Kini kak nb sah bergelar ahli Powergold.biz. Jika ada antara kalian nak tahu lebih lanjut kelebihan jadi ahli powergold boleh wassap kak nb ya.
Jangan segan-segan atau malu-malu ya. 


Sms/whatsapp :  019-3615776
Email : norulbadridaud@gmail.com
Fb:  https://www.facebook.com/norulbadri.daud
 

Friday 5 February 2016

Nasi Ayam Chicken Rice Shop Sedap ke Tidak?

Teks: Norul Badri Daud
Foto: Carian Google

Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.

Hai semua. Salam kasih sayang.
Petang ni rasa nak update blog. Bila dah  nak menaip, idea pula tak mau muncul. Hadoii. 
Emm, okey lah taip cerita mengenai keluar makan tengahari bersama rakan sekerja lah ye.
Tengahari tadi kak nb bersama rakan sekerja berbangsa cina secara tanpa merancang awal keluar makan bersama-sama. Maklumlah, nak bercuti panjang sempena Chinese New Year nanti. Mulanya kak nb berasa agak malas nak keluar makan tengahari. 
Namun mereka tetap juga mengajak untuk mengikut mereka keluar makan. Okey lah, apa salahnya kak nb ikut. Tempat makan pun berdekatan je dengan pejabat.
Kami berbincang sebelum keluar pejabat, dan bersetuju untuk makan di Chicken Rice Shop Giant Kelana Jaya saja. Hehe, okey kot restoran tu. Kak nb memang belum pernah sekalipun lagi masuk makan di restoran Chicken Rice Shop ni. Jadi tak tahulah sangat resepi yang ada di sana. Dalam fikiran kak nb, mungkin menu pelbagai jenis nasi ayam je kot. Hehe, nampak tak kat situ macam kolot je kan kak nb.


 
Gambar dari pakcik google
Jarak perjalanan dari pejabat kak nb ke restoran ni hanyalah 5 minit sahaja jika memandu. Ha, dekat saja kan. Tapi kalau berjalan kaki terasa seperti berjogging lima pusingan padang juga lah. Berpeluh-peluh jugalah nak sampai situ. Okey, bila dah sampai sana masih banyak lagi tempat kosong untuk di duduki. Kami memilih untuk duduk di meja dalam restoran yang membelakangi kaunter bayaran. 
Datang pelayan restoran membawa menu untuk pilihan makanan. Hehe, baru kak nb tahu rupanya bukan lah menu di situ nasi ayam semata-mata. Pelbagai jenis juga menu nya. Ada mee, rojak, gado-gado dan macam-macam lagi. Teragak-agak juga lah kak nb nak memilih menu.  Sedap ke tidak makanan nya nanti.
Kak nb pun selak-selak lah menu untuk buat order pilihan. Akhirnya, kak nb pilih menu nasi ayam je. Okey kot, hehe. Rakan pejabat ada yang order mee kari, rojak dan juga gado-gado.  
Menu  
Alhamdulillah. Makanan yang dipesan tak perlu tunggu lama dah sampai. Servis cepat juga. Emm, bagi kak nb rasa nasi ayam nya puas hati lah. Dah selesai makan, kami berehat sekejap sambil berbual-bual. Kak nb perhatikan ramai juga pelanggan yang masuk bersilih ganti. Boleh tahan juga lah.

Nasi Ayam

Rojak
 
Gado-gado

Kesimpulan nya, boleh lah datang lagi untuk menjamu selera di sini. Harap perkongsian kak nb ni memberi manfaat bagi siapa-siapa yang baru pertama kali mencuba makanan kat sini.
Terima kasih sudi membaca coretan kak nb. Sampai bertemu lagi.
Salam kasih sayang.
*************************************************************
p/s: jika ada nak bertanya mengenai kelas blog bersama abdr boleh whatsapp kak nb ye. Tak perlu malu malu atau segan segan ye.
Whatsapp: 019-3615776
Email: norulbadridaud@gmail.com 
 

Wednesday 3 February 2016

Seronoknya Nak Bercuti Panjang

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Sumber Google


Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.




Alhamdulillah.
Selamat pagi buat kalian yang sudi singgah di blog ini. 
Cuaca nampak redup dan tenang pagi ini. Bersyukur atas kurniaan nikmat dari Allah.
Alhamdulillah. Sudah memasuki minggu pertama bulan kedua tahun 2016. Masa bergerak pantas sekali.

Sekarang agak sibuk dengan rutin kerja bermajikan. Maklumlah, nanti akan mula bercuti selama seminggu sempena hari raya Cina yang bakal tiba tak lama saja lagi. Kerja-kerja pejabat juga perlu di selesaikan mengikut tarikh yang di tetapkan sebelum bercuti panjang.

Tentu kalian semua pun bercuti lama kan. Anak-anak lah yang paling seronok kerana sekolah bercuti agak lama untuk sambut perayaan hari raya Cina ini. Kak nb sekeluarga tiada lagi  perancangan untuk kemana-mana cuti ini. Kemungkinan hanya menziarahi saudara mara yang tinggal berdekatan sahaja.

Sempena cuti yang agak panjang ni juga, pasti ada sahabat di sini yang bakal jadi raja sehari kan. Selamat pengantin baru  kak nb  ucapkan, semoga hubungan yang bakal terjalin berkekalan hingga ke jannah. 

Sampai di sini dulu kak nb menulis. InshaAllah, kita bertemu lagi di lain masa.
Untuk yang ingin bertanyakan mengenai kelas blog bersama abdr boleh whatsapp kak nb ya. Jangan malu-malu, jangan segan-segan ya.

Norul Badri Daud
Pengurus Online ABDR
019-3615776
Email: norulbadridaud@gmail.com