Tuesday 24 February 2015

Belajar Bisnes Online Melalui Akademi Bekerja Di Rumah

Teks: Norul Badri Daud

Assalamualaikum w.b.t

Selamat petang. Apa khabar kalian hari ni? Semoga sihat sejahtera disamping menjalankan tugasan harian. Hari ini, adalah hari Selasa, masih di awal minggu selepas cuti panjang Tahun Baru Cina. Mesti puas dan seronok kan dapat bercuti meluangkan masa bersama ahli keluarga. Ramai yang baru mula bekerja semula hari ni, termasuklah saya.

Ramai yang berkata, mereka nak buat pendapatan melalui internet, tapi masih terkapai-kapai tidak tahu apa nak buat. Dulunya, tak tahu bagaimana nak buat pendapatan secara online, kini sudah boleh berbangga. ABDR, menjadi pilihan sebagai kumpulan sokongan dengan kos penyertaan yang rendah, dengan kelebihan-kelebihannya. Ramai yang setelah menyertai ABDR, mencapai target yang mereka kehendaki.

Jangan berdiam diri lagi, inilah masa inilah waktunya. Gerakkan diri kita pelajari ilmu baru setiap hari. Kalian boleh menjengah blog alumni ABDR yang kini mencecah 1000 ahli. Saya sertakan link salah seorang rakan protege dalam ABDR.


Assalamualaikum wbt.
Impian untuk mempunyai blog sendiri akhirnya terlaksana selepas menyertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). ABDR merupakan sebuah akademi online yang menawarkan kelas asas membina blog. Saya tidak perlu keluar rumah dan memandu untuk mengikuti kelas ini. Syaratnya cuma perlu ada telefon pintar/ tablet atau komputer dah juga talian internet. Sangat mudah. Memang sangat sesuai dan menepati kehendak saya yang memang payah nak keluar dari rumah ni.
Saya mengambil pakej Kelas Asas Blog dan Fanpage Mula Bisnes. Selain belajar membina blog, saya juga belajar bisnes online. Boleh juga tambah pendapatan. Oleh kerana saya tidak mempunyai produk sendiri, saya menyertai Rakan Niaga ABDR sebagai Pengurus Online. Tugas saya cuma mempromosi produk yang disediakan pihak ABDR. Macam-macam pilihan produk yang ada seperti e-book, makanan sunnah, produk makanan, rempah, produk islamik dan telekung solat.
 
Kalian boleh baca ulasan selanjutnya melalui link dibawah ye. Jika ada yang nak sertai kami boleh pm saya ya.
 

Friday 13 February 2015

Lunch Treats by Lady Boss..

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Google

Assalamualaikum w.b.t

Selamat tengahari! Salam ukhuwah. 
Semoga hari ni penuh dengan keceriaan dan kejayaan. Biarpun sekecil kejayaan, yang penting kita telah berusaha tanpa rasa jemu. Tengok tajuk tu, omputih la sangat eh.

Alhamdulillah. Rezeki di hari Jumaat, dapat makan percuma. Hihi. 
Tahun ni tak ada acara makan malam, itu yang menyebabkan isteri bos baik hati belanja geng gegirls untuk makan tengahari ni, sempena Chinese New Year yang bakal tiba tak lama saja lagi. Em, cukup kenyang walau hanya dengan satu hidangan. Terima kasih lady bos, tahun depan belanja la lagi. Bila dah kenyang, mata pulak terasa layu mengantuk nak minta bantal. Hihi. 
Dah tak boleh nak taip panjang lebar lagi, layan gambar je lah ye. Maaf, gambar pun dari sumber secretoflouisiana.com sebabnya keadaan kat dalam tu lampunya suram. Telefon saya ni pula cuma brand biasa, tak dapat lah nak snap gambar yang tengah makan-makan tu. Tak boleh nak selfie. Hihi, gambar tak jelas. Kesian saya kan.



 ni lah nama kedai tu


menu eat all you can, peminat spaghetti boleh serbu sini

 menu set lunch


pintu masuk

ruang dalam





 suasana ruangan luar yang menghadap tasik

 menarik kan hidangan ni

Okey, cukuplah belanja gambar setakat ni ye. Salam sayang, sampai jumpa lagi.
 
p/s: kalau ada yang berminat nak belajar bina blog bersama jemaah besar ABDR, boleh pm atau email saya ye. Ada pelbagai pilihan kelas, yuran hanya sekali dan tiada paksaan ya. Dah sedia, boleh hubungi saya.

Wednesday 11 February 2015

Selamat Hari Lahir Bonda Tersayang

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Peribadi

 Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Bersyukur pada Allah kerana masih diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan kehidupan hari ini. Cuaca pagi hari ni agak suram dan dingin, diikuti gerimis hujan.

 Inilah bondaku tersayang

Hari ni sempena hari lahir bonda tersayang yang ke 73 tahun, ku ingin coretkan doa dan penghargaan  buat bonda tersayang dalam blog kesayanganku ini. Doa dari anakmu semoga bonda sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia dan dirahmati Allah selalu. Walau dah berusia bonda masih kuat untuk melayan karenah anak cucu jika kami pulang ke kampung. Terima kasih atas segalanya bonda, jasamu tak mampu ku balas walau dengan apa sekalipun.





Bonda...
Jika ada salah dan silap anakmu ini samada secara sedarku atau tidak yang mengguris dan bisa menggugurkan airmatamu, maafkan lah dan ampunilah anakmu ini. 

 

Tuesday 10 February 2015

RAKAN NIAGA / PENGURUS ONLINE ABDR

Teks: Norul Badri Daud



Assalamualaikum w.b.t
 
Alhamdulillah. Sudah 10 Februari, bulan ke dua dalam kalendar. Bagaimana kalian hari ni? Semoga semuanya sihat dan ceria selalu disamping teman-teman dan insan tersayang. Bermula lagi hari yang indah hari ni, semoga kita semua kekal positif sepanjang hari. Walau ada halangan atau dugaan untuk hari ni semoga dapat diatasi dengan tenang.

Hari ni, anak yang sulung Haziq ada ujian Tilawah Al-Quran, mewakili sekolahnya. Bermula dari jam 7 pagi hingga 4 petang di Dewan SMK Sungai Pusu. Tahniah. Mama doakan yang terbaik buat Haziq. Biar apa pun keputusan yang bakal diperolehi, yang penting Haziq dah mencubanya ye. Jangan takut untuk memulakan langkah baru.

Ok, bagi kalian yang masih tercari-cari ruang untuk belajar berblog, boleh ikut serta berjemaah bersama ABDR. Tiada paksaan, yang penting atas kehendak dan kerelaan sendiri. Jika dah sedia boleh hubungi saya ye. Dibawah adalah salah satu pilihan kelas popular di ABDR.

***********************************************************

RAKAN NIAGA / PENGURUS ONLINE AKADEMI BEKERJA DI RUMAH

1. Mahu mula bisnes tetapi tidak ada produk?
Tidak perlu risau lagi, kini kalian boleh mendaftar sebagai Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah (PENGURUS ONLINE AKADEMI)

2. Apakah itu "Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah"?
Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah membolehkan kalian mempromosikan "produk akademi " kepada orang ramai dan sekiranya mendapat jualan, kalian akan menerima komisyen, yang bermula dari RM10 – RM 100 (mengikut pakej ebook dan pakej yuran kelas blog)
 
3. Apa sebenarnya produk yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah?
Produk umum dan permintaan sepanjang tahun. Produk informasi dalam bentuk ebook iaitu pakej mula bisnes mengikut bidang/bisnes. Kita ada pakej mula bisnes makanan, pakej mula bisnes butik online/offline, pakej mula bisnes di rumah,pakej bekerja di rumah,kelas online dan tapak pengiklanan. Salah satu ebook yang ada setiap pakej ialah ebook asas blog dan penulisan. Saya berkongsi cara paling asas puan-puan boleh mulakan, iaitu mula dengan apa yang ada, Yuran dikenakan untuk kalian belajar buat blog, asas penulisan dan mula bisnes online. Ia sangat asas untuk belajar buat borang tempahan. Kita juga belajar bina asas trafik, tanpa perlu mengeluarkan modal.
Produk hanya atas talian,tak perlu simpan stok,tak perlu urus stok dan hanya dari rumah atau dimana-mana sahaja mengikut keselesaan anda asalkan ada talian internet.
 
4. Berapa yuran yang dikenakan?
Yuran yang dikenakan akademi rakan niaga hanya sekali sahaja.Tiada modal berkali-kali.Ada 2 pakej yuran yang boleh dipilih iaitu RM200 atau RM300.
 
5. Apakah perbezaan yuran tersebut?
Yuran berbeza dari segi bonus ebook yang akan diterima.
* Yuran RM200 (Bonus 4 ebook – ebook belajar asas blog, ebook mula bisnes butik, ebook 101 idea home based bisnes, dan ebook super wahm super mom)
* Yuran RM300 (Bonus 5 ebook –ebook belajar asas blog, ebook mula bisnes butik, ebook 101 idea home based bisnes, ebook super wahm super mom dan ebook rahsia khidmat pelanggan, bonus beriklan di soho directory)
 
6. Apakah syaratnya untuk saya menyertai program Rakan Niaga Akademi Bekerja Di Rumah?
* Laptop/ smartphone dan talian internet
* hanya perlukan kesungguhan, fokus, konsisten.
 
7. Apa yang kalian dapat ialah belajar hasilkan sebuah blog yang lengkap dengan pautan :
1) Logo Akademi Bekerja Di Rumah
2) Logo rasmi SOHO Directory
3) Kelas-kelas Online
4) Pakej Ebook Mula Bisnes/Ebook
5) Ruang Periklanan
 
8. Apa lagi yang kami dapat?
Jaringan dan perhubungan sahabat-sahabat lain yang juga dari kalangan surirumah, suri bekerjaya. Boleh berkenalan dan bertukar pandangan. Inilah kumpulan sokongan yang perlu untuk wanita yang bekerja di rumah, untk mendapatkan semangat, pendapat, bina kenalan baru dan sebagainya.
Mahu sertai kami, mudah sahaja. Pilih pakej yang kalian mahukan dan buat pendaftaran. Mulakan perniagaan hanya dari rumah anda sekarang. Mulakan dengan apa yang ada.

Terbuka kepada sesiapa sahaja termasuk pelajar dan suri rumah.
 Untuk pendaftaran, boleh hubungi saya :
 
Email : norulbadridaud@gmail.com
Fb : www.NurRullz Daud.com
Sms/whatsapp : 011-11668841 

 

Monday 9 February 2015

Jangan Tunggu Hari Susah Menjelma

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Google



Assalamualaikum w.b.t

Bismillah. Alhamdulillah.
Bersua lagi di hari Isnin yang cerah dan ceria. Cuaca sangat baik hari ni. Semoga ianya akan berpanjangan sepanjang hari.

Hari demi hari, bulan silih berganti, pejam celik rakan jemaah ABDR sudah pun mencecah 1000 lebih. Alhamdulillah, makin ramai yang percaya dengan berjemaah bersama ABDR. Ramai yang pada masa kini sudah mengecapi kejayaan. Dulunya, tak tahu bagaimana nak buat pendapatan sampingan di internet, kini sudah boleh berbangga dengan diri sendiri.

 Pada yang masih buntu atau tak tahu, jangan berdiam diri lagi, inilah masanya, inilah waktunya. Jangan tunggu hari susah menjelma. Ianya sudah terlambat untuk melakukan apa-apa. Harga barang semakin naik, dan pelbagai lagi kos terus meningkat. Ini bukan sesuatu yang baru, dan kita jangan hanya lihat dan mengeluh sahaja. Kita perlu gerakkan diri sekarang agar mempunyai hari yang cerah di masa hadapan.

Jika ada yang keliru dan masih tercari-cari platform yang baik untuk bermula, jom join bersama kami jemaah ABDR. Banyak pilihan kelas sama ada secara online atau offline boleh dipilih.

KETERANGAN KELAS ABDR
***************************************

Bagi kalian yang mahu menyertai keluarga besar ABDR, boleh pilih mana-mana kelas berikut.

1. Kelas asas blog dan penulisan
-belajar konsisten menulis
-belajar menulis mengikut fokus produk
-belajar menulis dengan analisa tahu siapa sasaran pembaca

-pembaca ini kita tukar kepada pelanggan
2. Kelas asas bisnes online
-bina kedai online
-borang tempahan
-lima label utama
-pautan blog dan fanpage
-boleh juga menjual produl digital
-boleh menjual produk fizikal
-produk borong-telekung solat
-mahu simpan stok boleh, tidak mahu simpan stok juga boleh

Jana pendapatan tanpa perlu keluar rumah. Insya-Allah.

Kami buka pendaftaran setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia

Friday 6 February 2015

Hi! Saya Berwajah Baru

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Sumber ABDR

Assalamualaikum w.b.t

Bismillah. Alhamdulillah.
Bersua kembali di ruang maya ini. Maaf pada yang sudi bertandang ke sini, namun tiada entri terbaru untuk santapan kalian. 

Perasan tak, blog saya kini telah bertukar tajuk? Setelah berbincang dan bertanya pendapat dari teman-teman dan juga Puan Anys Idayu, saya telah membuat perubahan pada tajuk asal dan sedikit layout. Namun jangan bimbang ye, saya tetap pemilik blog yang sama (perasan  sekejap macam lah ada orang peduli). Hihi, takpe lah kan nak perasan sendiri.

Kepada kalian yang masih sudi singgah di sini, walau tiada entri terbaru terima kasih daun keladi, sudi-sudikan singgah lagi. Inshaallah, saya akan cuba istiqamah untuk menulis di blog ni ye.

Sampai jumpa lagi. Salam sayang buat semua.