Tuesday 15 March 2016

Group Support Like Batch Satria Yang Awesome

Teks: Norul Badri Daud
Imej: Sumber Google


Assalamualaikum w.b.t
Selamat petang.



Minggu cuti sekolah sudah bermula, yeay. Anak-anak lah orang yang paling hepi masa ni. Bagi yang ada tu, sudah pasti mahu menggunakan peluang ini untuk mengambil satu atau dua hari cuti rehat membawa anak jalan-jalan. Tambahan pula, musim kenduri kahwin juga banyak dilangsungkan di musim cuti persekolahan ini.
  Saya juga ada undangan kenduri perkahwinan anak kepada sepupu hujung minggu lalu di kampung halaman di Baling, Kedah. Namun apakan daya tak dapat penuhi undangan. Ada perkara yang tak di duga berlaku. Terpaksa lah kami batalkan hasrat untuk pulang ke kampung. Anak-anak memang kecewa. Tapi apa boleh buat.

Berada di sini, kami sekeluarga juga tidak ke mana-mana. Hanya menghabiskan cuti di rumah sahaja. Tak mengapa lah, yang penting anak-anak tetap gembira bersama. Ada je aktiviti yang kami reka untuk riuh rendahkan rumah. Hehe, havoc betul.

Hari Sabtu yang lalu juga saya telah di jemput masuk ke Group Support Like  Batch Satria (GSLSatria) atas tajaan insan mulia yang begitu baik hati. Saya doakan semoga Allah limpahkan rezeki dan keberkatan untuk nya. Aamiin.

Wow!
Memang teruja lah. Mengenali rakan-rakan baru yang positif melalui group support like batch satria (GSLsatria) memang awesome. Aura positif begitu menarik. Telefon saya pun sampai kong bateri dek kerana penangan notification yang tak putus-putus dari rakan-rakan baru gsl. Hehe.
Best sangat.

 Melalui Group Support Like ini, kami bukan sahaja dapat mengenali rakan-rakan baru yang berbisnes. Kami juga diberikan ilmu secara percuma. Juga ada task serta arahan yang perlu kami ikuti. Alhamdulillah. Allah, permudahkan urusan saya, walau agak terlewat menyiapkan task yang di beri.

Best kan dapat ilmu dan rakan-rakan baru yang positif.
Semoga ada yang bermanfaat untuk kalian. 
Salam sayang untuk semua.

Norul Badri Daud
Pengurus Online ABDR
Agen Emas Powergold
 
 

Tuesday 8 March 2016

Jom Bangkit dan Terus Berjuang

Teks: Norul Badri Daud

Assalamualaikum w.b.t 

Semoga hari ini kita sentiasa dalam perlindungan dan rahmat Allah dan  dibuka rezeki yang seluas luasnya.
Bersyukur kita saat di uji dengan kesulitan dan walau apa yang Allah takdirkan.
.
Yakin dengan segala dariNya adalah yang terbaik. Semoga Allah berikan kita kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi dugaan. Tanpa berputus asa dan berdoa kepadaNya agar kita di permudahkan dalam segala urusan.
Insha Allah.   

Jangan kita mudah berputus asa, walau apa yang kita rancang atau impikan masih belum menampakkan hasil. Terus kan usaha walau ada cabaran yang menghalang. 
Yang penting, diri kita sendiri mahu bangkit dan terus berjuang.
Teruskan berkongsi kebaikan serta manfaat ilmu. 
Semoga ada hati yang terkesan dengan perkongsian kita.
Insha Allah.   
 Aamiin.

Salam sayang.
Norul Badri Daud
Pengurus Online ABDR
Powergold.biz


Friday 4 March 2016

Niat Menentukan Keberkatan

Teks: Norul Badri Daud


Assalamualaikum w.b.t
 
Salam Jumaat  24 Jamadil Awal 1437H.
Hari ini adalah Jumaat pertama bagi bulan ketiga 2016.
Hari yang terang dan indah.
Matahari juga bersinar begitu terang dan memancar menerangi segenap alam. 

Niat menentukan keberkatan.

Setiap kerja dan bisnes yang kita buat. 
Sedaya upaya kita usaha untuk capai keberkatan dari Allah.
Memang kita tak boleh nampak macam mana berkat tu. Namun kita mungkin boleh rasa bila Allah cukupkan dan permudahkan banyak urusan kita. Insha Allah.
Tetapkan setiap hari dan barukan niat kita dengan sebaik-baik niat. Semoga kita sentiasa mendapat seberkat-berkat rezeki dariNya. Insha Allah.
Jadi marilah kita sama-sama memanfaatkan masa yang ada ini untuk memperbanyakkan amal soleh dan melakukan kebaikan supaya dapat dijadikan bekalan menuju akhirat kelak. 

Senyum-senyumlah selalu jangan rasa sedih dan senantiasa berasa bersyukur atas segala rahmat yang telah dikurniakan selama ini.

Salam sayang hingga bertemu kembali.
Norul Badri Daud
Pengurus online ABDR
Powergold.biz

Sms/whatsapp : 019-3615776
Email : norulbadridau@gmail.com 
 

Tuesday 1 March 2016

2 Bisnes Kurang Risiko NEWBIE Boleh Cuba

Teks: Norul Badri Daud
Imej: Foto Google 

Assalamualaikum w.b.t
Kata sifu bisnes belajar buat duit dari laman percuma dulu. Jika yang percuma pun tak boleh hasil kan duit, bagaimana nak guna medium berbayar kan.

Kata guru op popular pula, cikgu June Mohd Som yang terkenal di laman maya pesbuk. 
Ada 2 bisnes kurang risiko yang NEWBIE boleh cuba.
 
1). Dropship - promote produk fizikal, tak pegang produk, tak keluar modal, dapat komisyen bagi setiap unit terjual. Upah komisyen dropship antara RM5 hingga ke ratusan ringgit bergantung kepada produk.

2). Affiliate - promote produk digital (ebook, video, DVD, seminar). Upah komisyen agak lumayan. Boleh bayar duit bil letrik dan unifi. Jika rajin, boleh kumpul duit untuk backpack travel lagi.

Best ke best.
  



Bagi saya, sistem dropship ini sangat sesuai untuk para pelajar atau sesiapa sahaja yang sibuk dengan tugasan lain, tetapi masih ingin berbisnes online secara sampingan. Hal ini kerana semua urusan pembungkusan produk dan penghantaran dilakukan oleh pihak dropshipper.

Apa yang anda perlu buat ialah cari pembeli, dapat bayaran, dan selebihnya diuruskan pihak dropshipper.
Bisnes secara dropship ialah bisnes yang paling mudah dan senang. Risiko kurang,tanpa modal dan untung anda sendiri tetapkan!

Jadi kepada kalian yang masih tercari-cari peluang bisnes tu, boleh cuba salah satu di atas atau kedua-duanya. Memang kurang risiko. Saya dah cuba bersama produk dropship abdr. 
 
Salam sayang. Sehingga bertemu kembali.
Norul Badri Daud
Pengurus Online Abdr
Powergold.biz