Thursday 14 March 2019

Masak Lemak Udang Mama Mabeles

Berjaya juga malam tadi masak resepi udang masak lemak cili padi untuk lauk dinner. Walau simple je cara. Alhamdulillah sedap sangat. Memang licin satu periuk. Berselera anak-anak makan.



Jom layan resepi dan cara masak kat bawah. Mudah dan sedap.

Masak Lemak Udang Mama
Oleh: Norul Badri Daud

Inilah hasilnya


Bahan bahan:
10-15 ekor udang
1 batang serai - ketuk
1 cawan santan pekat atau (1 kotak)
1 keping asam keping
Garam
Serbuk perasa

Bahan Tumbuk:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
7 tangkai cili padi
2 inci kunyit hidup

Cara cara:
 
 
 
 
1) Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, kunyit sehingga lumat. 



2) Masak bahan tumbuk dengan santan dan serai dengan api perlahan sehingga mendidih sambil terus menerus dikacau supaya santan tak berketul dan tak pecah minyak. 
 
 
 
3) Bila dah mendidih masukkan udang. Kemudian masukkan asam keping. Jika ada sayur boleh masuk sekali. Saya letak kacang panjang. Letak garam dan serbuk perasa jika suka.

4) Bila udang masak, bolehlah tutup api dan sedia dihidangkan.
 
Selamat  mencuba.
 
 
 





 

Thursday 7 March 2019

Bahagia Secukupnya Bersedih Seperlunya Bersyukur Sebanyak-banyaknya

Teks: Norul Badri Daud
Imej: Sumber Google


Assalamualaikum.

 Semoga dipermudahkan urusan kita semua hari ini. InsyaAllah, Aamiiin.
Setiap hari kita akan lalui pelbagai pengalaman baru. Orang kata belajar dari universiti kehidupan. Itu lebih memberi pengalaman dan panduan untuk kita teruskan kehidupan.

Kadang ada pahit, ada manis ada masam ada bahagia. Semua bersatu rasa. Optimislah, kerana hidup ini menjadi lebih rumit jika hanya dipandang dengan mengerutkan kening dan wajah.

Hidup tak semudah mimpi di malam hari dan tak seindah khayalan. Namun hidup tak selamanya sukar dan sempit. Semua ada tempat dan masanya. Allah usik kita dengan ujian. Sebenarnya Dia rindu dengan kita. Dia rindu dengan suara kita menyebut namanya 
"Ya Allah"

Setiap penantian ada hujungnya. Setiap perjalanan ada akhirnya. Dan setiap kejadian ada hikmahnya. InsyaAllah. Allah tak pernah menghampakan hambanya yang berdoa dan meminta bersungguh-sungguh dengannya. Kita yang selalu terlupa untuk meminta dengannya.





Sampai jumpa lagi. 
Semoga kita jadi insan yang sentiasa bersyukur. Bahagia secukupnya. Bersedih seperlunya. Bersyukur sebanyak-banyaknya.
.
.
.
.
Yang ada bisnes online
Nak dapatkan ebook 176 template copywriting the story selling.
Lepas ni dah tak payah nak pening kepala nak buat ayat bagi pembaca tertarik.

Ebook tu boleh dapat kat sini: 


Monday 4 March 2019

Tips Bagaimana Nak Mula Bisnes

Teks: Norul Badri Daud
Imej:Sumber Google

Assalamualaikum
Selamat tengahari. Cuba untuk menulis dengan sedikit masa yang ada di tengahari ini. Satu masa dulu saya pernah terbaca di facebook. Ada seorang newbie nak mula bisnes bertanya kepada seorang sifu bisnes. 

Soalan: Bagaimana nak bermula bisnes?
Ilmu dahulu atau buat dahulu?

Jawapan: Buat sahaja dahulu. Ilmu terbaik datang dari pengalaman kita sendiri. Usahawan hebat pun mulakan perniagaan tanpa mentor pada awal perniagaan mereka.

Soalan : Nak bisnes produk sendiri atau produk orang lain?

Jawapan: Keduanya pun boleh. Cuma lebih ideal mulakan perniagaan dengan menjual produk orang lain. 

Soalan : Apa perkara paling penting untuk bermula tuan?

Jawapan : Minta maaf kepada kedua ibu bapa, mohon restu dan sediakan skrip doa untuk mereka.

Soalan : Jika nak elak dari rugi dalam bisnes, ada tip?

Jawapan : Jangan bisnes. Haa, mudah dan padat kan.

Soalan : Saya seorang pemalu, boleh ke berjaya tuan?

Jawapan: Pemalu dapat apa? Ye kan, kalau kita malu tak kena tempat. Apa yang kita dapat. Renung-renungkan.

Soalan : Ada ke tool marketing yang free tuan?

Jawapan : Ada. Mulut kita. Buka mulut & mulai bercakap. 
Okey, kena rajin buka mulut bercakap ye lepas ni. Jangan bergossip yang tak elok sudah lah.

Itulah antara soalan yang sempat saya salin. Haa, kalau dah malu nak bercakap dan berjumpa orang. Sekarang kan lebih senang buat online bisnes. Marketing free kita buat dekat facebook, insta, telegram. Bina branding. Bina trust. Bila orang dan kenal dan trust barulah mereka suka membeli dengan kita walau tak pernah berjumpa dan bercakap depan-depan.



Bila dah ada bisnes online. Buat marketing setiap hari tanpa henti.
Nak buat kerja mudah dan senang, beli je ebook 176 template copywriting the story selling ni.
Copy, edit dan paste saja. Tak payah nak pening kepala nak buat ayat bagi pembaca tertarik.

Ebook tu boleh dapat kat sini: 


Friday 1 March 2019

Penting Ke Kena Pandai Story Telling?

Teks: Norul Badri Daud
Imej: Sumber Google

Assalamualaikum
Hai. Selamat petang. Baru ada sedikit ruang untuk coret disini. 
Salam Jumaat permulaan Mac 2019. Moga apa yang kita rancang dan rencanakan dipermudahkan oleh-Nya. 
  
Ada tak antara kalian yang minat story telling?
 
Okey. Ni saya nak bagitahu, ada sorang abam ni memang handal lah buat story telling. Cara dia create story memang best. Saya yang baca pun rasa wowww sangat.  
Kalian mesti follow rapat-rapat ye dia. Kalau berminat nak ubah cara penulisan korang kepada bercerita berkongsi apa sahaja dalam keadaan lebih santai dan terkini. Bagus follow dia. Facebook Tuan Hafiz Mansor.

Baru-baru ni beliau ada keluarkan Ebook 176 Template Copywriting The Story Telling.
 Rugi kalau tak grab. Lagi-lagi pada sesiapa yang buat bisnes online ni.
Jangan lepas peluang lagi.

Kalau...

Waktu #RM70, tak beli, menyesal.
Waktu harga #RM99, pun tak dapatkan, menyesal juga.
Ini sekarang ada lagi jualan #RM126. Kalau tak beli juga tak tahulah. 
Jangan cakap akak tak payung.