Tuesday 18 October 2016

Mula Bisnes Dropship Dulu

Teks: Norul Badri Daud
Imej: Sumber Peribadi

Assalamualaikum wbt.
Selamat petang.

 Baru berkesempatan menjengah blog kesayangan petang ni. 
Apa khabar kalian hari ni? KakYun doakan moga tetap dibawah lindungan Allah Swt.
Petang ni teringat nak kongsi artikel lama keluaran majalah Mingguan Wanita September 2015. Huii, lama dah kan. Apa lah kakyun ni baru nak hapdate kat sini. 

Baru nak mula berniaga?
Takde modal atau modal nak berniaga tu kecil? Risau je bisnes takleh jalan sebab modal seciput? Dah tu belum punya produk sendiri untuk dijual?


Eerrk! sebenarnya saya pun tak pernah ada produk sendiri untuk dijual. Belum terfikir nak jadi founder produk dengan modal yang ribu riban tu.

Rileks la akak akak.
Sape kata nak mula berniaga ni perlu ada modal besar? Perlu ada produk sendiri. Jika betul kita serius nak bisnes, mulakan je dulu dengan apa yang ada ditangan. Kalau tak ada modal, mulakan dengan FREE marketing. Sifu sifu bisnes pun selalu berpesan perkara yang sama.

Kalau tak ada produk? Jadilah agen dropship dulu, atau gunakan kepakaran atau ilmu yang ada dulu.





Kesimpulannya, tak ada alasan untuk kita tidak mula berniaga. Biarlah kita bermula kecil, namun terus berkembang dan berkembang dari semasa ke semasa. Ambil masa. Bukan hari ni promot, esok dah jem kreng whatsapp kena serbu. Kita bukannya kak Neelofah retis popular tu akak akak naa.

Psss: KakYun dulu pun bermula sebagai agen dropship je taw.
Boleh lah fefeling glemer jap kuar artikel dalam majalah. Hihi.

#KakYun
019-361 5776

Wednesday 12 October 2016

Kepentingan Website Bisnes

Teks: Norul Badri Daud
Imej: Sumber Peribadi

Assalamualaikum wbt
Selamat petang Rabu yang redup dan damai. Rasa macam dah lama tak sharing kat sini kann. Ada yang merindui tak?

Apa khabar kalian hari ini? Moga sentiasa dibawah lindungan Allah swt. Ewahh, tengah sibuk ambil oder yang masuk berdesup-desup eh. Alhamdulillah. Kakyun doakan apa sahaja yang kalian lakukan dipermudahkan dan diberkati. 

Petang camni nak tulis panjang panjang sikit ye. Harap korang sudi baca sampai titik terakhir. Sekarang ni kakyun dengar macam macam ye berkenaan akaun pesbuk kena hack la, insta kena hack la. Huii, sayang kan kalau akaun pesbuk dan insta kita tu yang dah ramai follower macam retis popular tetiba hilang dari pandangan sebab kena hack. Menangis bucu katil juga kan nak kumpul semula follower yang ribu riban tu. Sobs. Sobs. Dannn, yang best paling stabil setakat ini adalah BLOG.

Rata-rata otai bisnes  juga pasti berpesan pada nubis macam kita untuk membina website rasmi bagi bisnes kerana ianya satu kelebihan. Sebetulnya bermula tanpa website pun boleh je, namun mempunyai website menjadikan kita lebih bersedia.
Website boleh membantu jika kita dalam keadaan super sibuk dan tidak bersedia untuk memberikan penerangan panjang lebar dalam talian.

Contoh mudah. Situasi jika kita tengah memandu :

Semasa tengah fokus memandu. Ada panggilan telefon berdering.

Kakyun : "Assalamualaikum".

Bakal prospek : " Waalaikumussalam. Hai, saya Puan Rina dari Petaling Jaya. Boleh saya tahu lebih detail apa itu ABDR? 

Kakyun : "Hai puan, saya kakyun. Puan nak bertanya dahulu atau nak terus daftar ya?"

Bakal prospek : " Saya nak tahu dahulu apa itu ABDR." 

Kakyun : Saya sedang memandu. Sukar nak jelaskan lebih detail. Boleh puan baca dahulu di website saya.

Bakal prospek : "Boleh. Apa laman webnya ya?"

Kakyun : www.norulbadridaud.blogspot.com. Puan Rina boleh baca dahulu ya. Jika ada yang kurang jelas boleh whatsapp saya. Terima kasih   

Bakal prospek : Ye, baik. Sama-sama. 

Haa, senangkan. Jika kita mempunyai website mempunyai banyak kelebihan. Walaupun bukan kewajipan namun adanya website merupakan salah satu tool marketing yang sangat berkesan. Jadi, jomm mulai sekarang kita belajar bina sendiri website bisnes kita. Agar apa apa perkongsian bisnes kita tetap selamat dalam bank penulisan kita di website. Jangan nanti menangis tak henti henti status kita di insta dan pesbuk hilang kena hack. 

Sampai jumpa lagi. Moga ada yang bermanfaat ya. 
Salam kasih sayang.

#Kakyun
019-361 5776