Tuesday, 15 March 2016

Group Support Like Batch Satria Yang Awesome

Teks: Norul Badri Daud
Imej: Sumber Google


Assalamualaikum w.b.t
Selamat petang.



Minggu cuti sekolah sudah bermula, yeay. Anak-anak lah orang yang paling hepi masa ni. Bagi yang ada tu, sudah pasti mahu menggunakan peluang ini untuk mengambil satu atau dua hari cuti rehat membawa anak jalan-jalan. Tambahan pula, musim kenduri kahwin juga banyak dilangsungkan di musim cuti persekolahan ini.
  Saya juga ada undangan kenduri perkahwinan anak kepada sepupu hujung minggu lalu di kampung halaman di Baling, Kedah. Namun apakan daya tak dapat penuhi undangan. Ada perkara yang tak di duga berlaku. Terpaksa lah kami batalkan hasrat untuk pulang ke kampung. Anak-anak memang kecewa. Tapi apa boleh buat.

Berada di sini, kami sekeluarga juga tidak ke mana-mana. Hanya menghabiskan cuti di rumah sahaja. Tak mengapa lah, yang penting anak-anak tetap gembira bersama. Ada je aktiviti yang kami reka untuk riuh rendahkan rumah. Hehe, havoc betul.

Hari Sabtu yang lalu juga saya telah di jemput masuk ke Group Support Like  Batch Satria (GSLSatria) atas tajaan insan mulia yang begitu baik hati. Saya doakan semoga Allah limpahkan rezeki dan keberkatan untuk nya. Aamiin.

Wow!
Memang teruja lah. Mengenali rakan-rakan baru yang positif melalui group support like batch satria (GSLsatria) memang awesome. Aura positif begitu menarik. Telefon saya pun sampai kong bateri dek kerana penangan notification yang tak putus-putus dari rakan-rakan baru gsl. Hehe.
Best sangat.

 Melalui Group Support Like ini, kami bukan sahaja dapat mengenali rakan-rakan baru yang berbisnes. Kami juga diberikan ilmu secara percuma. Juga ada task serta arahan yang perlu kami ikuti. Alhamdulillah. Allah, permudahkan urusan saya, walau agak terlewat menyiapkan task yang di beri.

Best kan dapat ilmu dan rakan-rakan baru yang positif.
Semoga ada yang bermanfaat untuk kalian. 
Salam sayang untuk semua.

Norul Badri Daud
Pengurus Online ABDR
Agen Emas Powergold
 
 

No comments:

Post a Comment