Tuesday, 1 March 2016

2 Bisnes Kurang Risiko NEWBIE Boleh Cuba

Teks: Norul Badri Daud
Imej: Foto Google 

Assalamualaikum w.b.t
Kata sifu bisnes belajar buat duit dari laman percuma dulu. Jika yang percuma pun tak boleh hasil kan duit, bagaimana nak guna medium berbayar kan.

Kata guru op popular pula, cikgu June Mohd Som yang terkenal di laman maya pesbuk. 
Ada 2 bisnes kurang risiko yang NEWBIE boleh cuba.
 
1). Dropship - promote produk fizikal, tak pegang produk, tak keluar modal, dapat komisyen bagi setiap unit terjual. Upah komisyen dropship antara RM5 hingga ke ratusan ringgit bergantung kepada produk.

2). Affiliate - promote produk digital (ebook, video, DVD, seminar). Upah komisyen agak lumayan. Boleh bayar duit bil letrik dan unifi. Jika rajin, boleh kumpul duit untuk backpack travel lagi.

Best ke best.
  



Bagi saya, sistem dropship ini sangat sesuai untuk para pelajar atau sesiapa sahaja yang sibuk dengan tugasan lain, tetapi masih ingin berbisnes online secara sampingan. Hal ini kerana semua urusan pembungkusan produk dan penghantaran dilakukan oleh pihak dropshipper.

Apa yang anda perlu buat ialah cari pembeli, dapat bayaran, dan selebihnya diuruskan pihak dropshipper.
Bisnes secara dropship ialah bisnes yang paling mudah dan senang. Risiko kurang,tanpa modal dan untung anda sendiri tetapkan!

Jadi kepada kalian yang masih tercari-cari peluang bisnes tu, boleh cuba salah satu di atas atau kedua-duanya. Memang kurang risiko. Saya dah cuba bersama produk dropship abdr. 
 
Salam sayang. Sehingga bertemu kembali.
Norul Badri Daud
Pengurus Online Abdr
Powergold.biz



 

No comments:

Post a Comment