Gambar: Foto Google
Assalamualaikum w.b.t
Salam kasih sayang. Apa khabar hari ni pada kalian yang sudi singgah di blog saya ni? Doa dan harapan agar kita semua sentiasa di lindungiNYA.
Tentu debaran didada semakin kencang, mana taknya bulan Ramadhan Al-Mubarak bakal tiba lagi. Bagi yang berniaga, debaran ini adalah dinantikan kerana bulan ini adalah bulan murah rezeki. Bulan ni juga di galakkan kita banyakkan sedekah dan amalan-amalan sunat lain, kerana pahala yang dijanjikan Allah berlipat ganda.
Menjalani ibadah puasa kenalah niat puasa Ramadhan dengan betul, bila nak buka puasa pun mesti baca doa berbuka puasa dengan sempurna. Bagi yang dah lupa macam mana nak niat, maklumlah setahun sekali baru nak tempuh puasa ni saya kongsikan dibawah.
Niat puasa esok hari & Niat puasa sebulan:
Doa Berbuka Puasa Ramadhan:
Kelebihan Bulan Ramadhan
- Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hamba-Nya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
- Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar di mana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalan pada malam tersebut.
- Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan. Oleh itu, kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran berserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
- Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
- Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan. Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri. Mohonlah keampunan Illahi bulan Ramadhan yang mulia itu.
- Kegembiraan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.
Terdapat
banyak lagi kelebihan di bulan Ramadhan nanti. Jika kita lihat maksud
puasa di bulan Ramadhan itu sendiri ialah menahan diri daripada makan
dan minum dari terbit fajar sehingga terbenam matahari serta
perkara-perkara yang membatalkan puasa. Dianjurkan oleh umat Islam untuk
tidak melakukan maksiat,tidak mengumpat serta lain-lain perkara yang
boleh mengurangkan pahala puasa itu sendiri walaupun kita tidak makan
dan minum di siang hari.
Jadi
sama-sama kita saling ingat-mengingati,memohon keampunan Ilahi atas
dosa-dosa yang dilakukan sebelum ini. Jangan leka sangat dengan
persiapan hari raya, raikan juga ramadhan ini sebaiknya.
No comments:
Post a Comment