Friday, 19 June 2015

Alangkah nikmatnya bersahur!

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Sumber Google

Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Jumaat penghulu segala hari. Sudah hari ke 2 Ramadhan 1436H. 
Ada yang terlepas sahur semalam tak? Kena kunci jam biar yang kuat bunyi tu, kalau takut terlepas waktu sahur lagi. 
Alhamdulillah.
ALLAH panjangkan lagi umur kita untuk dapat bertemu dengan Ramadhan tahun ini. Terasa sangat bersyukur bila Allah masih beri peluang untuk dapat menikmati kemuliaan dan keberkatan Ramadhan. Semoga puasa dan segala amalan kita diterima oleh Allah hendaknya. Semoga iman dan amal kita akan terus mantap dan bertambah.
InsyaAllah.


Hari ni nak up semula entri yang pernah saya kongsikan dulu tentang tip-tip alangkah nikmatnya bersahur.

Alangkah nikmatnya bersahur!








Di riwayatkan daripada Abu Said Al-Khudri r.a berkata, Rasulullah s.a.w  telah bersabda yang bermaksud:

" Makan sahur itu ada keberkatan, maka janganlah kamu tinggalkan walaupun salah seorang dalam kalangan kamu hanya minum seteguk air. Sesungguhnya, Allah Azzawajalla dan para malaikat-Nya berselawat (rahmat daripada Allah s.w.t dan memohon pengampunan daripada malaikat) atas mereka yang bersahur." 
(Riwayat Ahmad).





Tip-tip bersahur:

1) minum air masak atau mineral secukupnya.

2) makan sayur-sayuran dan buah-buahan yang mencukupi (1-2 hidangan)

3) elakkan pengambilan gula yang tinggi

4) kurangkan pengambilan makanan berminyak dan berempah.

5) kurangkan minuman berkafein (seperti kopi, teh, minuman kola)

6) berus gigi selepas makan terutama selepas sahur

7) amalkan senaman ringan (reganggan, berjalan)

8) tidur atau rehat yang cukup. 

Saya sahur pagi tadi makan nasi dengan kuah sup sayur fucuk, ayam masak kicap, telur masin dan  air suam. Tambah susu secawan, untuk tenaga tambahan.

 
Jadi bolehlah ikut ye panduan mana yang sesuai. 
Semoga bermanfaat

Sumber: Buku AYUH BERSAHUR hasil tulisan Amly Asenar.

3 comments:

  1. Berus gigi selepas sahur jarang buat... selalu sebelum je... hehe. Boleh try la lepas ni

    ReplyDelete
  2. Berus gigi selepas sahur jarang buat... selalu sebelum je... hehe. Boleh try la lepas ni

    ReplyDelete
  3. Sama lah kita ek sis Zaila Hafni, lepas ni boleh istiqamah untuk yang selepas sahur pulak.. Hehe

    ReplyDelete