Thursday, 16 June 2016

BINA BISNES KREDIBILITI DI MEDIA SOSIAL BERSAMA GSL

Teks: Norul Badri Daud


Assalamualaikum wbt

Selamat petang. Salam sebelas Ramadhan. Alhamdulillah. Kita semua dah berjaya mengharungi cabaran fasa pertama berpuasa. Syabas. Semoga kita semua terus berjaya dan istiqamah. InsyaAllah. Aamiin.  

Wahhh,  tahniah Tuan Khairul Zahrin Abd Karim dan Team GSL. Hari ni 16 June 2016, keluar lagi dalam paper. Kali ni kat Harian Metro pulak, ruangan bisnes taw uolls.

 Jap nak tanya, pernah kenal dan dengar tak mengenai abang ensem Tuan Khairul Zahrin Abd Karim? Haa, betul lah yang pengasas Group Support Like (GSL) tu.

Jujurnya KakYun nak bagitaw ni, dari bulan May tahun 2015 lagi dah tengok fenomana GSL ni. Namun biasalah nama manusia ni, suka bebenor tunggu dan lihat. Lambat bertindak. Alhamdulillah. Terbuka jua akhirnya pintu hati selepas hampir setahun diketuk. Hehe. 

KakYun join Group Support Like (GSL) batch Satria pada Mac 2016.  Dengan tajaan seorang insan yang hanya di kenali melalui alam maya. Jazakallah sahabat Anys Idayu Zakaria, budimu tetap ku kenang.
Alhamdulillah, rakan-rakan batch Satria ni juga mesra bersilaturahim di group telegram taw.

Kenapa, dah terbuka hati nak join GSL ni?

Pertamanya, KakYun cabar diri sendiri untuk perbaiki diri agar lebih maju dari sebelumnya. Buang rasa takut, rendah diri dan malu. Belajar bina keyakinan diri dan penjenamaan diri yang baik. Belajar untuk jadi seperti katak pekak. Tahu kan cerita ni. Alhamdulillah. Berada dikalangan kawan-kawan baru yang setiap hari menyebarkan aura positif. Kesannya, KakYun jadi seorang yang positif.

Pelbagai ilmu baru boleh kita serap dari semua ahli bila bersama GSL ni. Umpama kanak-kanak tadika yang baru kenal alam persekolahan. Banyak sekali ilmu yang dikongsi. Bukan calang-calang orang yang menyertai GSL ni. Ada founder-founder produk, ada usahawan berjaya, ada lawyer juga taw. Ada yang berjaya bina rangkaian bisnes baru hanya melalui platform GSL ni. Best ke best.

Bukan lah bila join GSL ni, duduk duduk goyang kaki pastu berangan diva, sekali pos status nak semua fren fesbuk Like & Komen. Memang tak lah kan. Bukan hanya tunggu dan lihat ja taw. Namun yang pasti perlu lah ikut prosedurnya kan. Bila kita bernetworking dan bertemu ramai kawan, InsyaAllah ilmu juga automatik dapat ditambah. Kalau yang berbisnes pula InsyaAllah, jalan untuk mencari rezeki juga pasti terbuka luas.

Kesan baik selepas bersama GSL:
1) Saya lebih positif
2) Bertambah keyakinan diri
3) Branding diri yang betul
4) Pelajari ilmu baru setiap hari
5) Bertemu dengan ramai rakan usahawan yang berjaya

Okey. Cukup ye 5 kesan tu. Yang pasti sesapa yang ada join GSL ni pasti tahu impak maksimanya. Hehe. Terima kasih kepada Tuan Khairul Zahrin Abd Karim yang mencetuskan idea ini. Semoga terus berjaya dalam mencapai misi dan visi.

*********************************************

Psss: Ada yang nak join GSL, boleh whatsapp KakYun kita sembang-sembang ye.

#KakYunEmas
  019-3615776






No comments:

Post a Comment