Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Sumber Google
Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.
Alhamdulillah.
Selamat pagi buat kalian yang sudi singgah di blog ini.
Cuaca nampak redup dan tenang pagi ini. Bersyukur atas kurniaan nikmat dari Allah.
Alhamdulillah. Sudah memasuki minggu pertama bulan kedua tahun 2016. Masa bergerak pantas sekali.
Sekarang agak sibuk dengan rutin kerja bermajikan. Maklumlah, nanti akan mula bercuti selama seminggu sempena hari raya Cina yang bakal tiba tak lama saja lagi. Kerja-kerja pejabat juga perlu di selesaikan mengikut tarikh yang di tetapkan sebelum bercuti panjang.
Tentu kalian semua pun bercuti lama kan. Anak-anak lah yang paling seronok kerana sekolah bercuti agak lama untuk sambut perayaan hari raya Cina ini. Kak nb sekeluarga tiada lagi perancangan untuk kemana-mana cuti ini. Kemungkinan hanya menziarahi saudara mara yang tinggal berdekatan sahaja.
Sempena cuti yang agak panjang ni juga, pasti ada sahabat di sini yang bakal jadi raja sehari kan. Selamat pengantin baru kak nb ucapkan, semoga hubungan yang bakal terjalin berkekalan hingga ke jannah.
Sampai di sini dulu kak nb menulis. InshaAllah, kita bertemu lagi di lain masa.
Untuk yang ingin bertanyakan mengenai kelas blog bersama abdr boleh whatsapp kak nb ya. Jangan malu-malu, jangan segan-segan ya.
Norul Badri Daud
Pengurus Online ABDR
019-3615776
Email: norulbadridaud@gmail.com
hai , ain datang singgah dan follow sini
ReplyDeletesalam perkenalan :)
Hai Ain.. salam perkenalan juga dari saya.. Terima kasih sudi singgah rumah kita.
Delete