Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Sumber Google
Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.
Salam Maal Hijrah 1437H.
Alhamdulillah, pada tarikh 14hb Oktober 2015 kita telah pun memasuki tahun 1437H. Salam buat semua yang masih sudi berkunjung ke blog saya ni. Dah hampir dua minggu kak nb tak hapdate blog ni. Semoga urusan kalian semua dipermudahkan Allah. Alahai, dah lepas dua hari tahun baru, baru ingat nak buat entri ye kak nb. Hehe.
Ehem. Kalian ada buat azam baru tak sempena tahun baru hijrah ni? Kak nb ada juga senaraikan beberapa azam baru. Harapnya tetap istiqamah lah nak tunaikan azam baru tu. Tak adalah azam kak nb yang besar besar yang tinggi menggunung. Huii, tak tercapai dek tangan nanti. Sebenarnya kan, sebenarnya kak nb berazam nak istiqamah hapdate blog ni paling kurang pun tiga kali seminggu. Em, tak tahu lah istiqamah ke tidaknya nanti. Doakan yek.
Azam kedua pulak nak maintainkan berat badan ni. Em, mencabar juga azam yang ni. Mana tak nya, tabiat buruk kak nb ni suka makan malam lewat. Kan tabiat tak bagus tu. Nak jaga kesihatan pun ya. Maklumlah dah umur makin meningkat ni. Kena lebih prihatin soal penjagaan kesihatan. Hehe.
Okey yang akhir, nak banyak banyak tambah ilmu akhirat dan dunia bisnes. Nak jadikan pedoman hidup. Zaman sekarang ni cabaran mengurus hidup ni agak mencabar. Jadi kita perlu lah berterusan tambah ilmu kan. Berusaha untuk jadi insan yang lebih baik dan berfikiran positif. Cabaran dan masalah akan sentiasa ada dalam usaha kita membuat penghijrahan. Yang penting hati mesti kuat dan cekal.
Okey. Sampai sini dulu ye, nanti bebel panjang panjang bosan pula kalian nak baca. Bajet bagus je kak nb ni tulis blog ye.
Salam kasih sayang.
Ada yang nak tahu pasal kelas blog bersama Akademi bekerja dari rumah (Abdr) boleh pm / whatsapp ya.
Norul Badri Daud
019-3615776
No comments:
Post a Comment