Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Peribadi
Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.
Salam Selasa yang ceria.
Salam kasih sayang. Hai semua, apa khabar kalian hari ini? Semoga kalian semua juga sentiasa sihat dan ceria. Sedar tak sedar dah menghampiri penghujung bulan Ogos. Bulan kemerdekaan negara kita.
Banyak peristiwa berlaku dalam bulan Ogos untuk diari saya sendiri.
Istimewanya, saya dan dua orang anak menyambut hari lahir pada bulan yang sama.
Saya pada 22 Ogos, anak ke empat Megat Arif Akmal genap tiga tahun pada 23 Ogos hanya berselisih satu hari dengan saya. Manakala anak ke dua genap sepuluh tahun pada 28 Ogos. Kami merancang hanya sekali sambutan dan secara kecilan sahaja.Cukup untuk meraikan anak-anak kecil kami. Bagi saya yang dah memasuki kelab 40an ni dah tak sesuai kot. Hehe.
Selamat hari lahir untuk diri saya sendiri dan anak-anak comel saya.Hehe, boleh lah kan ucap macam ni. Semoga Allah sentiasa merahmati dan berkati kehidupan kami sekeluarga. Aamiin.
Terima kasih juga pada sahabat facebook yang memberi ucapan selamat pada muka buku saya. Sayang kalian ketat-ketat.
Semoga bertemu di lain waktu. Salam kasih sayang.
Norul Badri Daud
Pengurus Online ABDR
Email: norulbadridaud@gmail.com
Sms/Wassap: 019-3615776
Salam Sis Norul Badri.
ReplyDeletemeriahnya anak beranak geng besday bulan sama! saya sorang2 je besday bulan ogos ni dlm family. happy belated besday ya.
Wasalam Sis Zaila Hafni, hehe memang meriah. Terima kasih ye atas ucapan besday tu. Semoga kita semua dirahmati dan diberkati Allah selalu. Kita geng, sama bulan besday.
ReplyDelete