Gambar : Foto Peribadi
Bismillah.
Assalamualaikum w.b.t
comelkan anak-anak syurga ni
Alhamdulillah. Alhamdulillah
Hujan pagi dihari yang penuh barakah. Jumaat penghulu segala hari.
Semoga hari indah ini membawa lebih banyak berita gembira dan kejayaan buat sahabat alam maya saya.Ada yang singgah disini tak? Terima kasih daun keladi.
Ini adalah cerita pada hari Rabu yang lalu.
Cerita anak yang bersemangat dan tak sabar nak bergambar bersama rakan-rakan sekolah.
Kisahnya ada sesi bergambar ala-ala graduasi di tadikanya. Seronok dan tak sabar si puteri beta. Hehe.
Bila mama sampai je rumah, parking je kereta, belum sempat lagi keluar dah diketuk-ketuknya pintu kereta. Begitu bersemangat bertanya ada tak cikgu sekolah whatsapp gambar mereka tadi. Alahai la anak ku, excited sungguh. Saya diamkan je. Biar suspen dulu. Eh.eh, mengusik pulak mamanya ye. Dek kerana kasihan kerana memek muka dah mula berubah, mama pun tunjuk lah gambarnya. Terus bawa henfon mama lari, rupanya nak ditunjuk kan pada opahnya, ayah, abang dan kakaknya. Haishh, excited sungguh. Hehe.
Sampai disini dulu perkongsian saya untuk kali ni ye. Sehingga bertemu lagi, salam kasih sayang. Semoga yang baik-baik untuk kalian yang sudi singgah disini.
*****************************
Nak bina blog seperti saya
Boleh PM saya untuk keterangan lanjut.
Norul Badri Daud
Pengurus Online ABDR
https://www.facebook.com/norulbadri.daud
No comments:
Post a Comment