Gambar : Foto Peribadi
Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar? Semoga kalian sihat sejahtera disamping menjalani kehidupan seharian. Begitu cepat masa berlalu. Sudah Jumaat minggu pertama bulan Mac. Masih banyak perkara yang perlu belajar dan juga fokus dalam mencapai impian. Semoga apa yang dirancang dapat dilaksana sebaiknya. InshaAllah.
HKL
Minggu pertama Mac yang agak sibuk dengan tugasan di pejabat. Manakala usai kerja dipejabat, perlu pula menemani kakak sulung ke Hospital Kuala Lumpur melawat suaminya yang di tahan wad. Setiap hari itulah rutinku, memandangkan kakak dan aku bekerja pejabat yang berhampiran dan tinggal berdekatan, itu sajalah pertolongan yang dapat aku hulurkan. Kakak tak pandai memandu, jadi aku hulurkan bantuan menghantarnya setiap hari ke hospital. Semoga kakak dan keluarganya bersabar dengan dugaan kesihatan yang dialami abang iparku. Semoga Allah, sembuhkan dan berikan kesihatan yang baik.
Bangunan baru di HKL
Sempat lah juga snap gambar
Alhamdulillah, semalam abang iparku telah dibenarkan doktor pulang kerumah. Syukur, semoga kesihatan abang bertambah baik selepas ini.
Terima kasih kalian yang sudi singgah disini.
****************************************************
Email: norulbadridaud@gmail.com
Sms/whatsapp: 011-11668841
Fb: https://www.facebook.com/nurrullz.daud
No comments:
Post a Comment