Gambar: Sumber ABDR
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah. Hari Selasa yang indah.
Hari terasa cepat dan berlalu dengan pantas. Semoga hari ni dilalui penuh dengan kelancaran dan keceriaan disamping insan-insan tersayang.
ABDR juga semakin hari semakin dikenali dan mendapat sambutan. Jumlah ahli yang bergabung bersama kini mencecah hampir 1000 blog. Tercari-cari ilmu berkaitan khidmat pelanggan?
Entri kali ni ingin saya kongsikan sedikit ulasan mengenai E-book Rahsia Khidmat Pelanggan Online.
Tajuk : Panduan Rahsia Khidmat Pelanggan Online
Pengarang : Masayu Ahmad (Puan Pengasas ABDR)
Mukasurat : 61
Kategori : Bahasa Melayu, Bisnes
Harga : Promosi RM 30 (selepas ini RM50)
E-book Rahsia Khidmat Pelanggan Online. Merupakan buah tangan dari penulis Pn. Masayu Ahmad selaku pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR). Sebuah ebook yang terbahagi kepada 8 Bab dengan satu Bonus perkongsian pengalaman dari usahawan online yang berjaya.
Bersetuju dengan idea penulis betapa pentingnya untuk kita mempunyai khidmat pelanggan yang baik sebagai seorang usahawan dalam sesuatu urusniaga. Kita harus bijak menawan hati pihak pelanggan agar percaya dan gembira untuk terus berurusniaga dengan kita.
Tanpa adanya pelanggan siapalah kita. Dan kemungkinan bisnes yang dijalankan juga tidak berhasil. Betul tak?
Jika khidmat pelanggan yang baik, secara tak langsung menjadi faktor tarikan bagi pelanggan membuat belian dengan kita. Dan, kemungkinan juga akan dipromosi pula kepada rakan-rakan mereka. Secara tak langsung membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada pasaran yang lebih meluas. Pendapatan juga boleh jadi berganda.
Ebook ini menggunakan gaya bahasa yang mudah, tetapi begitu padat dengan ilmu. Amat sesuai bagi seseorang usahawan yang masih baru dalam bisnes online. Bagi usahawan sedia ada ianya memberi input atau `upgrade' khidmat pelanggan bagi memastikan bisnes terus mendapat tempat dihati pelanggan.
Alhamdulillah, saya dapat menambah skill secara tak langsung dalam menghadapi karenah pelanggan. Doakan saya berjaya aplikasikan segalanya dengan baik.
Ebook ini harus dimiliki oleh mereka yang ingin terus maju dan menambahbaikan dalam bisnes yang dijalankan.
Berminat nak dapatkan ebook ini?
Hubungi saya:
Email: norulbadridaud@gmail.com
FB: https://www.facebook.com/nurrullz.daud
Sms/Whatsapp: 011-11668841
No comments:
Post a Comment