Tuesday, 8 October 2019

Mohon lebih konsisten lepas ni..

Ya Tuhan. Asyik tertangguh-tangguh saja nak menulis di sini. Betul lah kata orang. Kerja bertangguh ni akan meleret-leret jadinya. Dari sehari, ke sehari. Lepas tu terlupa.
Moga lepas ni, bina sikap yang lebih baik. 

Apa khabar kalian? Sudah masuk bulan Oktober 2019. Moga apa-apa saja yang kalian rancang sentiasa dipermudahkan. Pejam celik pejam celik dah tak lama lagi jengah tahun baru pula.
Bukan mudah juga sebenarnya nak konsisten menulis ni. Lagi-lagi yang tak berbakat macam saya. Memang agak sukar dan mencabar. Nak menulis yang kreatif lagi lah. Namun saya masih bersemangat untuk menulis di sini. Kerana dengan menulis mampu melepaskan rasa stress secara tak langsung. 

Sampai sini dulu. Nanti jumpa lagi. Terima kasih yang sudi singgah diblog saya ini. InsyaAllah. Saya masih lagi belajar untuk menjadi seorang penulis yang baik. Jika ada kekurangan di sana sini mohon maafkan.
Salam petang Selasa yang dingin.

Friday, 19 April 2019

Kerja Bertangguh Memang Tak Menjadi




Ya Tuhan. Asyik tertangguh-tangguh saja nak menulis di sini. Betul lah kata orang. Kerja bertangguh ni akan meleret-leret jadinya. Dari sehari, ke sehari. Lepas tu terlupa.
Moga lepas ni, bina sikap yang lebih baik. 


Apa khabar kalian? Sudah Jumaat minggu ketiga bulan April. Moga apa-apa saja yang kalian rancang sentiasa dipermudahkan.
Bukan mudah juga sebenarnya nak konsisten menulis ni. Lagi-lagi yang tak berbakat macam saya. Memang agak sukar dan mencabar. Nak menulis yang kreatif lagi lah. Namun saya masih bersemangat untuk menulis di sini. Kerana dengan menulis mampu melepaskan rasa stress secara tak langsung. 

Sampai sini dulu. Nanti jumpa lagi. Terima kasih yang sudi singgah diblog saya ini. InsyaAllah. Saya masih lagi belajar untuk menjadi seorang penulis yang baik. Jika ada kekurangan di sana sini mohon maafkan.
 
Salam cuti hujung minggu.

Wednesday, 3 April 2019

Salam Isra Mikraj 1440H.

Salam Isra Mikraj 1440H.
27 Rejab 1440H.

Semoga kita sentiasa dirahmati diberkati dunia akhirat.
Rindu nak coret disini. Namun asyik tertangguh-tangguh. Sudah masuk bulan baru, April 2019. Moga yang baik-baik saja buat kita semua. Pejam celik kita makin menghampiri bulan Ramadhan Al-mubarak. Bulan mulia penuh keberkatan.

Rata-rata kawan perempuan kat facebook bercerita hal ganti puasa, persiapan awal tempah baju raya, oder kuih raya. Begitu terasa pantasnya masa bergerak. Saya cuma dah sesiap oder kuih raya. Cukup 4 balang RM100 sahaja. Persiapan baju raya belum lagi. Bajet nak berjimat tahun ni. Mana yang boleh pakai, kita pakai ja lagi. Hehe

Bagaimana pula dengan persiapan kalian tahun ni?




Thursday, 14 March 2019

Masak Lemak Udang Mama Mabeles

Berjaya juga malam tadi masak resepi udang masak lemak cili padi untuk lauk dinner. Walau simple je cara. Alhamdulillah sedap sangat. Memang licin satu periuk. Berselera anak-anak makan.



Jom layan resepi dan cara masak kat bawah. Mudah dan sedap.

Masak Lemak Udang Mama
Oleh: Norul Badri Daud

Inilah hasilnya


Bahan bahan:
10-15 ekor udang
1 batang serai - ketuk
1 cawan santan pekat atau (1 kotak)
1 keping asam keping
Garam
Serbuk perasa

Bahan Tumbuk:
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
7 tangkai cili padi
2 inci kunyit hidup

Cara cara:
 
 
 
 
1) Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi, kunyit sehingga lumat. 



2) Masak bahan tumbuk dengan santan dan serai dengan api perlahan sehingga mendidih sambil terus menerus dikacau supaya santan tak berketul dan tak pecah minyak. 
 
 
 
3) Bila dah mendidih masukkan udang. Kemudian masukkan asam keping. Jika ada sayur boleh masuk sekali. Saya letak kacang panjang. Letak garam dan serbuk perasa jika suka.

4) Bila udang masak, bolehlah tutup api dan sedia dihidangkan.
 
Selamat  mencuba.
 
 
 





 

Thursday, 7 March 2019

Bahagia Secukupnya Bersedih Seperlunya Bersyukur Sebanyak-banyaknya

Teks: Norul Badri Daud
Imej: Sumber Google


Assalamualaikum.

 Semoga dipermudahkan urusan kita semua hari ini. InsyaAllah, Aamiiin.
Setiap hari kita akan lalui pelbagai pengalaman baru. Orang kata belajar dari universiti kehidupan. Itu lebih memberi pengalaman dan panduan untuk kita teruskan kehidupan.

Kadang ada pahit, ada manis ada masam ada bahagia. Semua bersatu rasa. Optimislah, kerana hidup ini menjadi lebih rumit jika hanya dipandang dengan mengerutkan kening dan wajah.

Hidup tak semudah mimpi di malam hari dan tak seindah khayalan. Namun hidup tak selamanya sukar dan sempit. Semua ada tempat dan masanya. Allah usik kita dengan ujian. Sebenarnya Dia rindu dengan kita. Dia rindu dengan suara kita menyebut namanya 
"Ya Allah"

Setiap penantian ada hujungnya. Setiap perjalanan ada akhirnya. Dan setiap kejadian ada hikmahnya. InsyaAllah. Allah tak pernah menghampakan hambanya yang berdoa dan meminta bersungguh-sungguh dengannya. Kita yang selalu terlupa untuk meminta dengannya.





Sampai jumpa lagi. 
Semoga kita jadi insan yang sentiasa bersyukur. Bahagia secukupnya. Bersedih seperlunya. Bersyukur sebanyak-banyaknya.
.
.
.
.
Yang ada bisnes online
Nak dapatkan ebook 176 template copywriting the story selling.
Lepas ni dah tak payah nak pening kepala nak buat ayat bagi pembaca tertarik.

Ebook tu boleh dapat kat sini: 


Monday, 4 March 2019

Tips Bagaimana Nak Mula Bisnes

Teks: Norul Badri Daud
Imej:Sumber Google

Assalamualaikum
Selamat tengahari. Cuba untuk menulis dengan sedikit masa yang ada di tengahari ini. Satu masa dulu saya pernah terbaca di facebook. Ada seorang newbie nak mula bisnes bertanya kepada seorang sifu bisnes. 

Soalan: Bagaimana nak bermula bisnes?
Ilmu dahulu atau buat dahulu?

Jawapan: Buat sahaja dahulu. Ilmu terbaik datang dari pengalaman kita sendiri. Usahawan hebat pun mulakan perniagaan tanpa mentor pada awal perniagaan mereka.

Soalan : Nak bisnes produk sendiri atau produk orang lain?

Jawapan: Keduanya pun boleh. Cuma lebih ideal mulakan perniagaan dengan menjual produk orang lain. 

Soalan : Apa perkara paling penting untuk bermula tuan?

Jawapan : Minta maaf kepada kedua ibu bapa, mohon restu dan sediakan skrip doa untuk mereka.

Soalan : Jika nak elak dari rugi dalam bisnes, ada tip?

Jawapan : Jangan bisnes. Haa, mudah dan padat kan.

Soalan : Saya seorang pemalu, boleh ke berjaya tuan?

Jawapan: Pemalu dapat apa? Ye kan, kalau kita malu tak kena tempat. Apa yang kita dapat. Renung-renungkan.

Soalan : Ada ke tool marketing yang free tuan?

Jawapan : Ada. Mulut kita. Buka mulut & mulai bercakap. 
Okey, kena rajin buka mulut bercakap ye lepas ni. Jangan bergossip yang tak elok sudah lah.

Itulah antara soalan yang sempat saya salin. Haa, kalau dah malu nak bercakap dan berjumpa orang. Sekarang kan lebih senang buat online bisnes. Marketing free kita buat dekat facebook, insta, telegram. Bina branding. Bina trust. Bila orang dan kenal dan trust barulah mereka suka membeli dengan kita walau tak pernah berjumpa dan bercakap depan-depan.



Bila dah ada bisnes online. Buat marketing setiap hari tanpa henti.
Nak buat kerja mudah dan senang, beli je ebook 176 template copywriting the story selling ni.
Copy, edit dan paste saja. Tak payah nak pening kepala nak buat ayat bagi pembaca tertarik.

Ebook tu boleh dapat kat sini: 


Friday, 1 March 2019

Penting Ke Kena Pandai Story Telling?

Teks: Norul Badri Daud
Imej: Sumber Google

Assalamualaikum
Hai. Selamat petang. Baru ada sedikit ruang untuk coret disini. 
Salam Jumaat permulaan Mac 2019. Moga apa yang kita rancang dan rencanakan dipermudahkan oleh-Nya. 
  
Ada tak antara kalian yang minat story telling?
 
Okey. Ni saya nak bagitahu, ada sorang abam ni memang handal lah buat story telling. Cara dia create story memang best. Saya yang baca pun rasa wowww sangat.  
Kalian mesti follow rapat-rapat ye dia. Kalau berminat nak ubah cara penulisan korang kepada bercerita berkongsi apa sahaja dalam keadaan lebih santai dan terkini. Bagus follow dia. Facebook Tuan Hafiz Mansor.

Baru-baru ni beliau ada keluarkan Ebook 176 Template Copywriting The Story Telling.
 Rugi kalau tak grab. Lagi-lagi pada sesiapa yang buat bisnes online ni.
Jangan lepas peluang lagi.

Kalau...

Waktu #RM70, tak beli, menyesal.
Waktu harga #RM99, pun tak dapatkan, menyesal juga.
Ini sekarang ada lagi jualan #RM126. Kalau tak beli juga tak tahulah. 
Jangan cakap akak tak payung.


Wednesday, 27 February 2019

Semakin Banyak Memberi Semakin Banyak Menerima

Teks: Norul Badri Daud
Imej:Sumber Google

Assalamualaikum

Hai. Bertemu kembali. Moga hari ini lebih baik daripada semalam.
Selalu kita dengar kan, jadikan sedekah sebagai amalan harian. Sedekah ni bukanlah duit semata-mata. Tapi, itulah yang selalu kita faham bila sebut pasal sedekah kan. 

Jom. Jadikan sedekah sebagai amalan harian. Kita tak mampu sedekah duit atau harta, sedekah lah doa pada mereka mereka yang kita sayang. Sedekah juga senyuman. Itukan tak perlu keluar apa-apa modal. 

Sedekah takkan mengurangi harta kita. Semakin banyak memberi semakin banyak menerima. Yakin dengan janji Allah. 
InsyaAllah.

Sampai jumpa lagi. 



Tuesday, 26 February 2019

Kita Bukan Manusia Sempurna

Teks: Norul Badri Daud
Imej:


Assalamualaikum.

Kita adalah manusia tak sempurna. Ya tak sempurna. Kadang-kadang kita terlupa yang kita pernah menyakiti orang lain samada dengan perbuatan atau kata-kata. 

Lidah. 
Ya, lidah kita memang lembut tak bertulang. Tapi, ia cukup kuat untuk menyakitkan hati seseorang bila kita keluarkan kata-kata yang tak sepatutnya. 
Berjaga-jagalah kita. 

 

Wednesday, 20 February 2019

Jom Ubah Diri Jadi Versi Baru

Teks: Norul Badri Daud


Assalamualaikum
Baru berkesempatan untuk jengah disini. Apa khabar kalian hari ini?
Saya doakan kalian sentiasa dibawah lindungan dan rahmat Allah sentiasa.
Hari ni cuma nak kongsi sedikit kata-kata yang saya baca di facebook.

PETUA NAK BERJAYA

Jika kita nak berjaya, kita harus ada perubahan kecil (small changes) setiap bulan dalam hidup. Terutama jika nak jadi orang bisnes. Memang susah nak ubah rutin hidup kita. Yelah, dah lama sebati dalam diri. Tetiba nak ubah, memang rasa payah. Kita perlu motivasi yang tinggi dan push factor yang kuat untuk berubah.

Namun.. 
Jika rutin yang sama juga kita ulang, kita akan masih stuck kat tempat sama sekian lama. Macam mana nak berjaya kan.

Nak berjaya?
Jom kita mulakan dengan perubahan-perubahan kecil.

Contoh perubahan yang saya buat:-

1) Paksa diri baca buku paling kurang 3 buah sebulan, ini masih tahap nak konsisten juga ni.
2) Wajib cari ilmu baru setiap hari dengan mereka yang telah berjaya. Banyak kan sifu sifu kongsi ilmu secara percuma kat facebook. Baca dan tapis yang baik baik saja.

3) Pastikan tidur yang cukup. Otak kita perlu rehat yang cukup. Ni saya memang kadang kadang terbabas lewat juga.

4) Berada dalam circle yang positif. Cari kawan kawan yang positif dan mengajak kita 
 kearah kebaikan.

5) Istiqamah zikir, sedekah setiap hari.

6) Latih diri untuk konsisten menulis 3000 patah perkataan sehari. Ini masih belum berjaya. Sekarang masih kurang dari 1000 patah. 😅

Jika kita yakin. Dengan mula perubahan yang kecil ini result dia pasti slow slow kita nampak. InsyaAllah.

JOM KITA MULA UBAH DIRI JADI VERSI BARU
 



 

Friday, 15 February 2019

Salam Pembuka Tirai Kembali

Assalamualaikum

Salam pembuka tirai. Lama sudah saya tinggalkan ruangan blog ni. Last posting tahun 2015. Hampir 4 tahun lama. Sayang pula dibiarkan usang dan bersawang begini. InsyaAllah. Moga diberi kekuatan untuk saya terus menulis di ruangan ini.

Salam penghulu hari. Doakan saya tetap rajin mencoret disini berkongsi cerita.
Bai bai dulu.