Gambar: Sumber Google
Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.
Salam ceria buat semua yang sudi singgah baca disini.
Alhamdulillah. Kita masih berkesempatan bersua di alam maya ini.
Di doakan agar kita semua di berkati Allah dalam apa jua bidang yang kita lakukan.
Maafkan kak nb yang agak lama rasanya tidak kemaskini blog kesayangan ni. Pasti kalian yang bertandang ke sini agak kecewa kan, kerana tiada pengisian cerita yang terbaru. Ewah, rasa macam jadi artis pulak nak kena ada cerita terbaru.
Sudah minggu ketiga bulan Januari 2016. Sudah agak lama di blog ini tiada kemaskini entri yang baru. Hari ini rasa nak menulis kembali. Doakan kak nb terus menulis di sini ya, moga-moga dapat jadi panduan atau manfaat untuk kita bersama.
Penghujung tahun 2015, urusan keluarga agak lari dari trek perancangan. Perancangan Allah jua yang terbaik. Bonda kesayangan berada dalam keuzuran dan terpaksa tahan beberapa hari di wad hospital. Sebagai anak hati kak nb memang risau dengan keadaan ini. Alhamdulillah, kini bonda dah semakin sihat walau tak sekuat dulu lagi. Maka nya, memang kak nb agak kelam kabut nak mengurus dan menyusun kembali rutin seperti sediakala.
Mood untuk kemaskini blog kesayangan ini juga seperti sukar untuk kembali. Mungkin setelah berehat terlalu lama, mood untuk menulis agak menurun. Alhamdulillah. Pagi ini apabila buka laman fb, dan terlihat newsfeed yang melintas dari pengasas abdr puan Masayu Ahmad yang mengilhamkan doa. Terasa seperti ada ketukan kuat di kepala kak nb yang menyedarkan dari terus terlena. Inilah doa yang sesuai dengan keadaan yang kak nb lalui saat ini.
Terima kasih cikgu Masayu Ahmad, secara tak langsung menyedarkan saya.
"Ya Allah ilhamkan aku kerja yang tidak memerlukan aku sibuk dan menyibuk. Ya Allah ilhamkan aku ketenangan yang berterusan dalam urusan keluarga dan rumahtangga.
Ya Allah, jadikan urusan kerja ini membantu sama untuk berada tenang di rumah."
Allah itu maha Pemberi, Maha Pemurah.
Mintalah, kerana kita boleh meminta dan Allah akan berikan.
Semoga kak nb terus kuat dan bersemangat dalam meneruskan perjuangan kehidupan di dunia ini. Semoga kita semua juga berjaya dunia dan akhirat. Aamiin.
Salam kasih sayang untuk semua.
Nota kaki: Kak nb masih lagi pengurus online abdr. Jika ada yang nak tahu mengenai kelas blog abdr boleh hubungi kak nb ya.