Tuesday, 30 September 2014

Untuk yang ingin bermula dan tidak tahu cara

Teks: Norul Badri Daud

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah. Dapat lagi bersua di alam maya pada hari ni. Selamat pagi Selasa, hari terakhir di bulan September. Cuaca kat luar cerah dan ceria hari ni. Semoga kita semua juga ceria hari ni ye.

*****************************************


Untuk suri rumah yang ingin bermula dan tidak tahu cara, boleh hubungi saya untuk pertanyaan. Walaupun suri rumah sibuk dengan kerja di rumah dan kadang-kadang memang tiada masa langsung untuk diri sendiri, tetapi kalian perlu cari masa dan mulakan.  Selitkan masa dan cari masa untuk diri sendiri juga.




Dapatkan ebook ini dahulu sebagai permulaan dan sebagai bacaan asas.

Friday, 26 September 2014

Selamat berhujung minggu

Teks: Norul Badri Daud

Assalamualaikum w.b.t

Salam petang Jumaat.
Selamat menunaikan solat asar.

*************************************
Diluar pejabat hujan turun lebat sekarang ni. Dengan bunyi guruh diikuti petir berdentum-dentam. Semoga yang dalam perjalanan kemana saja tujuan, selamat tiba ke destinasi. Inshaallah.

*************************************
Selamat Berhujung Minggu.
*************************************
 
Mahu beli boleh, daftar agen juga boleh
4Kotak nasi arab, postage hanya rm10
boleh tukar selera untuk masak raya haji nanti





Monday, 22 September 2014

Ebook Rahsia Khidmat Pelanggan Online

Teks: Norul Badri Daud

Assalamualaikum w.b.t

Salam petang Isnin.
Selamat menunaikan solat asar.

**************************************
ABDR PROMOSI
**************************************

Jadikan pelanggan sebagai buah hati. Setiap kali pembelian, ucapkan terima kasih kerana membeli dan mendapatkan produk/perkhidmatan. Sesekali beri hadiah percuma, pos percuma atau apa sahaja. Pelanggan yang gembira sudah tentu setia.

Sumber: Ebook Rahsia Khidmat Pelanggan Online.
Ebook ini sangat asas untuk usahawan suri yang baru mengenal urusniaga online.





EBOOK RAHSIA KHIDMAT PELANGGAN, USAHAWAN ONLINE
Siri 1 (terbit 25.9.2014)


RM30 (untuk pembeli 50 terawal sahaja)

Harga selepas ini RM50





 



Pm Saya
www.nurrullzdaud.facebook.com
norulbadridaud.blogspot.com
 

Friday, 19 September 2014

Ku pohon redhaMu Ya Allah...

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Peribadi






Assalamualaikum w.b.t

Salam Jumaat penghulu hari yang penuh keberkatan.

YA ALLAH...
Lancarkan lah urusan kami untuk hari ini dan hari-hari seterusnya.
Dekatkan kami kepada kebaikan dan jauhkan kami dari segala kejahatan.
Semoga apa yang kami kerjakan hari ni dan seterusnya mendapat redhamu Ya Allah.
Aamiin.


**************************


Maklumat tentang persediaan menjadi WAHM boleh dapatkan ebook ini dulu, baca dan hadam.


Thursday, 18 September 2014

Promosi! Promosi! Promosi September...


Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto ABDR
 
Assalamualikum w.b.t
 
Cuaca diluar pejabat nampak suram macam nak hujan je.
Kalau kat rumah mesti mata pun dah layu-layuan kan, tahan ngantuk. Hihi...
Em, sebelum nak lena kat rumah tu apa kata tengok dulu promosi dari saya ni ye. 
Kot kot yang ada masa dan nak join tambah ilmu pada hari tersebut.
 

**********************

 
Yuran pendaftaran lebih jimat jika kalian daftar 2 orang. 
 
Jangan lepaskan peluang ni. Cari masa, cari ruang reward diri dengan ilmu baru.
 
Pm saya jika ada pertanyaan atau sedia untuk mendaftar.

sms/whatsapp: 011-11668841
 
 

Masa untuk reward diri sendiri

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto ABDR & Google

Assalamualaikum w.b.t


Selamat tengahari. Cuaca kat luar redup dan damai. 
Kalian dah makan tengahari belum?
Hari ni mood nak keluar makan tengahari tak ada, jadinya ambil kesempatan untuk intai-intai blog rakan ABDR yang lain.

Sebelum tu update serba ringkas dulu kat sini ye. Nanti kalau kalian singgah sini tak adalah sama je isinya kan. Bila blogwalking kat blog rakan-rakan jemaah ABDR ni pelbagai ilmu boleh dikutip sebagai panduan.


******************************************
Untuk suri rumah yang ingin bermula dan tidak tahu cara, boleh hubungi saya untuk pertanyaan. Walaupun suri rumah sibuk dengan kerja di rumah dan kadang-kadang memang tiada masa langsung untuk diri sendiri, tetapi kalian perlu cari masa dan mulakan.  Selitkan masa dan cari masa untuk diri sendiri juga.

Dapatkan ebook ini dahulu sebagai permulaan dan sebagai bacaan asas.







Bagi yang berminat untuk belajar boleh hubungi saya untuk info lanjut. Kelas secara online dan pendaftaran setiap hari.

Wednesday, 17 September 2014

Mengapa tidak kita sediakan payung sebelum hujan

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Google 

Assalamualaikum w.b.t



Bismillah.
Alhamdulillah. Cuaca hari ni redup dan damai sekali.

Mengapa tidak kita sediakan payung sebelum hujan.

Em, mengapa pula tajuk entri macam ni ye.  
Sebenarnya ini adalah perkongsian yang saya rasa sesuai buat kita semua.

Sekarang ni kos sara hidup semakin meningkat. Kadar tol naik, harga petrol naik, harga diesel naik, harga gas naik, tariff elektrik naik, tariff air naik. Bak kata semuanya naik lah. Kalau nak senarai jenuh juga ni.

Jadi, sekarang adalah masa yang sesuai untuk kita B.A.N.G.K.I.T dan mesti berani untuk berniaga. Mesti mula bertindak, dan jika ini masa untuk kita berubah, kita perlu mula membuat keputusan. Perlu sediakan payung sebelum hujan. Kalau dah hujan baru nak beli payung, tentu dah habis basah lencun kan.

Macam kehidupan kita juga kan, kalau kita tak buat persediaan atau perancangan awal apa akan jadi pada kita dan keluarga pada hari-hari akan datang kan.

Jika langsung tak pernah berniaga, tak ada pengalaman berniaga boleh mula berniaga secara kecil-kecilan dulu dengan modal yang sangat minima. Nak bisnes hari ni dah tak sama macam dulu. Sekarang lebih banyak peluang bisnes yang boleh kita lakukan sama ada secara `online' ataupun `offline'. Yang penting perlu ada kesungguhan dan semangat tak putus asa.

Buat apa saja perniagaan yang penting kita belajar UNTUK MENGUBAH HIDUP. 

***********************************************

NAK BERHENTI KERJA?

**********************
Pertimbangkan 10 perkara penting ini sebelum mengambil keputusan untuk berhenti bekerja :
1. Kenalpasti samada kewangan sudah stabil atau tidak
2. Kenal pasti juga punca kewangan untuk pendapatan aktif dan pasif
3. Merancang kewangan untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang
4. Tentukan jenis bidang atau industri yang mahu diceburi
5. Berunding dan mendapat persetujuan pasangan sebelum membuat keputusan.
6. Yakinkan diri sendiri, sebelum dapat menerima pandangan keluarga, sahabat dan masyarat.
7. Yakin dan berani membuat keputusan kerana cabaran selepas bergelar WAHM SOHO adalah lebih mencabar.
8. Tahu apa matlamat dua tahun, tiga tahun dan 10 tahun
9. Bersedia fizikal dan mental
10. Bersedia apabila usaha menambah pendapatan di rumah gagal anda ada perancangan lain.


Bagi yang sedang merancang untuk bergelar WAHM, bisnes online adalah salah satu cara untuk memulakan bisnes. Untuk yang masih tiada produk, boleh bersama kami di Akademi Bekerja Di Rumah, sebagai rakan niaga /pengurus online akademi.

Pm saya jika sudah sedia untuk mendaftar.







Monday, 15 September 2014

Bukankah seronok kalau ada pendapatan tambahan?

Teks: Norul Badri Daud

Assalamualaikum w.b.t


Apa khabar kalian hari ni? Semoga sihat selalu. Ada yang ambil cuti hari ini, sambung dari hari Ahad ke hari cuti umum esok hari. Selamat hari Malaysia!
 
Kalau cuti, ada yang ambil kesempatan duduk di rumah bersama keluarga. Namun, ada juga yang bawa keluarga jalan- jalan. Pergi melancong ke tempat - tempat yang menarik. Namun, jangan dilupa. Kalau keluar rumah sudah pasti ada budget yang perlu disediakan.
Duit kenalah cukup agar perancangan tidak terbengkalai. Maklumlah, bukan semua tempat boleh pergi percuma. 
Ada yang berbayar bagi menampung kos operasi tempat berkenaan. Bukankah seronok kalau ada pendapatan tambahan?
 
******************************************************
 Mencari panduan untuk bisnes online atau bekerja dari rumah? Dapatkan ebook diatas dan hadam dulu sebelum berhenti kerja. Cuba bina dulu bisnes online secara sampingan, dah konsisten pendapatan boleh jer hantar surat resign.
 







  

Friday, 12 September 2014

3 AMALAN Terus Mengalir...

Assalamualaikum w.b.t

Salam Jumaat yang penuh barakah. Cuaca redup dan tenang hari ini. Semoga kita semua diberkati dan dilindungiNya.

Perkongsian untuk hari ini.





semoga bermanfaat.


Thursday, 11 September 2014

Mula Bisnes Dulu Dan Biar Konsisten Baru Berhenti Kerja

 
Puan Radiah (bukan nama sebenar)
Saya wanita bekerjaya, mempunyai 3 orang anak. Saya mahu berhenti kerja dan saya tidak ada pengalaman memulakan bisnes online. Apakah saranan yang sesuai.
 
1. Jangan berhenti kerja dahulu.

2. Puan mulakan daripada yang asas, mula bisnes online dan belajar dahulu menjana pendapatan minima RM100 sehari.

3. Buat sasaran pendapatan bersih berdasarkan bisnes tersebut, contoh RM1K sebulan.

4. Puan latih diri untuk simpan dahulu pendapatan dari sumber ke dua tersebut.

5. Puan buat rekod, contoh sasaran selama setahun.

6. Buat peningkatan sasaran, sekiranya 6 bulan pertama sudah RM1K, 6 bulan berikutnya perlu ada peningkatan. Tidak boleh statik.

7. Jangan berhenti dahulu, sehingga puan sudah disiplin perkara di atas.

8. Puan perlu biasakan dengan membezakan pendapatan bisnes dan keuntungan bisnes.

Puan boleh cuba dahulu pilihan di bawah. Boleh daftar, sekiranya sudah bersedia. -Kelas Mula Bisnes Online. -Kelas Bisnes Dropship. -Kelas Rakan Niaga (Penulisan/Bisnes)
 
Pilihan kelas yang dianjurkan oleh AKADEMI BEKERJA DI RUMAH :
1. Kelas asas blog dan penulisan
2. Kelas asas blog dan fan page mula bisnes
- produk sendiri
- dropship makanan sunnah
- dropship produk islami
- dropship produk makanan
- drosphip telekung solat
3. Kelas beriklan mudah.my
4. Kelas penulisan kreatif
5. Pendaftaran pengurus online
6. Pendaftaran kelas urus akaun wahm soho
7. Tempahan blog bisnes/blog penulisan-siap 3 hari
8. Beriklan bersama kami di http://sohodirectory.blogspot.com/
9. kelas penulisan ebook premium

Pendaftaran Kelas Online/Offline Blog dibuka setiap hari.
Email : norulbadridaud@gmail.com
FB: https://www.facebook.com/nurrullz.daud 

Wednesday, 10 September 2014

Nak Buat Bisnes Mesti Ada Mentor?

Teks: Norul Badri Daud

Assalamualaikum w.b.t

Perkongsian hari ni Rabu 10 September 2014.

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika kaum itu tidak mengubah nasib mereka sendiri."

Hidup adalah satu pilihan, “Susah adalah pilihan. Senang pun adalah pilihan”. Kalau kita pilih untuk hidup susah, kita akan jadi susah. Jika kita pilih untuk hidup senang, kita akan hidup senang.

Untuk mengubah hidup, kita perlu ‘BERANI’. Berani untuk membuat keputusan yang LUAR BIASA. Hanya dengan keputusan yang luar biasa, hidup kita akan mula berubah sedikit demi sedikit. Sebab itulah kita juga perlu buat keputusan untuk hidup luar biasa.


Ramai orang sangka, jika nak berniaga perlu ada modal yang besar, perlu ada kedai, perlu ada ramai pekerja. Perlu itu dan ini. Ramai orang yang silap.

Sebenarnya TAK. Jika kita nak berniaga, modal yang kita perlukan ada sebuah hati yang kental untuk berjuang. Kita perlukan ilmu yang betul untuk berniaga.

Dengan ilmu yang betul, tanpa modal duit pun kita boleh menjana keuntungan.


Pengajarannya sangat mudah, jika kita nak buat bisnes, pastikan kita mempunyai mentor yang betul.

*****************************************************
JOM Jemaah bersama kami di ABDR.

Bagi yang masih tidak tahu bagaimana nak mula, tak tahu bisnes apa yang nak buat, boleh mula sebagai pengurus online akedemi.

Belajar latih tubi dapat rm50-100 untung bersih sebagai pengurus online. Belajar gunakan blog untuk mula berkongsi.

Ada yang sudah sedia, boleh mula daftar.

Tuesday, 9 September 2014

Pakej untuk yang baru hendak mula

Alhamdulillah selamat datang pelajar baru September. Bergabung bersama kami 830 blog, menuju 1000 penyertaan akhir tahun ini insya Allah.

Nak belajar berbisnes online, belajar hasilkan blog. Nak tahu lanjut apa itu ABDR. Hubungi saya jika sudah sedia.

Pakej ini sangat membantu kalian yang baru hendak mula. Ebook ini bonus melalui pendaftaran ke kelas online blog.

Thursday, 4 September 2014

Renungan kita bersama...


Sekadar renungan...

"Wanita kembali ke rumah kerana anak-anak memerlukan ibu bapa mereka, perlindungan, kebajikan, pendidikan. Kita kembali mengimbangi tuntutan dan panduan quran dan sunnah. Insya-Allah. Juga kita mendoakan ibu-ibu yang keluar bekerja agar mereka dalam keadaan terpelihara diri dan juga keluarga mereka." Insya-Allah.



=========================================================

Pendaftaran bengkel urus akaun bisnes masih dibuka. Boleh mula daftar sekarang dengan harga promosi.
 
 

Pakej Asas Wahm Soho: Bekerja Dari Rumah

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto ABDR

Assalamualaikum w.b.t





Tiga ebook di atas adalah bacaan asas.

1. Ebook asas blog dan penulisan.
Ini adalah permulaan untuk mencari tapak awal pasaran dan sasaran pelanggan. Sama ada blog persendirian dan blog bisnes. Analisa awal sangat penting untuk pemilihan blog yang sesuai. Saya sertakan bersama kajian kes iaitu analisa blog pelajar-pelajar yang mengikuti kelas saya.

Analisa pengalaman dan kepakaran untuk memulakan blog pertama.
Panduan penulisan, membina blog berpengaruh, suka dibaca khalayak.
Teknik mudah menggunakan blog, menyiapkan ebook atau manuskrip pertama.
Blog sebagai salah satu cara promosi produk untuk pemasaran online.
Mahu menulis tetapi tidak tahu cara. Mahu mempunyai blog sendiri, tidak tahu asas dan langkah demi langkah.

2. Ebook super wahm super mom

Adalah kesinambungan dari ebook www.janawangdirumah.com
Sangat penting untuk mengetahui setakat mana cabaran bekerja atau bisnes dari rumah. Saya ada banyak menerima soalan sebegini?

"Bagaimana saya mahu mula, saya tidak pernah mengusahakan bisnes?"
"Bolehkah saya berhenti kerja dan mula berjualan online?"
"Bagaimanakah pendapatan saya selepas berhenti?"

Jawapan umum saya pasak kepada tiga perkara.
Bina senarai pelanggan dan jualan sebelum kalian benar-benar berhenti.
Lakukan secara sambilan, lakukan secara serius. Jika pulangan sudah stabil, barulah fikirkan langkah seterusnya.
Bekerja sendiri maksudnya kita menyerahkan 100 peratus keupayaan usaha atau kebergantungan rezeki kepada Allah. Ke semuanya saya sudah masukkan perkongsian pengalaman sebenar ibu-ibu yang bergelar wahm soho dalam ebook super wahm super mom. Mahu atau tidak dari segi persediaan fizikal dan mental kalian perlu cari seberapa banyak maklumat.
Lakukan secara sambilan sebelum lakukan sepenuh masa.

3. Ebook panduan mula butik online dan offline
Ebook ini juga langkah demi langkah butik online dan offline. Juga perkongsian dua usahawan yang sudah pun berpengalaman dalam mengusahakan butik.

Milik pakej ini melalui pendaftaran ke kelas online blog

Blog sebagai medan menambah amal dan ilmu

Perkongsian dari cikgu ABDR
Netty Ah Hiyer

Cerita ini saya ambil dari artikel yang pernah saya siarkan dalam majalah Mingguan Wanita beberapa bulan lalu. Ini kisah jiran selang sebuah rumah saya. Tentang anak kecilnya yang berhadapan komplikasi jantung. Bagi yang mahu menghulurkan bantuan, saya sertakan sekali nombor akaun miliknya.
Kehadiran si kecil yang telah sembilan bulan membesar di dalam kantung rahim Siti Ronah Alias, 36 di nanti dengan penuh debaran. Tambahan pula, lagi beberapa hari rakyat Malaysia bakal menyambut Hari Kemerdekaan negara. Sudah tentu, ia memberi jangkaan yang lebih menarik mengenai kelahiran anak bongsunya kelak.
Tanggal 31 Ogos tahun 2011, anak kecilnya itu selamat dilahirkan dengan berat 3.5 kilogram di hospital kerajaan. Bayi kecil itu kemudiannya diberi nama Nur Alya Qaisara. Alya lahir secara normal tetapi apa yang membingungkan ibu muda ini, sebaik sahaja Alya dilahirkan dia tidak terus di bawa ke katilnya.
“Saya tunggu-tunggu juga, tetapi kemudian doktor memaklumkan anak saya berhadapan dengan masalah jantung berlubang dan saluran pernafasan yang sempit,” akuinya dia tidak dapat menerima penjelasan doktor dan hanya mampu menangis sepanjang menjaga anak kecilnya itu.
“Anak-anak yang lahir sebelum ini, tak pernah lagi jadi macam ini. Baik yang sulung sampailah yang nombor empat, semuanya lahir normal dan sihat. Tapi Alya benar-benar menguji kekuatan hati saya,” luah ibu kepada Muhammad Khairul Ikhwan, 15, Fatin Fatini, 14, Nurul Asyikin, 1 dan Muhammad Alif Aiman, 9 tahun.
Keadaan Alya yang kurang stabil sebaik sahaja dilahirkan membuatkan dia diwadkan di wad kanak-kanak untuk tempoh lapan hari. Selepas itu, dia dibenarkan pulang. Sememangnya jelas kelihatan keadaan Alya yang tidak selesa semasa dia cuba bernafas. Dia juga lebih kerap menangis.
Sampailah pada hari ke 13, Na dan suami, Yuseri Yusof, 39 membawa anaknya ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk membuat pemeriksaan lanjut. Pasangan suami isteri ini bersyukur kerana keadaan anaknya belum dikategorikan sebagai kritikal.
Walau bagaimanapun Alya masih perlu menjalani pemeriksaan rutin untuk memastikan keadaan kesihatannya dalam keadaan yang baik. Sebelum pulang ke rumah, doktor di IJN sempat memberi pesanan.
‘Jika bibir, kuku atau kulitnya bertukar biru, cepat-cepat angkat kakinya ke dada. Jika cara itu tak berkesan, segera ke hospital’. Ingatan itu tidak pernah Na lupakan dari ingatan. Setiap saat dia akan pastikan Alya tidak berhadapan dengan apa-apa kompilkasi yang lebih kronik.
Kira-kira tiga bulan selepas pemeriksaan itu, bibir Alya tiba-tiba berubah biru. Kulitnya juga tidak merah seperti selalu. Na semakin bimbang, cepat-cepat dia angkat kaki Alya ke dada. Malam semakin pekat, hati Na semakin gelisah. Selepas beberapa ketika tubuh Alya kembali merona merah.
“Sekarang ini Alya akan ke IJN setiap 4 bulan sekali. Baru ini doktor maklumkan yang bulan September tahun ini Alya akan menjalani pembedahan menutup jantungnya yang berlubang. Kos pembedahan itu kira-kira RM35 ribu.
“Saya tahu bukan mudah untuk mengumpulkan wang sebanyak itu. Tapi ada beberapa pihak tertentu yang sarankan agar saya minta bantuan dari pihak hospital iaitu tempat Alya dilahirkan dulu. Ada juga yang sarankan saya minta bantuan Pusat Zakat. Saya sendiri pun tak pasti hendak mula dari mana,” ujar Na ketika ditemui dirumahnya.
Walaupun Alya tidak dikategorikan sebagai pesakit jantung yang kritikal namun Na sentiasa berjaga-jaga memantau tahap kesihatan anaknya itu. Apatah lagi, Alya tidak boleh terlalu terdedah dengan orang demam. Dia pasti akan turut demam sama.
“Alya ini aktif budaknya. Tapi saya tak biarkan dia main sesuka hati di luar rumah. Cuma apabila dia letih, kulit, bibir sampailah ke kuku-kuku jadi biru. Hari ini merah pula pipi dia. Barangkali dia tahu mahu diambil gambar,” cerita ibunya berseloroh.
Kos Rawatan Yang Tinggi
Sememangnya kos rawatan bulanan Alya juga sedikit sebanyak memberi cabaran yang cukup besar buat keluarga ini. Apatah lagi, suaminya hanya bekerja sendiri yang pendapatannya tidak menentu.
“Setiap kali ke IJN saya pasti akan belanja sampai RM400 untuk bayaran perubatan, duit minyak, ‘parking’ dan sebagainya. Sebab itulah kami anak beranak ikat perut. Kadangkala saya sekat makan anak-anak. Tak bolehlah bermewah-mewah, makan sekadar yang perlu sahaja.
“Belanja sekolah anak juga cukup seadanya. Duit yuran anak-anak pun ada yang tak selesai bayar lagi. Disebabkan masalah kewangan ini juga, anak-anak saya tidak dapat saya hantar ke sekolah agama. Mereka hanya bersekolah rendah sahaja,” tambahnya sayu.
Walaupun diuji dengan anak sakit, Na tidak sesekali putus harapan. Selagi ada usaha dia akan bergerak mencari cara untuk merawat anaknya. Tidak hanya bergantung kepada rawatan di IJN, Na turut membawa anaknya mencuba rawatan alternatif.
“Ada perubahan pada keadaan Alya bila saya cuba pil untuk merawat Alya. Malah pemeriksaan baru ini doktor maklumkan yang lubang pada jantungnya juga telah tertutup sedikit. Namun, ubat itu terlalu mahal, akhirnya saya terpaksa menghentikan bekalan ubatan untuknya,” jelasnya lagi.
Bagi menampung beban kewangan, Na perlu membantu suami. Sebab itulah, kini dia menjaga anak-anak jiran yang telah bersekolah. Dia akan menghantar anak-anaknya dan anak-anak jirannya ke sekolah. Jadualnya cukup padat. Bermula dari jam 11 pagi sampailah jam 5 petang, baru Na selesai menghantar anak-anak ini ke sekolah. Kadangkala dia terpaksa membuat lebih 3 trip perjalanan untuk membawa anak-anak ini dengan motosikal. Dia juga membawa sekali Alya dan diletakkan di dalam bakul motosikalnya.
“Kalau ikutkan memanglah ujian ini berat untuk saya pikul. Satu ketika saya memang sering bertanya kenapa Allah uji saya begini. Setiap petang Khamis saya akan ikuti kelas pengajian agama, dari situlah saya dapat jawapan tentangnya dan saya redha. Pasti ada hikmah disebaliknya yang tidak saya ketahui,” ujarnya menutup bicara.
Jika pembaca bermurah hati mahu menghulurkan sumbangan bagi meringankan beban keluarga ini boleh berbuat demikian dengan menyalurkan sumbangan ke:
Siti Ronah binti Alias di nombor akaun 1277-0000588-20-8 CIMB Islamic Bank Berhad.
Berkenalan dengan guru online ABDR: Netty Ah Hiyer
Singgah di blog: http://netty-ahhiyer.blogspot.com/
Pendaftaran kelas online blog dibuka setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia

Adakah yang merindui?

Teks: Norul Badri Daud

Assalamualaikum w.b.t


Salam Khamis 4hb September 2014.
Apa khabar kalian hari ni?

Sudah lama rasanya blog ni tak ada entri baru ye. Dah naik sawang blog ni. Ini kerana ada kekangan masa dengan tugasan di pejabat dan kurang idea juga. Em, maaf ye pada yang bertandang ke sini entri nya mungkin macam dah basi. Lama kot tak update.

Ada yang rindu tak? Angkat tangan sekarang.
Hihi. Jangan lah serius sangat ye.

Jadi, hari ni saya dah update ye. Sudi-sudilah jenguk ke sini ye.
 
Hidup ini tidak selalunya indah tetapi hidup ini akan menjadi indah seandainya kita bersyukur dan bertakwa kepada Allah.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kemahiran yang ada, gunakan sepenuhnya. Tak pandai dan malu nak cerita di fb, boleh mula dengan blog. Boleh mula menulis kelebihan diri dan kepakaran kita di blog. Bukan untuk bermegah, tapi dengan tujuan untuk membantu menyelesaikan masalah orang lain. Apa yang kita ada dan kita tahu, mungkin tak diketahui orang lain. Dan mungkin sangat-sangat diperlukan oleh orang lain.


Sertai kami di ABDR.
kelas blog penulisan
- Mula belajar menulis berdasarkan minat dan kemahiran, belajar menulis secara konsisten.

Kelas blog mula bisnes
- produk sendiri
- dropship makanan sunnah
- dropship borong runcit telekung solat
- drophip bisnes makanan
- dropship produk islami


Sudah sedia boleh hubungi saya untuk pendaftaran.