Tuesday, 8 October 2019

Mohon lebih konsisten lepas ni..

Ya Tuhan. Asyik tertangguh-tangguh saja nak menulis di sini. Betul lah kata orang. Kerja bertangguh ni akan meleret-leret jadinya. Dari sehari, ke sehari. Lepas tu terlupa.
Moga lepas ni, bina sikap yang lebih baik. 

Apa khabar kalian? Sudah masuk bulan Oktober 2019. Moga apa-apa saja yang kalian rancang sentiasa dipermudahkan. Pejam celik pejam celik dah tak lama lagi jengah tahun baru pula.
Bukan mudah juga sebenarnya nak konsisten menulis ni. Lagi-lagi yang tak berbakat macam saya. Memang agak sukar dan mencabar. Nak menulis yang kreatif lagi lah. Namun saya masih bersemangat untuk menulis di sini. Kerana dengan menulis mampu melepaskan rasa stress secara tak langsung. 

Sampai sini dulu. Nanti jumpa lagi. Terima kasih yang sudi singgah diblog saya ini. InsyaAllah. Saya masih lagi belajar untuk menjadi seorang penulis yang baik. Jika ada kekurangan di sana sini mohon maafkan.
Salam petang Selasa yang dingin.

Friday, 19 April 2019

Kerja Bertangguh Memang Tak Menjadi




Ya Tuhan. Asyik tertangguh-tangguh saja nak menulis di sini. Betul lah kata orang. Kerja bertangguh ni akan meleret-leret jadinya. Dari sehari, ke sehari. Lepas tu terlupa.
Moga lepas ni, bina sikap yang lebih baik. 


Apa khabar kalian? Sudah Jumaat minggu ketiga bulan April. Moga apa-apa saja yang kalian rancang sentiasa dipermudahkan.
Bukan mudah juga sebenarnya nak konsisten menulis ni. Lagi-lagi yang tak berbakat macam saya. Memang agak sukar dan mencabar. Nak menulis yang kreatif lagi lah. Namun saya masih bersemangat untuk menulis di sini. Kerana dengan menulis mampu melepaskan rasa stress secara tak langsung. 

Sampai sini dulu. Nanti jumpa lagi. Terima kasih yang sudi singgah diblog saya ini. InsyaAllah. Saya masih lagi belajar untuk menjadi seorang penulis yang baik. Jika ada kekurangan di sana sini mohon maafkan.
 
Salam cuti hujung minggu.

Wednesday, 3 April 2019

Salam Isra Mikraj 1440H.

Salam Isra Mikraj 1440H.
27 Rejab 1440H.

Semoga kita sentiasa dirahmati diberkati dunia akhirat.
Rindu nak coret disini. Namun asyik tertangguh-tangguh. Sudah masuk bulan baru, April 2019. Moga yang baik-baik saja buat kita semua. Pejam celik kita makin menghampiri bulan Ramadhan Al-mubarak. Bulan mulia penuh keberkatan.

Rata-rata kawan perempuan kat facebook bercerita hal ganti puasa, persiapan awal tempah baju raya, oder kuih raya. Begitu terasa pantasnya masa bergerak. Saya cuma dah sesiap oder kuih raya. Cukup 4 balang RM100 sahaja. Persiapan baju raya belum lagi. Bajet nak berjimat tahun ni. Mana yang boleh pakai, kita pakai ja lagi. Hehe

Bagaimana pula dengan persiapan kalian tahun ni?