TEKS: NORUL BADRI DAUD
GAMBAR: FOTO PERIBADI
Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.
Entri kali ni nak bercerita tentang tapai pulut. Siapa pernah makan tapai pulut, angkat tangan? Hihi, saya mula-mula dulu tak lah pandai makan tapai pulut ni. Kenapa? Kerana bagi saya baunya itu yang membuatkan saya tidak lalu untuk merasanya.
Namun, semuanya telah berubah kini. Cewah, macam nak cerita bagus je kan. Macam mana saya boleh berubah untuk jadikan tapai pulut ni sebagai dessert yang disukai. Em, semuanya bermula apabila saya kenal dengan Pn. Muji, isteri kedua datuk angkat saya. Rasa tapai yang dibuat oleh Pn. Muji memang enak dan memang terbaik. Dari saya yang tidak suka makan tapai pun boleh suka. Macam mana tu.
Pn. Muji sememangnya pandai membuat tapai pulut. Jiran sekeliling rumah selalu membuat tempahan darinya jika ada sebarang majlis seperti tahlil, hari jadi, kenduri kahwin dan lain-lain lagi. Saya juga membantu Pn. Muji membuat promosi produk tapai ini. Alhamdulillah, ada juga yang berminat.
J.M Beriani Petaling Jaya antara yang pernah membuat tempahan dengan Pn. Muji dan mereka suka dengan kualiti dan rasa tapai itu. Alhamdulillah, niat saya untuk membantu Pn. Muji menambah pendapatannya ada juga perkembangannya. Bila tiba musim raya, memang banyak tempahan diterima untuk majlis rumah terbuka. Rakan sekerja saya pun pasti akan menempah dengan Pn. Muji jika ada majlis. Kata mereka memang rasanya manis dan sedap.
Secara tak langsung, ia merupakan pengalaman bagi saya dalam mencuba berniaga online dengan medium pengiklanan percuma di internet. Benda yang elok, bolehlah tolong promosikan betul tak?
ni tempahan jiran untuk hari minggu nanti
No comments:
Post a Comment