Monday 7 April 2014

NIAGA ONLINE?

TEKS: NORUL BADRI DAUD
GAMBAR: FOTO GOOGLE

Assalamualaikum w.b.t
Bismillah. 









Alhamdulillah, bersua kembali. Entri kali ini seperti persoalan pula ya.  Benarkah bisnes online mampu jana keuntungan.Jawapannya bergantung kepada persepsi masing-masing ya. Bagi saya selagi tidak mencuba kita tidak akan tahu potensi diri bukan.

Kesibukan seseorang pada masa kini membuatkan ramai yang memilih untuk membeli-belah di internet atau secara maya. Bisnes online atau maya merupakan jalan mudah, cepat dan sesuai bagi mereka yang sibuk dengan tugasan harian.

Perniagaan secara online kini kian mendapat sambutan dan menjadi  "trend" sebagai medan mengembangkan daya kreatif seseorang. Ada yang menjadikannya sebagai sumber pendapatan sampingan dan ada yang berniaga sepenuh masa.

Menjadi salah satu sumber lubuk rezeki bagi mereka yang berniaga secara maya. Dengan medium internet merupakan satu kepentingan sekarang ini. Dimana-mana kita akan dapat lihat orang ramai melayari internet. Dengan wujudnya bisnes online kita akan dapat membantu orang ramai yang sibuk untuk berbelanja dengan semudah di hujung jari sahaja. 

Ayuh suri atau wanita yang bekerjaya, kita juga mampu meraih kejayaan. Jika benar-benar minat teruskan dan jangan pernah takut untuk menghadapi sebarang risiko atau kerugian.

- Jika kita yakin, semuanya tidak mustahil, bukan?
- Dimana ada kemahuan, di situ pasti ada jalan.
- Jangan mudah putus asa jika di duga dengan pelbagai masalah.




No comments:

Post a Comment