Tuesday, 15 April 2014

Biar Angan-angan Setinggi Bintang

TEKS : NORUL BADRI DAUD
GAMBAR: FOTO GOOGLE


Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.




Entri kali ni nak berkongsi tentang angan-angan atau impian kita. Dulu kalau waktu kita sekolah, pasti akan ditanya oleh cikgu apa cita-cita kita. Pasti ramai diantara kita yang menjawab nak jadi doktor, guru, polis, juruterbang, angkasawan, pensyarah, peguam dan pelbagai jawapan lagi. Jarang kita dengar cita-cita saya bila besar nak jadi seorang ahli perniagaan atau suri rumah yang berjaya.

Saya pasti ada yang berjaya mencapai cita-cita kita idam-idamkan waktu sekolah dulu. Namun, pastinya ada juga yang berpaling kepada cita-cita baru seiring perubahan masa. Cita-cita dan impian adalah satu perkara yang berbeza, walau nampak seolah-olah sama. 

Ada yang berimpian memiliki kereta mewah idaman.

 

 Ada yang berimpian memiliki rumah idaman yang besar, cantik dan selesa.



Ada yang berimpian memiliki duit yang berkepuk-kepuk



Biar apapun angan-angan dan impian kita, tak salah kita meletakkan sesuatu impian dalam hidup kerana segalanya berkemungkinan asalkan ia sesuai dengan kemampuan kita. Dan yang pastinya jika kita berangan-angan besar pasti juga perlukan pengorbanan dan motivasi yang kuat bagi mencapainya. 

Pasti juga kita perlu merangka strategi yang sesuai untuk mencapai matlamat kita itu. Orang-orang yang berjaya dan kaya juga bermula dengan angan-angan. 

Memetik kata-kata dari mentor Irfan Khairi, " jangan pernah takut untuk gagal, sebab kalau "gagal" akan memberi kita pengajaran. Tapi kalau "takut kepada kegagalan" bererti kita tidak mahu ambil langkah pertama pun! Itu adalah penghalang sesuatu kejayaan."

Pesanan untuk diri sendiri juga. Sampai jumpa lagi. 

No comments:

Post a Comment