Showing posts with label Puteri Zahraa Aqilah. Show all posts
Showing posts with label Puteri Zahraa Aqilah. Show all posts

Friday, 23 October 2015

Sekolah Semula Setelah Lama Bercuti Cuaca Jerebu

 Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Peribadi
 
Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.

Salam kasih sayang.
Alhamdulillah. Bersua lagi kita hari ini. Jumaat yang barakah.
Hari ini bermula sudah sekolah, setelah bercuti selama empat hari kerana cuaca jerebu. Sekolah ditutup bermula hari Isnin lagi. Walau pun pendidikan itu penting, namun kesihatan anak-anak adalah lebih penting kan. Cuaca masih lagi berjerebu sebenarnya. Namun mungkin bacaan ipu nya sudah menurun, maka pihak Kementerian Pendidikan berasa wajar sekolah di buka semula.

Alhamdulillah, walau dah bercuti lama anak-anak masih senang bangun awal bila dikejutkan. Cuma nya, bila bersiap tu ambil masa lah juga. Sejuk lah, ngantuk lah macam-macam.
Mama kena tabah layan perangai anak-anak ni. Hehe.

Cerita mengenai anak ketiga kak nb, Zahraa. Teruja dia nak pergi sekolah. Em, pelajar pertama yang sampai ke tadika hari ni, nampak tak betapa terujanya dia. Hehe.  Adik encem Arif pun sibuk nak ikut hantar juga. Mama ni dah jadi supir hantar kakak sekolah, patah balik semula hantar Arif ke rumah. Ops, sebelum balik rumah siap nak upah pula. Nak beli kuih lah, roti jagung la. Aish..macam-macam ragam anak mama ni.


 sibuk nak tolong tulis nama mama pada buku daftar

 si encem Arif yang sibuk nak ikut hantar kakak ke sekolah

 belum mandi pun nak ikut juga

Em, sampai sini dulu ya kak nb coret. Moga-moga lepas ni, azam nak istiqamah update blog kesayangan ni berjaya lah hendaknya.
Terima kasih ya kalian yang masih sudi berkunjung ke blog kak nb. Ianya menjadi dorongan buat kak nb untuk jadi lebih rajin update blog. Semoga ada sedikit perkongsian ilmu yang bermanfaat buat kita. Sudi sudikan lah komen atau kongsi di sini ya. 

Salam sayang. Sampai bersua lagi.

****************************************************
Nak jana pendapatan sebagai pengurus online abdr, boleh pm/call/sms/whatsapp kak nb ya.

Norul Badri Daud
Pengurus Online Abdr
H/p: 019-3615776 
Email: norulbadridaud@gmail.com


 

Tuesday, 4 August 2015

Hari Potensi Kanak-kanak Tadika Kemas Parlimen Selayang 2015

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Peribadi

Assalamualaikum w.b.t

Bismillah.
Alhamdulillah.
Salam 19 Syawal 1436H.
Semoga Allah mudahkan urusan kalian semua pada hari ni. Pada yang sudi singgah menjenguk blog kesayangan cik nb, terima kasih daun keladi. 
Kalian yang terus memberi semangat untuk saya menulis disini untuk berkongsi dan memberi manfaat kita bersama.

Baru sempat nak update kisah hari Sabtu yang lalu.
Hari ni cik nb nak berkisah mengenai puteri kesayangan yang baru lepas menjadi johan secara berpasukan pada hari potensi kanak-kanak tadika kemas pada hari Sabtu (1 Ogos 2015).

Hari Potensi Kanak-kanak Tadika Kemas Parlimen Selayang 2015. 

Puteri kesayangan, Puteri Zahraa Aqilah turut terpilih mewakili tadikanya dalam persembahan gerak kreatif. Apa pula gerak kreatif ni? Gerak yang macam mana eh. Saya sendiri turut suspen, kerana belum tahu corak persembahan mereka. Bila tiba waktunya, bermula persembahan, ooh, ehh begitu rupanya. Si puteri nampak malu malu sewaktu beraksi di depan ramai orang. Alhamdulillah, walau nampak malu malu masih juga ingat gerak langkah yang diajar oleh guru. Selepas ni akan berlatih semula untuk ke pertandingan peringkat daerah Gombak pula. 

Tahniah juga buat guru guru tadika yang bertungkus lumus menjadi tenaga pengajar buat anak-anak cilik ni yang pastinya pelbagai karenah dan ragam. Walau hanya berlatih dalam tempoh lima hari sahaja, masih mampu meraih kejayaan. Semoga akan terus meraih kejayaan di peringkat seterusnya.

Saya kongsikan antara gambar gambar yang sempat di snap pada hari tu. Hp pulak buat hal bateri kong, power bank lupa bawa. Nasib ada gambar ehsan dari group whatsapp tadika.



sesi mekap oleh cikgu yang ohsem 
 

 



yeay..kami lah juara




aksi candid..peace yoo

guru guru yang ohsem


 


Friday, 22 May 2015

Sesi Bergambar

Teks: Norul Badri Daud
Gambar : Foto Peribadi

Bismillah.
Assalamualaikum w.b.t

comelkan anak-anak syurga ni

Alhamdulillah. Alhamdulillah
Hujan pagi dihari yang penuh barakah. Jumaat penghulu segala hari.
Semoga hari indah ini membawa lebih banyak berita gembira dan kejayaan buat sahabat alam maya saya.

Ada yang singgah disini tak? Terima kasih daun keladi.
Ini adalah cerita pada hari Rabu yang lalu. 
Cerita anak yang bersemangat dan  tak sabar nak bergambar bersama rakan-rakan sekolah.
Kisahnya ada sesi bergambar ala-ala graduasi di tadikanya. Seronok dan tak sabar si puteri beta. Hehe.

Bila mama sampai je rumah, parking je kereta, belum sempat lagi keluar dah diketuk-ketuknya pintu kereta. Begitu bersemangat bertanya ada tak cikgu sekolah whatsapp gambar mereka tadi. Alahai la anak ku, excited  sungguh. Saya diamkan je. Biar suspen dulu. Eh.eh, mengusik pulak mamanya ye. Dek kerana kasihan kerana memek muka dah mula berubah, mama pun tunjuk lah gambarnya. Terus bawa henfon mama lari, rupanya nak ditunjuk kan pada opahnya, ayah, abang dan kakaknya. Haishh, excited sungguh. Hehe.

Sampai disini dulu perkongsian saya untuk kali ni ye. Sehingga bertemu lagi, salam kasih sayang. Semoga yang baik-baik untuk kalian yang sudi singgah disini.


*****************************


Nak bina blog seperti saya
Boleh PM saya untuk keterangan lanjut.

Norul Badri Daud
Pengurus Online ABDR
https://www.facebook.com/norulbadri.daud







Monday, 12 January 2015

Selamat Kembali Ke Sekolah 2015...

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Peribadi

Assalamualaikum w.b.t



Alhamdulillah. Hari yang redup dan damai sekali.
Masa sangat pantas bergerak.
Sudah masuk hari ke 12 tahun baru 2015. Sessi persekolahan tahun ni juga sudah bermula hari ni. Rata-rata status rakan fb hari ni, pasti akan teruja bercerita tentang anak kecil yang mula bersekolah. Bagaimana ragam dan keletah hari pertama ni ye.

Bagi saya sendiri juga, pasti akan lalui episod ni. Tambahan pula anak ketiga saya, Puteri Zahraa Aqilah sudah memasuki tadika tahun ni. Alhamdulillah, nampaknya Zahraa seperti teruja untuk ke sekolah pagi ni. Seawal jam 6.30 pagi dah bangun dan mula bersiap. Padahal tadikanya jam 7.30 pagi baru akan mula dibuka. Hehe, nasib lah tak menangis bagai.

 senyum sicomel Zahraa


posing dulu...beratur untuk masuk kelas


suasana dalam kelas..

Sekejap nya rasa masa berlalu. Dah masuk sekolah dah anak kecil mama. Semoga jadi anak yang solehah dan berilmu ye. Semoga semangat untuk menuntut ilmu tak pernah pudar anakku. Mama sentiasa memanjatkan doa pada ilahi, agar anak-anak mama berjaya dunia dan akhirat.