Saturday, 19 April 2014

Jadilah Supermama Hebat

TEKS: NORUL BADRI DAUD
GAMBAR: FOTO GOOGLE


Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.







Belajar dan terus belajar pelbagaikan ilmu. Tuntutlah ilmu walau sampai ke negeri China. Tentu kita semua pernah dengarkan kata-kata itu. Ya, belajar lah kita tak kira tua atau muda, bujang atau dah kahwin. Pelbagai cabang ilmu yang ada untuk kita gali dan belajar.

Entri kali ini nak kongsikan tips atau info bagi kita suri dan wanita bekerjaya untuk jadi `supermama' hebat bagi keluarga kita.

Lumrah wanita dilahirkan sebagai seorang yang penuh lemah lembut, manja dan dikatakan lemah. Namun hakikatnya dan diakui tangan yang menghayun buaian itu bisa menggoncang dunia. Maksudnya wanita bukan sahaja dipandang lemah, namun wanita sebenarnya memiliki kekuatan yang tersendiri.

Haruslah kita ada asas yang kukuh untuk menjadi superwoman mahupun supermama hebat!

1) Penuhilah diri kita dengan pelbagai ilmu, sama ada dunia mahu pun akhirat. Dengan mempunyai ilmu sekurangnya ia membantu dalam apa sahaja cabaran yang bakal dilalui. 

2) Jika terasa lelah, penat, jerih mahupun tidak berdaya, jadikanlah sirah nabi dan rasul sebagai pedoman.

3) Ingatlah apa sahaja kita lakukan jika untuk kepentingan keluarga dan besar manfaatnya nescaya Allah menjadikan ganjaran pahala.


Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita. Sampai jumpa lagi di entri akan datang.


No comments:

Post a Comment