Monday, 21 April 2014

Sabar Itu Perlu

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Google

Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.


Nak suruh orang bersabar sangat senang tapi nak suruh diri sendiri bersabar bukan perkara yang mudah. Kita sering berkata, sabarlah ini dugaan dari Allah bagi hambanya bagi menguji kekuatan iman kita. Senang atau susah untuk bersabar bergantung kepada seseorang, persekitaran dan masa.
Dalam kehidupan masa kini, kita sering kali dihujani dengan pelbagai dugaan dan kadang-kadang kita juga tidak pasti kenapa dugaan yang sedemikian rupa berlaku kepada kita. Adakah kerana kita terlalu banyak dosa dan diuji atau sebaliknya? Sebenarnya kita dituntut supaya bersabar kerana banyak sekali hikmahnya.
 
Manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan jauh sekali melarikan diri dari kesilapan.Hadapi kesilapan dan memperbaiki kesilapan adalah jalan terbaik dalam menyelesaikan masalah. Jika kita tidak mencari jalan, Allah tidak akan membantu kita walaupun air mata darah sekalipun kita menangis


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)
 
 

Jadi,mengapa perlu kita bersedih sedangkan Allah telah pun menjanjikan yang terbaik buat kita sebagai umat manusia. Usahlah bersangka buruk kepada Allah jika kita ditimpa musibah atau bencana kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang perlu diintai.InsyaAllah dengan menjadi hamba yang bersyukur kita akan lebih tenang dalam menghadapi apa jua musibah yang melanda. Bukankah Allah telah menjanjikan darjat yang tinggi jika kita bersabar?

"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang  dicukupkan pahala mereka tanpa batas." (Az-Zumar:10)


=======================================================================





Pendaftaran dan pertanyaan terus melalui saya.

sms / wtsapp : 011-11668841
add saya di facebook : https://www.facebook.com/nurrullz.daud

No comments:

Post a Comment