BIODATA PENULIS

Keterangan diri:
Nama : Norul Badri Bt. Md Daud
Tahun Kelahiran : 1975
Status : Berkahwin
Anak : 4 orang (2 pasang)

Pendidikan:
1) Sek. Keb. Kuala Kupang, Baling, Kedah.
2) Sek. Men. Syed Abu Bakar, Kupang, Baling Kedah. (SRP & SPM)
3) Institut Kemahiran Mara Jasin, Melaka (Certificate)

Email:
norulbadridaud@gmail.com

Pemilik Fanpage:
 https://www.facebook.com/pages/BAULU-Tradisional-Popular/607185732683542  

 Penulis Blog: 
http://norulbadridaud.blogspot.com/ 

Pengalaman Kerja:
1) Latihan Industri di Perunding M&E di Kuala Lumpur
2) Junior Electrical Designer di Perunding M&E di Petaling Jaya
3) Senior Electrical Designer di Perunding M&E di Kelana Jaya  

Kerjaya Sepenuh Masa: 
 Sebagai Senior Electrical Designer Di Perunding M&E di Kelana Jaya


Salam perkenalan pembuka bicara, kepada kalian yang sudi singgah di blog saya yang baru bertapak ni. Saya perkenalkan serba sedikit perihal diri saya bagi kalian yang baru menjengah di blog ni. Dilahirkan di Hospital Baling, Kedah. Merupakan anak ke enam daripada lapan orang adik-beradik. Mempunyai dua orang abang, tiga orang kakak dan dua orang adik. 
Dalam keluarga ada tiga lelaki dan lima perempuan. Sebuah keluarga yang besar,dan di besarkan oleh seorang ibu yang cekal dan tabah setelah pemergian ayah tercinta menyahut panggilan Ilahi. Walaupun menghadapi pelbagai kepayahan setelah kematian ayah, ibu tetap cekal dan tabah dalam membesarkan kami. Alhamdulillah, Allah masih panjangkan usia ibu walaupun menghidapi penyakit tiga serangkai, iaitu lemah jantung, kencing manis dan darah tinggi. Sayang ibu dan sangat menghargai segala pengorbananmu selama ini. Jasamu tak dapat ku balas ibu.

Alhamdulillah telahpun mendirikan rumahtangga hampir 12 tahun yang lalu. Kami dikurnia kan dengan 4 orang anak yang comel, 2 lelaki dan 2 perempuan.


Bertugas sebagai pereka pelan hampir 10 tahun, telah banyak pengalaman pahit manis yang dilalui sepanjang berkhidmat. Pernah menjadi guru ganti selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), menjadi pengasuh untuk anak-anak abang. Dan melakukan pelbagai bisnes secara sambilan seperti menjual pelbagai jenis produk fizikal, makanan dan untuk masa sekarang sedang menjalankan bisnes online secara kecilan sebagai pendapatan sampingan.  

Alhamdulillah rezeki dan rasa sangat bersyukur kerana Allah telah memberi lorong untuk saya. Saya mula berjinak-jinak dalam bisnes jual kuih bahulu, kerepek jejari udang dan tapai secara tidak sengaja. Semuanya bermula apabila saya mencari produk yang boleh di ketengahkan dan rasanya pasti sedap. Mulanya saya hanya membantu jiran saya mencari pelanggan dikalangan kawan-kawan pejabat, saudara mara dan kenalan baru di fb.
Apabila saya terima feedback yang baik dari mereka, maka saya terfikir untuk memasarkan secara online supaya lebih dikenali ramai. Alhamdulillah, permintaan sentiasa ada tak kira masa. Lebih-lebih lagi jika musim perayaan dan cuti sekolah.
Kalau dulu saya hanya iklankan secara sms, rekomen dari kawan atau saudara. Ada juga saya iklankan melalui mudah.my
Kini saya meluaskan lagi promosi dengan mempunyai blog  dan fanpage sendiri.
Disamping produk makanan, saya juga menjadi ahli produk sunnah Annusyrah dan banyak kebaikan yang saya perolehi dengan mengamalkan produk ini, dengan izin Allah jua. Kepada yang berminat mendapatkan produk Annusyrah  boleh hubungi saya.
  
Pelbagai cabaran dan dugaan yang pernah diharungi, namun ianya tidak membuat saya berputus asa dalam meneruskan niat menjadi usahawan. 
 
Harapan dan doa saya semoga terus istiqamah dalam mendalami ilmu dan dapat menjadikan sumber pendapatan dari ilmu yang di pelajari.

Salam kasih & Perkenalan.

Antara Produk Jualan Saya:  



No comments:

Post a Comment