Tuesday 18 October 2016

Mula Bisnes Dropship Dulu

Teks: Norul Badri Daud
Imej: Sumber Peribadi

Assalamualaikum wbt.
Selamat petang.

 Baru berkesempatan menjengah blog kesayangan petang ni. 
Apa khabar kalian hari ni? KakYun doakan moga tetap dibawah lindungan Allah Swt.
Petang ni teringat nak kongsi artikel lama keluaran majalah Mingguan Wanita September 2015. Huii, lama dah kan. Apa lah kakyun ni baru nak hapdate kat sini. 

Baru nak mula berniaga?
Takde modal atau modal nak berniaga tu kecil? Risau je bisnes takleh jalan sebab modal seciput? Dah tu belum punya produk sendiri untuk dijual?


Eerrk! sebenarnya saya pun tak pernah ada produk sendiri untuk dijual. Belum terfikir nak jadi founder produk dengan modal yang ribu riban tu.

Rileks la akak akak.
Sape kata nak mula berniaga ni perlu ada modal besar? Perlu ada produk sendiri. Jika betul kita serius nak bisnes, mulakan je dulu dengan apa yang ada ditangan. Kalau tak ada modal, mulakan dengan FREE marketing. Sifu sifu bisnes pun selalu berpesan perkara yang sama.

Kalau tak ada produk? Jadilah agen dropship dulu, atau gunakan kepakaran atau ilmu yang ada dulu.





Kesimpulannya, tak ada alasan untuk kita tidak mula berniaga. Biarlah kita bermula kecil, namun terus berkembang dan berkembang dari semasa ke semasa. Ambil masa. Bukan hari ni promot, esok dah jem kreng whatsapp kena serbu. Kita bukannya kak Neelofah retis popular tu akak akak naa.

Psss: KakYun dulu pun bermula sebagai agen dropship je taw.
Boleh lah fefeling glemer jap kuar artikel dalam majalah. Hihi.

#KakYun
019-361 5776

Wednesday 12 October 2016

Kepentingan Website Bisnes

Teks: Norul Badri Daud
Imej: Sumber Peribadi

Assalamualaikum wbt
Selamat petang Rabu yang redup dan damai. Rasa macam dah lama tak sharing kat sini kann. Ada yang merindui tak?

Apa khabar kalian hari ini? Moga sentiasa dibawah lindungan Allah swt. Ewahh, tengah sibuk ambil oder yang masuk berdesup-desup eh. Alhamdulillah. Kakyun doakan apa sahaja yang kalian lakukan dipermudahkan dan diberkati. 

Petang camni nak tulis panjang panjang sikit ye. Harap korang sudi baca sampai titik terakhir. Sekarang ni kakyun dengar macam macam ye berkenaan akaun pesbuk kena hack la, insta kena hack la. Huii, sayang kan kalau akaun pesbuk dan insta kita tu yang dah ramai follower macam retis popular tetiba hilang dari pandangan sebab kena hack. Menangis bucu katil juga kan nak kumpul semula follower yang ribu riban tu. Sobs. Sobs. Dannn, yang best paling stabil setakat ini adalah BLOG.

Rata-rata otai bisnes  juga pasti berpesan pada nubis macam kita untuk membina website rasmi bagi bisnes kerana ianya satu kelebihan. Sebetulnya bermula tanpa website pun boleh je, namun mempunyai website menjadikan kita lebih bersedia.
Website boleh membantu jika kita dalam keadaan super sibuk dan tidak bersedia untuk memberikan penerangan panjang lebar dalam talian.

Contoh mudah. Situasi jika kita tengah memandu :

Semasa tengah fokus memandu. Ada panggilan telefon berdering.

Kakyun : "Assalamualaikum".

Bakal prospek : " Waalaikumussalam. Hai, saya Puan Rina dari Petaling Jaya. Boleh saya tahu lebih detail apa itu ABDR? 

Kakyun : "Hai puan, saya kakyun. Puan nak bertanya dahulu atau nak terus daftar ya?"

Bakal prospek : " Saya nak tahu dahulu apa itu ABDR." 

Kakyun : Saya sedang memandu. Sukar nak jelaskan lebih detail. Boleh puan baca dahulu di website saya.

Bakal prospek : "Boleh. Apa laman webnya ya?"

Kakyun : www.norulbadridaud.blogspot.com. Puan Rina boleh baca dahulu ya. Jika ada yang kurang jelas boleh whatsapp saya. Terima kasih   

Bakal prospek : Ye, baik. Sama-sama. 

Haa, senangkan. Jika kita mempunyai website mempunyai banyak kelebihan. Walaupun bukan kewajipan namun adanya website merupakan salah satu tool marketing yang sangat berkesan. Jadi, jomm mulai sekarang kita belajar bina sendiri website bisnes kita. Agar apa apa perkongsian bisnes kita tetap selamat dalam bank penulisan kita di website. Jangan nanti menangis tak henti henti status kita di insta dan pesbuk hilang kena hack. 

Sampai jumpa lagi. Moga ada yang bermanfaat ya. 
Salam kasih sayang.

#Kakyun
019-361 5776 




Wednesday 10 August 2016

Happy Hour Yang Perlu Di Grab

Teks: Norul Badri Daud


Assalamualaikum wbt
Selamat petang semua.

Alhamdulillah. Hujan lebat membasahi bumi Kelana Jaya. Syukur Ya Allah dengan nikmat yang Kau kurniakan. 

Ehemm, sejak dua hari ni KakYun tak sempat nak join sembang-sembang dalam group coaching bersama cikgu Hajar Abdullah di telegram.
Boleh buka sekejap sekejap saja baca perkongsian agar tiada ilmu yang dikongsikan terlepas dari pandangan.


Rupa-rupanya ada pengumuman dari cikgu Hajar Abdullah. Ada yang nak tahu ke?

Okey sebenarnya, cikgu Hajar yang kiut lagi chumel tu yang selalu guna ‪#‎PenulisCinderella‬ tu buat pengumuman kat group. Akan ada sesi happy hour untuk Ebook 10 Teknik Soft Selling Power Di Facebook. Bila tu? Tungguuu taw.

Wowww. Tentu best kan dapat peluang shopping time happy hour. Macam selalu kat Jakel buat sesi happy hour tu. Berebut-rebut orang berkerumun nak membeli. Haa, jangan lupa set kan masa yang ditetapkan. Dua jam saja masa yang di bagi taw. Takut-takut ada yang sobs sobs tepi bucu katil sebab terlepas peluang ni.

Jangan cakap KakYun sombong tak bagitau awal. 

Psss: Malam ni jam 9.00 hingga 11.00 malam taw happy hour. Diskaun 50% untuk siapa yang nak dapatkan Ebook 10 Teknik Soft Selling Power Di Facebook. Tunggu kod diskaun dari saya ye.

Boleh picit link kat bawah jika nak intai content ebook 

>>> http://bit.ly/TeknikOhsemSoftselling
>>> http://bit.ly/TeknikOhsemSoftselling
>>> http://bit.ly/TeknikOhsemSoftselling

Saturday 6 August 2016

Selamat Hari Minggu

Teks: Norul Badri Daud
Imej: Sumber Peribadi

Assalamualaikum wbt
Selamat pagi. Selamat berhari minggu semua. Moga hari minggu kalian ceria ceria ya. Dah bersarapan pagi ke?

Apa aktiviti kalian hari ni ye? Boleh kongsi kat sini jika sudi. 

KakYun dah plan dari semalam lagi nak masak laksa. Hehe, harap-harap tercapai lah plan ni. Rasa macam teringin jek nak makan laksa. So, nak kena pegi pasar la kejap lagi cari bahan-bahan nak buat kuah laksa nanti. 


 

Friday 5 August 2016

Kongsi Idea Nak Tulis Blog Plisss

Teks: Norul Badri Daud
Imej: Sumber Peribadi

Assalamualaikum wbt
Selamat petang. 

Salam Jumaat yang barakah. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah.
Alhamdulillah. Redup dan nyaman je cuaca hari ni.  Tengahari tadi kat pejabat je KakYun. Perut rasa lapar, namun kaki malas turun pegi kedai untuk membeli makanan. Makan biskut cicah air milo ja la nanti. Hmm, tak bagus kan sifat malas camni. Keh keh keh

Sebetulnya banyak yang KakYun nak kongsi dalam blog kesayangan ni. Namun, idea nak menulis tu kadang-kadang tak mau timbul lagi. Hehe hamboii, KakYun ni banyak ehh alasan. Padahal dah belajar pun dalam kelas blog bersama ABDR, cara mengumpul idea. Sediakan buku nota kecil, tulis lah catatan sepanjang hari yang kita lalui. Kan pelbagai peristiwa kita lalui setiap saat dan masa setiap hari. Ada sedih, lucu, gembira, bahagia, marah dan macam-macam lah. Tulis jek point point dulu, pastu ambil masa bertenang karang la jadi ayat. Haa, senang je kan. 

Okey. Kakyun kongsikan cara ye, kalau betul dah kekeringan kekontangan idea nak tulis boleh jek cari `popular quote' atau `kata-kata mutiara' yang kita rasa best. Kita kongsikan dengan rakan-rakan tambah lah sikit perisa bagi sedap seperti gula batu, air sirap bandung ka bagi lagi manis. Tak  pun, boleh juga jalan-jalan kat blog rakan-rakan lain baca baca dulu cerita mereka. Mana taw kan, tetiba ting ting ting idea mencurah-curah datang. Haa, okey tak idea KakYun? Hehe

Satu lagi KakYun dapat dari perkongsian Cikgu Hajar Abdullah. Zikir. Ya dengan amalkan zikir Ya Musowwir, Ya Alim, Ya Halim, Ya Rashid sebelum mula menulis.

Sampai sini dulu perkongsian hari ni. Moga ada yang bermanfaat. 

Salam sayang.

#JanganKecamSaya
Hehe


 
 
Nak belajar ilmu soft selling. Klik jer link kat bawah

>>> http://bit.ly/TeknikOhsemSoftselling  
>>> http://bit.ly/TeknikOhsemSoftselling
>>> http://bit.ly/TeknikOhsemSoftselling 


Thursday 4 August 2016

Superbest Sedut Ilmu Soft Selling

Teks: Norul Badri Daud
Imej: Sumber Peribadi

Assalamualaikum wbt
Selamat petang. 

 Okey, seperti yang dijanjikan semalam KakYun nak hapdate tentang kelas online soft selling kan hari ni.  Semalam kelas bermula jam 9.45 malam dengan topik yang di pilih "siapa kastemer segmen anda".

KakYun memang la eksaited nak timba ilmu. Sebabnya, rasa masih belum jelas lagi tentang ini.


 topik cikgu dah bagi awal

sape free masa boleh join 2 kaki

dalam dok berborak dah terselit ilmu. Hehe
ada juga tips yang dikongsi cikgu.

Contoh soft selling yang KakYun siapkan semasa kelas berlangsung.

Okey dah selesai kelas
Alhamdulillah. Barulah KakYun jelas tentang kastemer segmen ni. Perlu lebih spesifik dengan target kastemer kita. Bukan main sembrono jek iklan. Terima kasih cikgu Hajar Abdullah.
Lepas ni kena lebih rajin asah skill buat ayat soft selling untuk pikat kastemer. Tak adalah orang meluatkan baca iklan kita. Walau menjual namun tak perasan kita menjual. Hehe, chaiyokk KakYun. Ukenduit.
Sampai sini saja untuk hari ni. Jumpa lagi nanti. 
Salam sayang. 
Psst: Berita baik untuk kalian yang nak join 2 kaki sedut ilmu dalam group telegram ni, nanti boleh dapatkan ebook cikgu Hajar ye. Dengarnya bakal ada kejutan untuk kalian. Tungguuu, hari Rabu depan bakal di umumkan.
Klik jer link kat bawah ye

>>> http://bit.ly/TeknikOhsemSoftselling 

>>> http://bit.ly/TeknikOhsemSoftselling
>>> http://bit.ly/TeknikOhsemSoftselling 

Wednesday 3 August 2016

Jomm Belajar Online Storitelling Bersama Cikgu Hajar Abdullah.

Teks: Norul Badri Daud
Imej: Cikgu Hajar Abdullah

Assalamualaikum wbt.
Selamat petang.

 Baru berkesempatan menjengah blog kesayangan petang ni. Tetap juga mencari waktu, walau dilanda kesibukan dengan kerja hakiki di pejabat. 

Apa khabar kalian hari ni? KakYun doakan moga tetap dibawah lindungan Allah S.W.T.

Okey, malam ni KakYun ada kelas online Storitelling jam 9.45 malam, bersama cikgu Hajar Abdullah atau PenulisCinderella di group aplikasi telegram taw. Kelas ni kami dapat percuma bila dah beli ebook cikgu Hajar 10 Teknik Soft Selling Power Di Facebook. Moga dapat luangkan masa dan hadam ilmu yang bakal dikongsi nanti. Tak sabar rasanya nak tunggu malam. Hehe.


Nanti Kakyun hapdate lagi ya. Sampai jumpa lagi.

Salam Sayang.

Pssst: Ada yang nak tahu apa itu softselling klik link dibawah.

>>> http://bit.ly/TeknikOhsemSoftselling 
>>> http://bit.ly/TeknikOhsemSoftselling
>>> http://bit.ly/TeknikOhsemSoftselling 
 

Tuesday 2 August 2016

CABARAN OGOS, MENULIS SEHARI 1 ENTRI

Teks: Norul Badri Daud
Imej: Sumber Google

Assalamualaikum wbt.
Selamat petang Selasa yang ohsem.

Alhamdulillah. Sudah masuk bulan Ogos. Terasa pantas sekali masa bergerak. Bulan Ogos ni KakYun cukup suka, hehe. Yelah bulan ni adalah bulan kelahiran KakYun beserta dua orang anak kesayangan KakYun.



Amboiii, rajin nya KakYun hapdate blog hari ni. Hehe, jangan tak tau ye sebenarnya bermula hari ni tim protege dan alumni bawah pemantauan cikgu Anys Idayu aka cikgu Aiz ada cabaran Ogos MENULIS SEHARI 1 ENTRI. Doakan KakYun agar dapat panaskan enjin dan memecut kuasa turbooo ya.

Bagusnya ada cabaran seperti ni, mampu mengasah kembali skill penulisan yang mula lemau ni. Begitu banyak sebenarnya tips dan manfaat yang KakYun perolehi bila sertai Akademi Bekerja Dari Rumah ni. Daripada seorang zero dan pemalu nak berbisnes, dah nampak la perbezaan selepas bersama tim ABDR ni. Syukur sangat. Psss, mungkin banyak sangat makan ketupat lemang masa raya KakYun ni kan. Okey, tak mau lemau lemau lagi lepas ni, kita terus pecut turboo gitew.

Kita sahut CABARAN OGOS, MENULIS SEHARI 1 ENTRI.

 Sampai sini ye untuk hari ni. Moga dapat jumpa lagi di hari esok dan seterusnya. InsyaAllah.
KakYun doakan semua rakan yang singgah baca entri ini akan kaya berjaya dunia dan akhirat.

Salam sayang. 

KakYun
019-3615776
 

Monday 4 July 2016

Salam Aidil Fitri 2016

Teks: Norul Badri Daud
Imej: Sumber Peribadi

Assalamualaikum wbt

Selamat petang. Salam 29 Ramadhan. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk melalui hari-hari terakhir ramadhan. Moga ramadhan kita tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya.

Tinggal tak berapa hari lagi kita akan menyambut hari raya. Di kesempatan ini KakYun  ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada kalian & keluarga.

Andai ada sebarang kesilapan dan kekurangan KakYun dalam menyampaikan berita dan informasi dalam blog ni, mohon maaf dari semua. Moga ukhwah kita tetap terjalin selamanya.

Selamat pulang berhari raya. Pandu cermat, jiwa selamat. Takkan lari ketupat dan rendang yang dikejar itu. Heh!

Selamat hari raya, maaf zahir & batin.
  




#KakYunEmas
019-3615776

Thursday 16 June 2016

BINA BISNES KREDIBILITI DI MEDIA SOSIAL BERSAMA GSL

Teks: Norul Badri Daud


Assalamualaikum wbt

Selamat petang. Salam sebelas Ramadhan. Alhamdulillah. Kita semua dah berjaya mengharungi cabaran fasa pertama berpuasa. Syabas. Semoga kita semua terus berjaya dan istiqamah. InsyaAllah. Aamiin.  

Wahhh,  tahniah Tuan Khairul Zahrin Abd Karim dan Team GSL. Hari ni 16 June 2016, keluar lagi dalam paper. Kali ni kat Harian Metro pulak, ruangan bisnes taw uolls.

 Jap nak tanya, pernah kenal dan dengar tak mengenai abang ensem Tuan Khairul Zahrin Abd Karim? Haa, betul lah yang pengasas Group Support Like (GSL) tu.

Jujurnya KakYun nak bagitaw ni, dari bulan May tahun 2015 lagi dah tengok fenomana GSL ni. Namun biasalah nama manusia ni, suka bebenor tunggu dan lihat. Lambat bertindak. Alhamdulillah. Terbuka jua akhirnya pintu hati selepas hampir setahun diketuk. Hehe. 

KakYun join Group Support Like (GSL) batch Satria pada Mac 2016.  Dengan tajaan seorang insan yang hanya di kenali melalui alam maya. Jazakallah sahabat Anys Idayu Zakaria, budimu tetap ku kenang.
Alhamdulillah, rakan-rakan batch Satria ni juga mesra bersilaturahim di group telegram taw.

Kenapa, dah terbuka hati nak join GSL ni?

Pertamanya, KakYun cabar diri sendiri untuk perbaiki diri agar lebih maju dari sebelumnya. Buang rasa takut, rendah diri dan malu. Belajar bina keyakinan diri dan penjenamaan diri yang baik. Belajar untuk jadi seperti katak pekak. Tahu kan cerita ni. Alhamdulillah. Berada dikalangan kawan-kawan baru yang setiap hari menyebarkan aura positif. Kesannya, KakYun jadi seorang yang positif.

Pelbagai ilmu baru boleh kita serap dari semua ahli bila bersama GSL ni. Umpama kanak-kanak tadika yang baru kenal alam persekolahan. Banyak sekali ilmu yang dikongsi. Bukan calang-calang orang yang menyertai GSL ni. Ada founder-founder produk, ada usahawan berjaya, ada lawyer juga taw. Ada yang berjaya bina rangkaian bisnes baru hanya melalui platform GSL ni. Best ke best.

Bukan lah bila join GSL ni, duduk duduk goyang kaki pastu berangan diva, sekali pos status nak semua fren fesbuk Like & Komen. Memang tak lah kan. Bukan hanya tunggu dan lihat ja taw. Namun yang pasti perlu lah ikut prosedurnya kan. Bila kita bernetworking dan bertemu ramai kawan, InsyaAllah ilmu juga automatik dapat ditambah. Kalau yang berbisnes pula InsyaAllah, jalan untuk mencari rezeki juga pasti terbuka luas.

Kesan baik selepas bersama GSL:
1) Saya lebih positif
2) Bertambah keyakinan diri
3) Branding diri yang betul
4) Pelajari ilmu baru setiap hari
5) Bertemu dengan ramai rakan usahawan yang berjaya

Okey. Cukup ye 5 kesan tu. Yang pasti sesapa yang ada join GSL ni pasti tahu impak maksimanya. Hehe. Terima kasih kepada Tuan Khairul Zahrin Abd Karim yang mencetuskan idea ini. Semoga terus berjaya dalam mencapai misi dan visi.

*********************************************

Psss: Ada yang nak join GSL, boleh whatsapp KakYun kita sembang-sembang ye.

#KakYunEmas
  019-3615776






Friday 3 June 2016

Marhaban Ya Ramadhan

Teks: Norul Badri Daud
Imej: Sumber Google

Assalamualaikum wbt
Selamat petang.

Salam Jumaat penghulu hari. Hari yang penuh dengan keberkatan. Hari ni merupakan Jumaat terakhir sebelum menjelang Ramadhan 1437H / 2016. 

Sempena Ramadhan yang bakal datang tak berapa hari saja lagi, Nuyun mohon ampun maaf pada kalian yang sudi singgah di blog ni. Mana lah tahu dalam tak sedar Nuyun telah mencoretkan sesuatu yang melukakan hati kalian yang membaca. 

Moga Ramadhan tahun ni kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna dan dipenuhi dengan amal ibadat di dalamnya. Insya Allah. Aamiin.

"Marhaban Ya Ramadhan"

Semoga kita selalu diberkahi dibulan yang penuh mahrifah ini.




http://bit.ly/SuperBestSoftSelling




 

 

Wednesday 1 June 2016

Lakukan Tindakan Dari Sekarang

Teks: Norul Badri Daud


Assalamualaikum w.b.t
Selamat petang.

Fuhh. Hari ni dah masuk 1hb nampaknya. Dah masuk bulan Jun.  Kita sudah berada separuh tahun 2016! Dah ada yang tercapai ke separuh azam awal tahun hari tu. Bagi Nuyun, Alhamdulillah ada beberapa azam yang telah tercapai. Namun, masih lagi belum berpuas hati. Perlu berusaha lagi, untuk target capai azam yang lebih besar. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim semoga Kau permudahkan Ya Allah.

Sebetulnya tiada satu hari pun yang kita temui, diri kita benar-benar sudah bersedia. Jalan terbaik adalah memilih melakukan tindakan dari sekarang. Betul atau salah, InsyaAllah kita akan belajar perbaiki untuk jadi lebih baik di sepanjang perjalanan hidup yang kita lalui.

#KakYongEmas

*************************************

Psss: Ada yang nak belajar storitelling untuk bisnes. Boleh picit link di bawah ye
http://bit.ly/SuperBestSoftSelling