Tuesday 8 October 2019

Mohon lebih konsisten lepas ni..

Ya Tuhan. Asyik tertangguh-tangguh saja nak menulis di sini. Betul lah kata orang. Kerja bertangguh ni akan meleret-leret jadinya. Dari sehari, ke sehari. Lepas tu terlupa.
Moga lepas ni, bina sikap yang lebih baik. 

Apa khabar kalian? Sudah masuk bulan Oktober 2019. Moga apa-apa saja yang kalian rancang sentiasa dipermudahkan. Pejam celik pejam celik dah tak lama lagi jengah tahun baru pula.
Bukan mudah juga sebenarnya nak konsisten menulis ni. Lagi-lagi yang tak berbakat macam saya. Memang agak sukar dan mencabar. Nak menulis yang kreatif lagi lah. Namun saya masih bersemangat untuk menulis di sini. Kerana dengan menulis mampu melepaskan rasa stress secara tak langsung. 

Sampai sini dulu. Nanti jumpa lagi. Terima kasih yang sudi singgah diblog saya ini. InsyaAllah. Saya masih lagi belajar untuk menjadi seorang penulis yang baik. Jika ada kekurangan di sana sini mohon maafkan.
Salam petang Selasa yang dingin.

1 comment:

  1. Salam sis. Sis ada eBook? Kalo ada, Wasap saya sekiranya sis berminat utk marketkan eBook sis di portal web saya. Wasap saya Wasap.my/601121870144/portalebook

    ReplyDelete