Showing posts with label Selamat Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Selamat Hari Raya. Show all posts

Wednesday, 23 September 2015

Hari Raya Aidiladha Khamis bersamaan 24hb September 2015 / 10 Zulhijjah 1436H

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Sumber Google

Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.


 Hari Raya Aidiladha Khamis bersamaan 24hb September 2015 / 10 Zulhijjah 1436H
 


Salam Rabu yang indah. Cuaca redup dan tenang petang ni.
Semoga ceria dan bahagia hendaknya, sahabat pembaca maya yang sudi singgah disini.
Melepasi minggu lalu yang tak produktif. Keadaan kesihatan sedikit terganggu dek kerana cuaca berjerebu. Alhamdulillah, kini dengan izin Allah kesihatan dah semakin baik.

Esok adalah cuti umum Hari Raya Aidiladha yang jatuh pada hari Khamis bersamaan 24hb September 2015. Dikesempatan ini saya dengan rendah hati ingin mohon ampun maaf segala kekhilafan, kekurangan dan kelemahan dalam perkongsian ilmu samada di muka buku atau blog saya ni. Semoga ukhuwah yang terjalin berkekalan. Terima kasih tak terhingga untuk kalian yang sudi. 

Ada yang pulang ke kampung halaman ke? Saya doakan semoga perjalanan pulang dan kembali sahabat semua dilindungi Allah selalu. 

Oh ya, jika ada pertanyaan mengenai abdr boleh terus whatsapp saya ye. Cuti-cuti raya macam ni memang tak sempat lah nak  buka muka buku atau blog ni.

Salam kasih sayang.
Norul Badri Daud
Pengurus Online Abdr
Email: norulbadridaud@gmail.com
sms/whatsapp: 019-3615776
 
 

 

Thursday, 23 July 2015

S.E.L.A.M.A.T H.A.R.I R.A.Y.A 2015!

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Sumber Google

Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.



S.E.L.A.M.A.T  H.A.R.I  R.A.Y.A!
Alhamdulillah. Salam 7 Syawal 1436H.
Rasanya belum terlalu lambat nak ucapkan selamat hari raya. Lambat sikit wish, tapi tak apakan masih lagi bulan raya kan. Selamat meraikan Syawal yang mulia. 

Maaf sangat lama tak update blog ni. Hari ni hanya nak ucap raya je ye.
Di kesempatan ini, saya ingin menyusun jari, memohon ampun maaf andai ada salah silap saya. Saya insan biasa yang tak lari dari melakukan kesilapan. Oleh itu, harap kalian dapat maafkan saya ye.
 
Kosong-kosong naa.

Selamat bertugas kepada sesiapa yang sedang bekerja. Selamat berniaga kepada sesiapa yang berniaga. Semoga hari anda lebih baik daripada semalam.