Thursday, 10 April 2014

Kenyangnya Perut

TEKS: NORUL BADRI DAUD
GAMBAR: FOTO GOOGLE


Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.






Syukur Alhamdulillah, perut dah kenyang diisi dengan nasi putih berlaukkan peria goreng dan kari ayam dengan harga RM6.40. Itulah realiti zaman sekarang. Dimana-mana pun kita akan dapat rasa yang perbelanjaan akan semakin bertambah. Ayuh teman suri semua, jadikan blog sebagai sumber pendapatan sampingan kita. Jangan terlalu mengeluh dengan segala kenaikan harga barang dan sebagainya. Tapi kita bangkit lah mencari potensi diri dengan menggunakan blog sebagai sumber pendapatan.

Peranan blog begitu penting pada masa kini kerana perkembangan internet yang semakin rancak. Walaupun ada pelbagai lagi medan jualan internet percuma yang lain seperti facebook,twitter dan instagram.

Kita akan mendapat pelbagai manfaat apabila kita memiliki blog. Bukan hanya wang ringgit semata-mata, tetapi juga dapat jalinkan jalinan persahabatan dengan pengunjung blog kita. Selain itu, secara tidak langsung dapat membina kreabiliti untuk menarik kepercayaan orang ramai terhadap perniagaan yang kita jalankan.

Berminat untuk mengetahui bagaimana kelas online dijalankan, jangan tunggu lagi mendaftarlah dengan saya.


sms / wtsapp : 011-11668841


No comments:

Post a Comment