Friday 16 May 2014

TERIMA KASIH CIKGU

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Google


Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.

Salam Jumaat yang penuh keberkatan. Syukran. Syukran Ya Allah. Alhamdulillah, atas segala nikmat dan nafas yang Kau berikan Ya Allah. Semoga perjalanan hidup kita hari ini lebih baik daripada semalam dan diberkati serta dilindungiNya.

Hari ini adalah istimewa buat insan yang bergelar guru, pendidik dan pelbagai lagi gelaran yang biasa kita dengar. Hari guru yang jatuh pada 16 Mei akan sentiasa dikenang bagi mengingati jasa guru yang mendidik kita dan anak-anak kita pada hari ini. Tanpa mu cikgu siapa la saya. Jasamu tetap ku kenang ke akhir hayat.

Untuk guru-guru yang pernah mendidik saya, juga buat abang, kakak, saudara-mara, sahabat handai yang bergelar guru. Hanya ucapan `Selamat Hari Guru' dan iringan doa buat kalian ku titipkan. Semoga kalian terus bersemangat mencurahkan bakti dalam mendidik pewaris bangsa.

Untuk team guru online ABDR, `Selamat Hari Guru'. Semoga jaringan dan perkongsian ilmu dari kalian terus berkembang.



=======================================================================
Kelas asas blog dan penulisan

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a.. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih 100 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f.Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.


Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia.


https://www.facebook.com/nurrullz.daud
Norul Badri Daud
Email: norulbadridaud@gmail.com
Sms/WhatsApp: 011-11668841

No comments:

Post a Comment