Gambar: Foto Peribadi
Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.
Alhamdulillah. Hari ni sudah boleh melakukan tugasan dengan selesa. Aircond dah siap repair semalam. Tengahari tadi tak keluar makan hanya bersantai-santai kat pejabat sambil blogwalking blog rakan-rakan ABDR. Dah semakin ramai yang join group ni. Alhamdulillah, semoga kita semua dapat berkongsi ilmu dan pengalaman disini.
Teringat pula nak kongsi cerita sempena cuti hari pekerja 1 May 2014 Khamis lepas. Saya sebenarnya balik kampung di Baling, Kedah. Abang yang sulung mengadakan kenduri kahwin anak lelaki sulungnya. Saya balik bersama adik yang bongsu dan isterinya, kerana en. suami dan anak yang sulung tak ikut.
Kami bergerak dari Kuala Lumpur jam 7.00 pagi dan sampai di kampung saya jam 1.30 petang. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan tak ada halangan.
Kenduri sebelah pihak perempuan hari Sabtu 3 May 2014. Em, sama pula dengan hari lahir anakku yang ke 3, Puteri Zahraa Aqilah. Sibuk si kecik tu minta dibelikan kek hari lahirnya. Adikku yang sponsor kek hari jadinya warna purple, gambar durable princess. Suka betul Zahraa dengan kek tu. Terima kasih mak njang sponsor kek.
Kek purple yang sedap sekali
Tapi, oleh kerana dah kepenatan hari tersebut kami sambut ala kadar je keesokan harinya. Kelam kabut juga, mana nak pergi kenduri mana nak potong kek lagi. Hihi, sempat potong kek sekejap terus pergi ke majlis kenduri, kerana nak membantu apa yang perlu.
Jom layan gambar dulu.
simple je kan
Nanti sambung lagi ya. Tunggu.
No comments:
Post a Comment