Wednesday, 7 May 2014

Bersalin Alami?

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto ABDR


Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.



Pengalaman Pertama

Izinkan saya menceritakan pengalaman bersalin. Ternyata perjuangan sebenar bagi seorang perempuan adalah setelah dia berkahwin.

Pengalaman ketika menunggu waktu untuk melahirkan anak pertama sangat mendebarkan. Orang kata sakit sangat. Ada orang lain kata seperti sakit senggugut tapi 10 kali ganda lebih dasyat. Aduhai, berdebar sangat rasa apatah lagi masa tu kandungan dah mencecah 38 minggu.

Selepas keluar tanda bersalin iaitu tompokan darah yang sedikit, suami bawa ke hospital. Malangnya hospital di Putrajaya dan sekitarnya tidak terima masuk sekiranya bukaan serviks di bawah 3cm. 


"Bagaimana nak tahu bukaan serviks itu sudah 3cm dan lebih?" 


Begitulah soalan saya kepada doktor. Kira-kira sudah 3 kali saya asyik berulang alik ke hospital kerana menyangkakan sudah hampir bersalin. Pada masa tu, dah mula rasa perut kejang dan sakit.

Justeru kami terus ambil keputusan mahu pulang ke kampung. Dalam perjalanan, saya elok sahaja. Tak pula sakit. Pada tengahari keesokan harinya, saya pergi ke Hospital Pontian dan diterima masuk ke sana. Jururawat suruh masuk sahaja lagipun di dalam wad lengang sahaja. Duduk-duduk rehat katanya.

Memang betul saya duduk-duduk rehat sahaja. 2 hari 2 malam bercuti di hospital. Makan, tidur, baca Al-Quran dan solat apabila tiba waktu solat. Sekali sekala saya dukung bayi yang baru dilahirkan. Cium kuat-kuat. Comel! Subhanallah...

Kesakitan yang Tenang

Kisah semangat ini bermula apabila rakan sebilik saya yang juga seorang ustazah mahu melahirkan anaknya yang ketiga. Pada malam kedua saya di sana, beliau memberitahu saya akan gerak hatinya mahu melahirkan anaknya pada malam ini. Hati ibunya gelisah kerana sudah 2 hari meninggalkan rumah. Apa cerita pada 2 anaknya yang lain itu.

Saya melihatnya hanya terbaring mengiring sahaja. Kadang-kadang duduk mahu minum air. Beliau mengiring ke arah saya. Saya melihat wajahnya dengan jelas. Beliau selalu menutup matanya. Tapi bukan tidur. Beliau sedang bercerita pada saya akan nikmatnya menjadi seorang ibu. Saya sedang mendengar ceramah agama 'live' daripada seorang ibu yang bertarung kesakitan mahu melahirkan anak! 


Saya teringat-ingat wajahnya yang manis itu. Banyak tersenyum apabila berkata-kata. Tiba-tiba beliau turun dari katil dan segera betulkan kainnya. Kainnya basah! Baru saya tahu itulah air ketuban. Banyak hingga menitik ke lantai. Saya tawarkan diri mahu memanggil jururawat. Ketika itu sudah pukul 4 pagi. Kami tak tidur malam itu. Beliau menolak kerana mahu berjalan sendiri. Beliau jalan perlahan-lahan.

Saya hanya melihatnya berjalan sehingga beliau masuk ke bilik bersalin. Tak sampai 15 minit, saya terdengar suara bayi menangis.

Allahuakbar!

Selepas subuh, apabila beliau masuk sahaja ke bilik, saya dengan tak sabarnya bertanya padanya dengan soalan bertalu-talu.

"Akak, senangnya bersalin! Tak sakit ke?" 

Beliau tersenyum sahaja. Beliau berdoa semoga saya bersalin sebelum beliau dibenarkan keluar. Beliau mahu membimbing saya.

Tengahari itu juga saya sudah terasa sakit. Sakit yang tak pernah dialami sebelum ini. Menggeletar gigi dan seluruh tulang mahu menahan rasa sakit ini. Air mata keluar tanpa sedar.
 
Pukau
Kakak sebilik tadi terus menerus memukau saya dengan alunan zikir. Beliau menyuruh saya berzikir bersama-sama. Kata-kata nasihat terus menerus masuk ke telinga saya. Masyaallah, sampai sekarang masih terngiang-ngiang nasihatnya sepanjang tempoh paling getir dalam hidup saya.

Pada masa inilah, kurma masuk ke mulut saya terus menerus. Sentiasa mengunyah kurma sepanjang masa. Apabila dahaga, minum air masak sahaja. Begitulah pesannya.


Bersalin
Alhamdulillah, suami dapat menemani saya ketika di dalam bilik bersalin. Rupa-rupanya bayi saya berada pada kedudukan mendongak. Maka, saya mengambil masa 1 jam ketika proses mahu meneran. Sangat lama. Alhamdulillah, jururawat bagi saya masa dan tak paksa ketika proses mengeluarkan bayi. 

Saya sangat bertenaga pada waktu tersebut. Malah, sehingga waktu selepas melahirkan. Saya aplikasikan juga teknik memakan kurma semasa mahu melahirkan anak kedua. MasyaAllah, kali ini lebih dan sangat bertenaga. Yelah, 2 kotak kurma saya makan. 

Rasa bersalin kali kedua, perasaannya sama sahaja seperti selepas membuang air besar. Tak sakit dan rasa lega sangat kat perut! Boleh baca cerita saya bersalin anak kedua di sini. Tetapi, awas ceritanya sangat panjang berjela.

Subhanallah. Segala pujian hannya milik Allah.

Baca lagi 9 pengalaman menarik ibu-ibu yang telah melalui proses bersalin alami yang menyeronokkan. 



Berkuasa Pada Proses Kelahiran 
Bersalin Sangat Indah dan Seronok 
Bersalin Normal Selepas Pembedahan 
Bersalin Alami di Rumah 
 Bersalin Alami di Hospital Kerajaan 
Bersalin Alami Seorang Diri 
Bersalin Alami Selepas Trauma Kelahiran Lalu 
Bersalin Alami Mencipta Aura Positif dalam Diri 
Bersalin Alami Spontan dan Cepat 
Cerita Bersalin Alami dari Bidan ‘Maya’ 




 
Ebook Bersalin Alami
Hanya RM 25 SAHAJA
Terus tempah di sini 
http://norulbadridaud.blogspot.com/p/blog-page_24.html





1          APA ITU BERSALIN ALAMI      

1.1  Cinta Melahirkan Cinta

1.2  Bertuah Menjadi Wanita

1.3  Cerita Seram Ibu Mengandung

1.4  Kenapa Bersalin akan Rasa Sakit?

1.5  Sistem Superb dalam Badan

1.6  Budaya Bersalin

1.7  Rahsia Buang Rasa Takut

1.8  Selamat Tak Bersalin?

1.9  Sejarah Bersalin Di Sisi Islam

1.10    Trend Beralin Generasi Y

1.11    Jihad Bersalin

1.12    Proses Bersalin

2          PERSEDIAAN ASAS

2.1  Rancangan Bersalin (Birth Plan)

2.2  Teman Bersalin

2.3  Sokongan Suami

2.4  Kumpulan Sokongan

2.5  Persediaan Mental

2.6  Kelas Persediaan

2.7  Senaman Semasa Mengandung

2.8  Tawakal

2.9  Pemakanan Semasa Mengandung


3          TEKNIK BERSALIN ALAMI

3.1  Teknik Urutan

3.2  Teknik Pernafasan

3.3  Bebas Bergerak

3.4  Teknik Imaginasi

3.5  Teknik Bertenang

3.6  Induksi Semulajadi

3.7  Teknik Psikologi

3.8  Ayat Afirmasi

3.9  Kaedah Bersalin Alami

3.10   Teknik Akupuntur


4          PENGALAMAN BERSALINKU YANG INDAH

4.1  Berkuasa Pada Proses Kelahiran – Nuraliyah

4.2  Bersalin Sangat Indah dan Seronok - Ashila

4.3  Bersalin Normal Selepas Pembedahan – Nor Sakinah

4.4  Bersalin di Rumah – Tini Wirdas

4.5  Bersalin di Hospital Kerajaan – Iryani Ahmad

4.6  Bersalin Alami Seorang Diri - Noradlie

4.7  Bersalin Alami Selepas Trauma Kelahiran Lalu – Meidy Katrin

4.8  Bersalin Alami Mencipta Aura Positif dalam Diri – Cia E. Hendry

4.9  Bersalin Alami Spontan dan Cepat – Nadine Ghows

4.10   Cerita Bersalin Alami dari Bidan ‘Maya’ – Nailah




5          RUJUKAN
 
 
 
 

Ebook Bersalin Alami
Hanya RM 25 SAHAJA
Terus tempah di sini 
http://norulbadridaud.blogspot.com/p/blog-page_24.html

 



No comments:

Post a Comment