Wednesday, 21 May 2014

Jangan Kecundang Saat Diuji

Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Sumber Google

Assalamualaikum w.b.t
Bismillah. 



Alhamdulillah.
Hari yang redup dan tenang.
Sesekali didalam hidup kita pasti diuji Allah. Bentuk ujiannya juga sudah tentu berbeza antara satu sama lain. Ujian yang Allah berikan kepada kita tentu ada sebab musababnya.

Ada ujian yang mengajarkan kita supaya menjadi insan yang sabar, berusaha untuk tabah dan ada juga ujian yang diberikan untuk menyedarkan kita bahawa hidup ini hanyalah sementara.

Ujian Allah bukan sahaja dalam bentuk kesusahan kerana ada juga ujian yang diberikan dalam bentuk kesenangan hidup. Kita sengaja diuji dengan harta yang bertimbun dan kedudukan yang mantap untuk melihat sejauh mana rasa syukur kita atas nikmat kurniaan-Nya. Juga sejauh mana kita mampu mengendalikan kesenangan yang diberikan itu untuk membantu orang lain.

Untuk itu kita haruslah sering bermuhasabah diri dan bertanya `adakah  apa yang aku miliki ini, satu bentuk ujian dari Allah? Jika kita sedar perkara itu, pasti kita selalu menggunakan apa yang kita miliki atau kesenangan yang kita kecapi itu untuk tujuan kebaikan juga.

Kita juga harus merenung diri. Jangan terleka atau mabuk dek manisnya madu kesenangan yang dilimpahkan kepada kita dan jangan merana saat diuji kesusahan kerana dalam setiap ujian pasti ada hikmah sesuai dengan ujian itu.

Semoga perkongsian ilmu yang sedikit, memberi manfaat buat kita semua.

==========================================================================

Kelas ini sangat sesuai untuk mereka yang sudah ada blog, tapi tidak konsisten update blog. Belajar dan lati menulis secara konsisten dalam kelas asas blog penulisan.

Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.


a) Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.

b) bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca /bakal pelanggan.

c) Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.

d) Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.

e) Bergabung dengan lebih ramai blogger-lebih 600 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.

f) Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis blog.

g) Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.

Jika kalian berada dalam salah satu kategori diatas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan.


Pm saya jika kalian sudah sedia.

Email: norulbadridaud@gmail.com
www.norulbadridaud.blogspot.com
Sms/Whatsapp : 011-11668841
https://www.facebook.com/nurrullz.daud

No comments:

Post a Comment