Teks: Norul Badri Daud
Gambar: Foto Google
Assalamualaikum w.b.t
Bismillah.
Hari yang cerah dan ceria hari ini. Alhamdulillah, perjalanan ke pejabat juga lancar walaupun ada sedikit kesesakkan di jalan raya. Pejam celik pejam celik dah masuk pertengahan bulan May dah. Tak lama saja lagi nak masuk Ramadan Al-Mubarak. Bulan yang penuh dengan keberkatan.
Esok 16hb Mei 2014 kita akan menyambut Hari Guru. Kepada Guru-guru di ucapkan Selamat Hari Guru semoga akan lebih berefisen dan berkaliber lagi dalam mengajar anak murid... kepada murid murid .. dengarlah cakap guru-guru kamu tu supaya dapat menjadi orang yang berguna kepada bangsa dan negara..hope la .. kepada Ibubapa yang mampu pula .. janganlah lupa beli hadiah ke apa ke untuk guru-guru yang mengajar anak kita tanda penghargaan terhadap usaha murni mereka....
Bersempena dengan Hari Guru ni.. saya nak story la sikit pengalaman sewaktu saya menjadi seorang murid dahulu...
Yang tak dapat dilupakan semasa saya di Sekolah Menengah, iaitu masa subjek Geografi.
tu la subjek yang paling memboringkan saya tak tau apsal maybe cikgu yang mengajarnya kurang berstamina kot, jadi setiap kali waktu geografi je saya dengan rakan akan berpakat nak ponteng kelas. Cikgu masuk je kitaorang akan menyelinap keluar dari pintu belakang, selalu akan lepak di makmal sains pasal time tu makmal kosong dan melepak bersama assistant lab yang sporting. Cikgu geografi tu bukan kenal orang sangat so dia tak perasan la sapa yang ada yang takde. Sampai la akhir tahun, tapi cikgu dah kena tukar cikgu disiplin plak yang take over so takde chance la nak ponteng lagi.
Itu antara pengalaman waktu sekolah dulu, banyak lagi kenangan manis sewaktu sekolah dulu, tapi nanti tak cukup page plak.
Jika kalian ada story boleh kongsikan disini dengan kita semua.
Selamat menyambut Hari Guru buat pendidik semua semoga kita diberkatinya.
No comments:
Post a Comment